EBOOK VERSION DAH AVAILABLE TAU. Boleh dapatkan di ESentral. Download je apps ESentral, pastu korang boleh lelajus grab.☺️
https://www.e-sentral.com/publisher/filter/pb_7316_Permata-Hiraaz-Sdn-Bhd/~
❤️
MATA merenung dingin pada gerangan yang baru tahu datang menjenguk. Saat aku sudah dibenarkan keluar, baru mahu menunjukkan muka. Sudah terlambat.Untuk apa berpura-pura? Lebih baik jangan muncul langsung di hadapanku. Aku juga boleh berpura-pura yang aku hanya sebatang kara di dalam dunia ini.
"Abah tak tahu Qis dah boleh discharge."
"Tak tahu?" soalku sinis. Bibir kupasak senyuman manis. Senyuman yang tidak sampai ke mata.
Macam mana nak tahu bila tidak langsung cuba ambil tahu?
"Abah sibuk kat syarikat, Qis," sampuk gadis ayu di sebelah Encik Wafri. Nur Fatini!
"So?" Kujongket kening mahu mendengar alasan seterusnya yang bakal terbit dari bibir Fatini.
"Qis jangan macam ni. Waktu Qis tak sedar... abah selalu datang temankan Qis," tambah Fatini dengan nada sayu. Cukup untuk melembutkan hati sesiapa yang mendengar.
Malangnya, tidak padaku yang terlalu kenal siapa Fatini sebenarnya. Di hadapan ramai, dialah gadis ayu yang baik budi pekerti. Di hadapanku, topeng yang dipakai tanpa silu dibuka.
Hakikatnya dia tidak perlu membuka topeng di hadapanku. Aku tidak bodoh untuk menilai karakter perempuan seperti dia. Perempuan yang lahir hasil dari hubungan yang haram!
"Doktor cakap Qis hilang ingatan. Betul ke Qis dah tak ingat Zaf?" soal Encik Wafri. Tiada nada prihatin di situ. Sekadar ingin tahu situasi sebenar. Bukannya risau tentang kesihatan seorang anak.
"Encik Wafri datang untuk apa?" soalku dingin.
"Balqis!" Tinggi suara Encik Wafri bergema di ruang bilik yang sempit. Membingitkan telinga. Marah bila si anak begitu kurang ajar dengannya.
Aku tertawa sinis. Marah? Hanya kerana aku tidak memanggilnya abah? Layakkah dia dipanggil abah sedangkan dia sendiri melayanku bagai orang asing?
Jika diikutkan hati mahu sahaja aku terus keluar dari bilik ini. Malangnya Widad belum tiba untuk menjemputku.
"Abang Zaf datang jemput Qis tak?" soal Fatini lembut menjadi pendamai. Diusap lengan si abah meredakan kemarahan lelaki veteran itu.
Aku memandang jelak lakonan di hadapan mata. Fatin anak yang cukup 'baik'. Menyenangkan hati Encik Wafri. Dan aku tidak layak pun dianggap anak. Sentiasa buruk di mata lelaki veteran itu.
"Kenapa tanya aku? Tanyalah dia sendiri," bidasku kasar.
"Qis... Abang Zaf kan suami Qis. Takkanlah Qis tak tahu," tutur Fatini dengan nada cukup perlahan. Seolah aku berbuat salah dengannya.
"Suami aku? Bukan lelaki yang kau cuba goda, huh?"
"Balqis!" Kali ini lebih tinggi suara Encik Wafri membingitkan telingaku.
"Datang sini nak jerit kat patient ke?" soalku menjongket kening. Tidak rela gegendang telingaku terus didera lelaki veteran itu.
Untuk apa datang sekadar mahu menduga kesabaranku? Aku tidak perlukan keluarga begini. Aku berpeluk tubuh. Bersandar santai di katil. Memejamkan mata. Malas melayan manusia di hadapan mata.
"Kurang ajar!" deram Encik Wafri. Sakit hati dilayan seperti angin lalu. Mahu sahaja dilempang si anak yang tidak tahu menghargai kehadirannya.
"Abah," tegur Fatini lembut. Menghalang amukan Encik Wafri.
"Tengoklah adik kamu ni. Kurang ajar betul!" Encik Wafri mendengus kasar. Tidak berpuas hati dengan layanan si anak.
"Qis tak sihat tu," pujuk Fatini lembut.
Aku tertawa bisu mendengar bicara Fatini yang begitu prihatin. Loya tekak dengan lakonan kakak penyayang itu.
Mata terus kupejamkan. Menghalau tetamu tidak diundang keluar dari bilikku. Dahiku terasa berdenyut sakit.
Tidak lama kudengar derapan langkah mereka menjauh pergi. Aku menghela nafas lega. Kurang satu masalah.
YOU ARE READING
Biarkan Kulupa
Storie d'amoreSekali salah melangkah, sukar untuk membetulkan segalanya. Lalu lebih baik melupakan dan mengorak langkah baru. Antara aku dan dia, tidak wujud rasa indah itu. Hanya satu jalan yang menjadi pilihan. Tiada apa yang diharapkan. Saat dia menjadi lelak...