Teaser 11

3K 61 0
                                    

"KAU lambat," komenku kala mendengar pintu terkuak dari dalam. Tidak perlu membuka mata pun sudah kutahu gerangan yang datang. Widad.

Bisu. Tiada balasan yang diterima buat aku membuka mata. Bulat mataku saat seorang lagi tetamu tidak diundang terlayar di mata.

Urgh, lagi seorang datang mengganggu hariku. Angin yang tadinya baik bila dapat keluar hospital kini menjunam ke gaung paling dalam.

"You buat apa kat sini?" soalku dingin. Hati mula diasak bimbang dengan tujuan kedatangannya.

Dia tidak membalas. Sebaliknya merapatkan jurang di antara aku dan dia. Mata tunak memandangku.

Aku bingkas duduk. Tidak selesa berbaring kala dia berada dekat denganku. Atau lebih tepat lagi ingin bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

"I buat apa kat sini?" Soalan dibalas dengan soalan.

Aku mengetap bibir geram. Dapat kutebak niat kedatangannya. Tentu sahaja aku akan membantah. Aku sudah menyatakan pendirianku tempoh hari.

"Stay away from me," tingkahku gusar.

Baru sahaja aku ingin turun dari katil mencipta jurang di antara aku dan dia, tubuhku sudah kemas di dalam rangkulan seorang lelaki. Kejung sesaat tubuhku.

"You!"

"Ikut I balik," ucapnya tegas.

"Turunkan I," bentakku marah. Aku cuba meronta untuk lolos. Tidak betah terus berada di dalam rangkulan lelaki asing. Janggal. Kekok.

Puas aku meronta. Malang sekali bantahanku ibarat angin lalu buatnya. Malah semakin kejap rangkulan di tubuhku. Memaksa aku mengalah.

"Turunkan I!" bentakku lagi bila dia dengan selamba melangkah ke arah pintu.

Aku diburu resah. Bimbang mata-mata yang mungkin melihat drama sebabak yang tidak perlu dipertontonkan pada khalayak ramai.

Baru sahaja melangkah keluar dari bilik, sudah muncul penonton pertama yang melopong kala melihat aku di dalam rangkulan dia.

"Qis... kau..." Widad terkebil-kebil memandang aku bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia cukup tahu bagaimana Zafran melayanku. Tiba-tiba sahaja lelaki itu berubah rentak.

"Turunkan I!" Tinggi suaraku menyatakan protes. Sudah hilang sabar dengan cara lelaki itu.

Langkah dia terhenti. Wajah yang sebelum ini tidak tertulis sebarang emosi berubah dingin sekelip mata.

Dapat kurasakan suhu sekeliling turun dengan mendadak. Buatku seram sejuk tiba-tiba. Aku menelan liur yang terasa kesat. Pun begitu aku tidak gentar.

"I boleh jalan sendiri."

Dia tidak bersuara. Tidak juga melepaskan aku. Hanya sepasang mata hitamnya tunak memandangku. Seperti cuba tembus hingga ke dasar yang paling dalam.

Widad di sisi juga tidak bersuara. Ada batu terlekat di kerongkong agaknya. Aku sekali lagi meronta. Cuba untuk lolos. Sebelum ada mata-mata lain yang memandang, lebih baik cepat-cepat melepaskan diri.

"I boleh biarkan you jalan sendiri," ucapnya senada.

Aku menanti ayat seterusnya. Tahu bukan itu sahaja yang ingin disampaikan.

"Dengan syarat... you ikut I balik."

Nada yang menyapa telinga jelas mengugut. Jika aku berani membantah, aku pasti kaki aku tidak akan memijak lantai.

"Turunkan I," deramku. Aku tidak mahu mengikut dia pulang. Tidak juga mahu terus berada di dalam rangkulannya.

"Qis... aku rasa kau patut ikut suami kau balik dulu," sela Widad memujuk.

Kujeling Widad yang berada di pihak lelaki itu. Widad menayang wajah tidak bersalah. Aku mendengus kasar.

"I nak keluar kejap dengan Wid," tuturku mencipta alasan. Pulang atau tidak aku selepas itu, dia tidak perlu peduli.

"Bukan hari ni," bantahnya.

"You!"

Dadaku berombak hebat menahan amarah yang menjulang tinggi. Tidak suka hidupku diaturkan lelaki itu. Dia tidak layak!

"You nak jalan sendiri... atau..."

"I tahu jalan sendiri," bentakku kasar.

Aku tahu aku tidak punya pilihan. Biar aku ingin membantah, dia tidak akan peduli. Untuk hari ini sahaja aku mengalah. Aku cuba memujuk diri. Menjemput sabar hadir.

Dia melepaskan tubuhku. Membenarkan aku jalan sendiri. Namun tanganku kemas di dalam genggaman dia. Seolah takut aku lari.

Aku tidak cuba merentap tanganku. Tidak perlu menghabiskan tenaga melawan dia. Sedar yang aku bukan lawannya.

"Nanti aku datang rumah kau, Qis."

"Kenapa tak ikut sekarang?" soalku.

Adanya Widad, aku tidak perlu berdua dengan dia. Bila ada orang ketiga, aku rasa lebih selesa.

"Ikut kau sekarang?" soal Widad mengerling pada lelaki yang kini tajam merenungnya. Menggerunkan. Mana mungkin Widad berani mengganggu hubungan 'harmoni' di antara suami dan isteri.

"Nan... nanti aku datang." Perlahan benar suara Widad menabur janji.

"Nanti? Bila?" soalku mahu kepastian. Belum sempat aku mendapat jawapan, tanganku sudah ditarik agar membuntuti langkah lelaki itu.

Aku hanya mampu menghamun dia di dalam hati. Menyatakan protes terhadap sikap diktator yang menyakitkan hati.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now