Versi ebook available tau. Dapatkan di E-Sentral apps sekarang‼️
http://www.e-sentral.com/book/info/303388/Biarkan-Kulupa
❤️
PANG!!!Pedih. Berdesing. Aku tersenyum sinis. Dapat kurasa rasa metalik di lidah. Darah!
Renungan berapi lelaki veteran di hadapanku tidak mengusik emosiku. Biarkan dia marah. Aku tidak peduli.
Kukerling pada gadis yang tidak pernah kuanggap kakak seumur hidup ini. Wajah ayu itu jelas tertera kesedihan yang aku tahu nyata dibuat-buat.
Aku tidak tidak percaya. Hanya lelaki veteran itu mudah tertipu. Lakonan sahaja!
"Marah?" soalku dengan nada mengejek.
Jangan ingat mereka sahaja boleh membuat keputusan. Aku juga mampu merosakkan rancangan mereka.
"Kurang ajar!"
Suara lelaki veteran itu bergema bagai halilintar. Membingitkan telinga. Tangannya sekali lagi naik ke pipiku.
Kali ini aku tidak membiarkan sahaja aku dikasari. Tangan yang hampir menghentam pipi kutepis kasar.
Dia tak berhak!
"Balqis!"
Aku tertawa sinis. Mataku beradu dengan insan yang sepatutnya kupanggil abah. Malangnya lelaki itu berkali-kali menghampakan aku. Tidak layak memegang gelaran itu.
"Qis," seru gadis ayu yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Menjadi penonton. Dalam diam tertawa saat aku dihukum abah.
"Qis sedar tak apa Qis dah buat?" soal gadis ayu itu dengan nada prihatin. Seolah aku ini adik kesayangannya.
"Stop!" tingkahku dingin. Jelak dengan lakonannya. Harus muntah hijau jika aku terpaksa melihat dia terus berpura-pura begitu.
"Dia dah setuju. Kau tak ada hak nak halang aku," tuturku bersahaja.
Aku tidak menunggu lama. Melangkah pergi meninggalkan mereka yang diamuk marah dengan tindakanku.
Itu yang aku mahu. Aku mahu mereka rasa apa yang kurasa bila rancangan mereka dipatahkan.
Biar mereka tahu aku tidak boleh dipijak-pijak begitu sahaja!
YOU ARE READING
Biarkan Kulupa
Roman d'amourSekali salah melangkah, sukar untuk membetulkan segalanya. Lalu lebih baik melupakan dan mengorak langkah baru. Antara aku dan dia, tidak wujud rasa indah itu. Hanya satu jalan yang menjadi pilihan. Tiada apa yang diharapkan. Saat dia menjadi lelak...