Teaser 19

2.7K 52 10
                                    

TUBUH terdampar lesu di katil. Sepanjang hari menghabiskan masa di AEON. Rasa tidak mahu pulang. Atau lebih senang dikatakan aku tidak ingin pulang ke rumah agam milik dia.

Jika tidak kerana Hatim yang serius mengingatkan aku perlu pulang dengan nada cukup tegas, aku pasti mengikut Widad sahaja. Tidak rela berada di rumah agam ini.

Kupejam mata rapat. Merehatkan diri. Namun kantuk tidak cuba menguasai diri. Dalam pejam aku masih jaga. Hanya fikiran melayang-layang memikirkan jalan yang perlu kupilih seterusnya.

Derap langkah yang tiba-tiba menghampiri buat seluruh tubuhku mula tegang. Dapat kutebak siapa gerangannya.

Pelik. Tidak pula kutangkap bunyi deruman kereta masuk ke laman. Terlalu asyik berfikir agaknya hingga tidak sedar dia pulang. Urgh!

Kuingin bingkas bangun. Keluar dari bilik. Menjauhkan diri. Tidak sudi berhadapan dengan dia.

Akal bertingkah sendiri. Bangun atau terus terbaring pura-pura tidur?

Dapat kurasakan sepasang mata merenung tajam ke arahku. Lagak helang memburu mangsa. Buat aku keresahan sendiri.

Derap langkah itu terhenti. Betul-betul di tepi birai katil. Hening suasana terasa mencengkam. Nafasku bagai terlekat di kerongkong. Sukar bernafas bebas saat diri menjadi tontonan dia.

Aku tidak faham apa yang dimahukan dia. Tingkahnya jauh berbeza dari apa yang diceritakan Widad. Dia yang tidak pernah peduli tiba-tiba meletakkan aku di dalam hidupnya.

Kenapa perlu begitu? Aku mahu dia terus tidak peduli. Lebih senang jika dia memberikan kebebasanku kembali.

"Sampai bila you nak berpura-pura?" bisiknya rapat di telingaku.

Aku pantas membuka mata. Entah bila dia mendekatkan wajah hingga jarak yang wujud hanya seinci cuma. Membuat jantungku berdetak kencang. Dan nafas seakan terhenti.

Aku menelan liur berkali-kali. Cuba menenangkan diri. Biar tidak diamuk emosi. Biar jantung berdegup laju, wajahku tetap tanpa sebarang ekspresi.

"You buat apa kat sini?" soalku dingin.

"Sejak bila I tak dibenarkan masuk bilik I sendiri?" soalnya sinis.

"I tak tahu pula you masih ingat ni bilik you," bidasku tidak mahu kalah.

Posisi aku dan dia masih kekal rapat. Tetap tidak menghalang aku membalas setiap bicaranya biar jantungku terus melompat kencang.

"Bukan I yang hilang ingatan, Balqis. You yang sengaja tak nak ingat apa yang dah berlaku antara kita. You takut untuk ingat," selar Zafran sinis.

"You!"

Bicara Zafran benar-benar menaikkan darahku. Siapa yang sengaja tak nak ingat? Aku kemalangan. Bukan sengaja cuba cabut nyawa sendiri!

Dia bercakap seolah aku mahukan semua ini berlaku. Seolah aku ingin lupa segalanya. Macamlah aku mahu lari dari kenyataan.

Aku bingkas bangun. Belum sempat tubuhku duduk dengan stabil, sepasang tangan kekar menolak bahuku hingga rebah semula.

Buntang mataku memandang dia. Keliru dengan apa yang dimahukan dia. Tekakku terasa kering. Bagai ada batu tersekat di situ.

"You... you..."

Kata-kataku hilang di sebalik bibir lelaki yang mula mendominasi seluruh deria tubuhku. Membuat akalku gagal berfungsi. Hanya degupan jantung yang semakin berlari kencang menyapa telinga. Umpama rentak metal yang membingitkan.

Fikiranku kosong saat ini. Tidak mampu melawan bila diri diambil kesempatan oleh lelaki yang terlalu asing di mataku. Lemah.

"I nak tengok selama mana you boleh lupa segalanya," bisiknya sinis sebaik tautan bibir aku dan dia terlerai.

Aku pantas mencipta jurang. Resah bila sepasang mata itu jelas menyatakan keinginan untuk meminta lebih lagi. Tidak cukup sekadar ciuman hangat. Mahu melayari malam dengan lebih bermakna.

Aku tidak berani bersuara. Bimbang bicaraku memprovok keinginannya. Tidak lama untuk dia melangkah pergi. Meninggalkan aku dengan perasaan yang berkecamuk. Keliru dengan rentak permainan dia yang jauh tersasar dari jalan cerita biasa.

"Damn you!" jeritku melepaskan geram. Orangnya sudah lama pergi. Baru kini berani menyumpah dia. Pengecut benar.

Aku tertawa sinis. Bibir yang masih berbekas dengan kehangatan sentuhan dia kugosok sekuat hati. Cuba membuang sebarang sisa.

"Damn you!" jeritku lagi.

Amarah membuak di dada. Malang sekali tiada tempat untuk dilepaskan. Dia suami. Punya hak ke atas diriku. Lalu aku hanya mampu merintih sendiri. Mengharap perkara begini tidak akan berulang lagi. Cukup sekali.

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now