EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
DESTINASI pertama yang menjadi pilihan tentunya rumah Widad. Bosan membeli-belah seorang diri. Lagi-lagi bila diekori orang bawahan lelaki itu.Aku menjeling lelaki yang serius memandu. Fokus pada jalan raya dengan bibir terkunci rapat. Rasa mahu kutelan hidup-hidup. Ikut sangat arahan bosnya. Humph!
Tidak lama untuk sampai ke rumah Widad yang terletak di Shah Alam. Aku tidak turun dari kereta. Sekadar menghantar mesej memberitahu Widad yang aku sudah sampai.
"Sejak bila kau pakai driver?" soal Widad sebaik masuk ke dalam perut kereta.
"Sejak ada king control yang sesuka hati larang aku drive sendiri."
Widad menjongket kening. Tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Aku pula tidak berniat mahu menerangkan apa-apa. Tidak berminat untuk berbicara tentang lelaki itu.
"Nak ke mana?"
"Shopping," ucapku sebelum mengunci mulut hinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Tidak jauh pun. AEON Shah Alam sahaja. Dekat dengan rumah Widad.
Perkara pertama yang kucari tentu sahaja telekung sembahyang. Kewajipan seorang insan. Aku tidak mahu hanyut sekali lagi. Mahu kembali menjadi hamba yang tahu sujud kepadaNya.
Jenama Siti Khadijah menjadi pilihan. Designnya memuaskan hati menggunakan, material yang selesa.
Widad memandangku dengan tanda soal besar di kepala. Mungkin pelik dengan sikapku. Aku tersenyum tawar.
"Aku baru tahu yang aku betul-betul dah berubah jauh. Jauh sangat."
"It's never too late," balas Widad lembut. Aku mengangguk mengiakan.
"Kenapa driver kau tu?" soal Widad melirik pada Hatim yang mengekori kami dari jauh. Memastikan aku sentiasa berada dalam pemerhatiannya.
"Zafran," balasku pendek.
"Pelik." Bertaut dahi Widad mendengar jawapan itu. Zafran tidak pernah ambil peduli sebelum ini. Kenapa tiba-tiba mengubah rentak?
"Aku pun rasa pelik. Tak sama macam kau cakap."
"Takkanlah..." Widad tidak menghabiskan kata. Tautan di dahi semakin jelas.
"Takkanlah apa?"
"Takkanlah dia dah mula sayang kau kot?"
Aku gelak besar mendengar sogokan itu. Sangat lucu. Sayang?
Lelaki mana yang menunjukkan sayang pada isteri seperti yang dilakukan Zafran? Kalau dikatakan benci aku percaya. Malah jijik mungkin. Sayang? Jauh beribu batu. Takkan terjadi sama sekali.
"Kenapa kau gelak?"
"Kau buat lawak. Aku gelak la."
"Kau ni!"
"Dah tak payah cakap pasal dia. Buang masa. Merosakkan telinga. Banyak lagi barang aku nak beli," ucapku menarik tangan Widad ke bahagian pakaian wanita.
Aku mahu mengubah koleksi pakaianku. Tidak sanggup memikirkan aku mengenakan pakaian terdedah di sana sini di tubuh. Mujur sahaja masih ada terselit jeans dan t-shirt di dalam almari. Jika tidak aku sendiri tidak tahu pakaian apa yang patut disarungkan ke tubuh.
"Apasal borong banyak sangat?" soal Widad melirik pada pakaian di dalam troli yang semakin menimbun.
Aku senyum senget. Tidak membalas. Sebaliknya terus mencapai pakaian yang menarik di mata.
Pilihanku cukup ringkas. Jeans dan t-shirt. Terselit juga blaus dan skirt untuk sesekali bertukar wajah.
Tiada lagi dress singkat dan sendat. Atau berkilau menyakitkan mata seperti ingin melepak di kelab malam.
Pakaianku tidak perlu bernilai ribuan ringgit sepasang. Bagiku ratusan ringgit sudah agak mahal. Biarpun lahir di dalam keluarga yang mewah, aku tidak diajar mama untuk menggunakan wang seperti air.
Mungkin kerana keluarga mama asalnya orang susah buat mama tidak suka berbelanja mewah. Lalu aku juga ditekankan begitu. Tidak cuba berlagak seperti Fatini yang memastikan setiap pakaian yang dipilih mencecah ribuan ringgit.
"Apasal kau tak borong satu AEON ni?" selar Widad geram. Kaki sudah penat melangkah mengikut jejak teman yang ligat membeli-belah.
"Kalau boleh memang aku nak," balasku bersahaja menolak troli ke kaunter. Simpati pada Widad buat aku menyudahkan sesi menghabiskan duit hari ini.
"Kau nak buat apa dengan baju-baju kau ada sekarang?"
"Bakar atau jual?"
"Jual!" tekan Widad. Bukan murah. Semuanya mencecah ribuan ringgit.
"Fine!"
Pakaian yang menjadi koleksiku sebelum ini mungkin menampakkan pemakai sebagai perempuan murah. Menayang segala aset yang tidak patut ditayang. Tetapi harganya tentulah tidak murah. Mana Widad tak marah mendengar aku mahu membakar sahaja.
"Kalau kau tak nak... bagi aku tolong jualkan," usul Widad.
"Okey," balasku bersetuju. Widad tidak sesenang aku. Datang dari keluarga biasa-biasa sahaja.
"Dulu kau sanggup habiskan duit untuk goda dia," gumam Widad.
Aku tersenyum kelat. Bagaimana aku sanggup melebur duit demi menarik perhatian lelaki yang tidak sudi pun memandangku?
Mujur sahaja semua itu sudah berlalu. Tidak perlu aku terus memperbodohkan diri melakukan sesuatu yang begitu mengarut. Menunjukkan akal yang cetek. Stupid!
YOU ARE READING
Biarkan Kulupa
RomanceSekali salah melangkah, sukar untuk membetulkan segalanya. Lalu lebih baik melupakan dan mengorak langkah baru. Antara aku dan dia, tidak wujud rasa indah itu. Hanya satu jalan yang menjadi pilihan. Tiada apa yang diharapkan. Saat dia menjadi lelak...