Teaser 17

2.4K 60 9
                                    

WHAT the hell!" Aku menyumpah lelaki yang cuba menghalang langkahku. Dadaku mula berombak ganas. Rasa mahu dicekik-cekik lelaki bertubuh tegap yang begitu mengikut arahan majikan.

"Maaf, puan. Tuan dah arahkan," ujar lelaki itu dengan wajah serius sepanjang hari. Tiada senyuman di bibir.

"I don't care!" jeritku bengang. Siapa lelaki itu untuk memaksa aku mengikut arahannya?

Fine! Jika aku tidak boleh menggunakan kereta yang bersusun di garaj, aku boleh memanggil Grab. Tidak perlu menggunakan pemandu yang jelas menjadi pengintip Zafran. Ke mana sahaja berada di dalam pemerhatian. Ingat aku banduan agaknya!

Melihat aku membuka aplikasi Grab, lelaki bernama Hatim itu sekali lagi bersuara.

"Puan cuma boleh keluar dengan saya."

"How dare you!" Aku menjerit marah. Sukar untuk bersikap tenang bila diri seperti berada di penjara. Kebebasanku disekat begitu sahaja. Ingin sahaja kubaling telefon di tangan ke wajah serius itu. Annoying!

"Puan boleh call tuan sendiri kalau puan tak puas hati. Saya cuma ikut arahan tuan."

Aku mendengus kasar. Nombor Zafran kudail laju. Sekejapan talian bersambung.

"How dare you!" Tinggi suaraku menyapa dia. Menghamburkan amarah pada dia.

"You nak keluar?" Soal suara di hujung talian. Mudah sahaja membaca kenapa aku meletup di pagi hari.

"Kenapa you halang I keluar, hah?"

"You boleh keluar. But you can't drive. I tak benarkan."

"Why not?" soalku sinis.

"You almost died. I tak nak dijadikan suspek kalau you tiba-tiba kemalangan sekali lagi."

Aku gelak besar mendengar jawapan itu. Sinis. Takut terkena tempias jika nyawaku melayang? Dia ingat aku boleh percaya?

"You tak ada hak nak halang I!"

"Really? You lupa status you, Balqis. You're my wife. Remember that well."

"Not for long."

"We will see about that."

"I akan dapat kebebasan I semula. Dan you sendiri akan berikan pada I," balasku yakin. Aku akan membuat dia sendiri melepaskanku.

"Really?" Suara itu cukup sinis. Mempersoalkan keyakinanku.

"Selagi you masih isteri I... you kena dengar arahan I. You cuma boleh keluar dengan budak I. Atau you boleh duduk diam-diam di rumah." Talian dimatikan begitu sahaja.

Aku hampir menjerit melepaskan sakit di dada. Kujeling Hatim yang masih setia berdiri di sisiku. Tiada gaya mahu berganjak. Akhirnya terpaksa juga menurut arahan. Keluar diiringi lelaki berwajah serius itu. Langsung membuat mood aku merudum jatuh. Bengang!

Biarkan KulupaWhere stories live. Discover now