Teaser 20

3.6K 71 16
                                    

EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
KUPAKSA diri celikkan mata. Kantuk masih menguasai diri. Semalam aku berjaga hingga lewat malam. Tidak dapat lelap setelah apa yang berlaku.

Mujur sahaja dia kembali ke syarikat tidak lama selepas itu. Tidak bermalam di rumah agam ini. Nampaknya dia masih lagi tidak sudi menyentuhku. Masih seperti dulu. Bagus!

Jemari naik ke dahi. Memicit perlahan cuba menghilangkan denyutan yang menyakitkan. Kuhela nafas panjang.

Mungkin apa yang berlaku semalam kerana mulut sendiri yang terlalu selamba berbicara. Memprovok hingga dia menggunakan taktik itu menghukum bibir yang begitu berani membidas.

Semalam aku cuba menilai semula apa yang berlaku demi memastikan perkara yang sama tidak akan berulang. Cuba meneliti secara terperinci.

Aku inginkan perpisahan. Bukan kesatuan. Dan hubungan intim suami isteri perkara terakhir yang akan berlaku di antara aku dan dia.

Lambat-lambat kaki melangkah ke balkoni. Merenung matahari pagi yang menyegarkan mata. Udara nyaman memberi kedamaian untuk seketika. Tersugil senyuman di bibir.

Alangkah indahnya jika aku berada di tempat milikku sendiri. Mungkin aku patut mencari tempat yang sesuai. Bersedia untuk berpindah bila mendapat peluang itu.

Idea yang bernas. Biarpun syarikat keluarga belum jatuh ke tanganku, atau diriku tidak dikasihi lelaki bergelar abah, aku masih punya harta sendiri. Saham milik mama semua berakhir di tanganku. Menimbulkan kemarahan lelaki veteran itu.

Setakat mahu membeli hartanah untuk kediaman sendiri, aku lebih dari mampu. Malah seumur hidup ini aku tidak perlu bekerja pun masih mampu hidup mewah.

Goyang kaki bukan caraku. Tidak guna hidup jika sekadar ingin berjoli. Aku perlu membetulkan hidupku kembali. Perlu menamatkan pengajian yang terhenti sekerat jalan kerana menjerumuskan diri dalam perebutan kuasa syarikat. Mengheret sekali Zafran di dalam permainan ini.

Mulakan hari baru. Dan hidup baru. Bibir terus tersenyum bila harapan memancar terang. Membuatku tidak sabar untuk melaksanakan rancangan yang bermain di kepala. Moga jalan di hadapan tidak penuh onak dan duri.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now