Petang itu, Amru hempas tubuh ke tilam. Walaupun segalanya selesai, dia masih sukar menerima sebuah hakikat.
Amru bangkit seraya duduk di birai katil. Telefon pintar yang bertapak di tengah tilam dicapai. Jemari bergerak di atas skrin sesentuh sebelum melekapkan telefon itu ke telinga.
"Hello, boss! Ada job lain ke?" Suara Megat kedengaran teruja. Tak sabar menunggu habuan seterusnya.
"Kenapa kau tak cakap yang dia bisu, hah?" jerkah Amru.
"Bisu?" Suara Megat terkulat-kulat di hujung talian. "Oh, maksud bos, Siti Nailufar? Aik, bos tak baca maklumat yang aku faks tu? Semua berkaitan dia, aku dah rekod."
"Damn!" Amru merengus tatkala teringatkan kejadian air kopi tertumpah di atas kertas kerjanya. Tentu maklumat berkaitan Nailufar turut terselit di antaranya.
"Bos, janganlah naik angin. Nanti aku faks semula maklumat tu."
"Tak payah." Amru masih bengang.
"Relaks, bos." Megat cuba menenangkan emosi Amru yang turun naik. "Biar aku cerita sikit maklumat yang aku dapat daripada orang kampung. Sebenarnya Siti Nailufar tu bukan bisu semula jadi. Maksud aku, bukan dari lahir terus bisu. Semenjak mak kandung dia mati kena bunuh, dia berhenti bercakap. Macam tak ada keupayaan nak bercakap. Aku pun tak pasti cerita sebenar, bos. Mungkin hanya ahli keluarga dia saja yang tahu."
Terdiam. Amru semakin serabut menerima fakta baru berkaitan Nailufar. Perasaannya sedari awal tak pernah tenteram. Lantaran itu, dia bertindak mengubah rancangan asal secara mendadak. Amru juga munculkan diri sedangkan pada permulaannya dia enggan identitinya terdedah. Ini kali pertama baginya, demi seorang perempuan.
"Bos? Bos dengar tak penerangan aku tadi?" Megat bersuara setelah lama Amru mendiamkan diri.
"Nanti aku call kau balik." Amru terus mematikan talian. Telefon pintar dicampak semula ke tengah tilam. Dia meraup wajah seperti orang yang bermasalah.
'Apa sebenarnya aku nak buat dekat sini? Mana pergi misi utama yang perlu aku selesaikan? Apa motif daddy pilih Nailufar, seorang gadis bisu?' Berkecamuk fikirannya dengan persoalan yang tak berjawapan.
Amru bengang. Marah akan dirinya. Kerana seorang perempuan, dia hilang fokus. Kerana kepolosan dan kelembutan seraut wajah, dia bertukar fikiran. Perasaannya bercelaru dan terasing. Kecewa, marah, sakit hati dan bimbang. Selama ini untuk melihat emosinya terjejas sangat mustahil. Bak kata mama, dia dilahirkan bijak. Segala tempoh krisis, Amru mampu hadapi dengan mudah dan tenang. Namun gara-gara seorang Siti Nailufar, akalnya hilang titik kestabilan.
"If she drives you crazy, she's probably the one."
Amru tersentak. Bisikan itu menerjah minda. Kata-kata yang pernah dilahirkan oleh Mustafa ketika mereka berbual topik perempuan. Kawan baiknya itu kini bahagia dengan kehadiran seorang isteri dan seorang anak. Ekoran itu, Mustafa banyak mengasaknya supaya pandang perempuan daripada kertas-kertas kerja dan pelan binaan. Mencari teman hidup yang mampu meruntun hati, menyamankan jiwa dan melegakan naluri.
Kepala menggeleng laju. Mengabaikan bicara Mustafa yang tidak membawa sebarang erti. Enggan tenggelam dalam pergolakan jiwa, Amru nekad dengan keputusan baru. Sebelum lebih jauh dia terlibat, Amru harus noktahkan segala kerumitan yang berpunca daripadanya. Lebih baik dia tinggalkan semua perkara yang tak membawa sebarang kepentingan dalam hidupnya. Amru akan hantar semula Megat untuk selesaikan urusan yang tergendala. Seterusnya melestarikan permintaan mama. Itu pun jika keluarga Nailufar bersetuju dengan tawaran tersebut.

YOU ARE READING
Makmum Yang Paling Aku Cinta
RomantiekDalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih dari seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinang...