EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
TANGAN itu membelai lembut wajahku. Seolah menyentuh sesuatu yang begitu berharga. Ada rasa hangat melekap di dahi. Sekejap cuma dan rasa hangat itu hilang tidak bersisa.Dahiku bertaut dalam tidak sedar. Mimpi apakah ini? Terasa diri tenggelam timbul antara mimpi dan realiti. Tidak pasti aku hanya bermimpi atau tangan itu benar-benar wujud. Mengelirukan.
Tubuh yang lesu sukar untuk memaksaku membuka mata. Ingin terus hanyut dalam lena yang panjang. Bermimpi yang indah-indah ketika mama masih di sisi.
'Mama.' Hati merintih sayu. Tanpa sedar sebutir mutiara jernih gugur mencemar wajah.
Belaian di wajah terhenti seketika.
Mimpi apakah ini? Kenapa ada tangan yang membelai wajahku.
Mungkinkah mama yang memanjakan aku? Mama tahu aku rindu. Lalu mama kembali menemaniku. Aku yang sendiri di dunia ini. Sunyi.
Bibir terlorek senyuman manis. Menghargai kehadiran mama. Biar hanya di alam mimpi, aku tetap rasa gembira. Mahu mimpi ini terus menghanyutkan aku. Tidak perlu membuka mata selagi mama bersamaku.
"Mama." Bibir tidak henti memanggil insan tersayang. Air mata tanpa henti merembes keluar.
Tangan tanpa sedar memeluk tangan mama. Menggeselkan wajahku di situ. Biar mama tahu betapa gusarnya hatiku. Betapa aku ingin terus bermanja dengan mama.
Segala yang berlaku mengelirukan aku. Sukar untuk menghadam situasi di mana aku terpaksa hidup dengan lelaki asing. Malah terpaksa berdepan dengan diriku yang jauh berubah. Buatku malu sendiri.
"Kenapa mama tinggalkan Qis?" soalku lirih.
Dunia ini tidak lengkap tanpa mama. Biar satu dunia meminggirkan aku. Yang penting mama sentiasa berada di sisiku.
Malangnya mama juga pergi meninggalkan aku. Mungkin kerana itu aku mudah hilang diri. Berubah sekelip mata. Terlalu mengikut emosi.
Mama tiada di sisi untuk menasihatiku. Menghalangku membuat keputusan bodoh. Aku yang terlalu mentah ketika itu. Berusia 21 tahun. Belum cukup melihat dunia.
"Qis sunyi," ucapku sayu. Mengadu pada mama yang tidak langsung membalas bicaraku.
"Qis sunyi," ulangku merintih sendiri. Tangisan terus bergema hingga mimpi itu hilang sendiri. Yang tinggal hanya kelam dunia. Mengecewakan diriku.
YOU ARE READING
Biarkan Kulupa
Storie d'amoreSekali salah melangkah, sukar untuk membetulkan segalanya. Lalu lebih baik melupakan dan mengorak langkah baru. Antara aku dan dia, tidak wujud rasa indah itu. Hanya satu jalan yang menjadi pilihan. Tiada apa yang diharapkan. Saat dia menjadi lelak...