BAB 21

2.6K 17 0
                                    


"Anyone answer me, please?" Datin Amna menapak lebih dekat. Sebakul buah dan sebuah mangkuk tingkat diletakkan ke atas meja di depan katil. Mustafa lekas bangun bagi menghormati kedatangan mama Amru.

"Mama dah salah faham."

"Okey, mama mungkin salah faham tapi mama tak salah dengar. Amru rindu dengan isteri Amru?" Berkerut-kerut dahi Datin Amna.

"Isteri tu... kereta Amru."

"Kereta?" Makin berkerut glabella Datin Amna. Cuba menghubungkan sel-sel otaknya. Manakala Amru telah berjaya menghubungkan sel-sel otaknya terlebih dulu.

"Yalah, Amru sayang semua kereta Amru macam sayang dekat isteri. Ford Everest tu, Amru anggap isteri ketiga. Yang pertama Audi. Nasib baik tak bawa Audi hari tu. Amru sedih bila terkenang Ford Everest yang baru Amru pakai lima bulan lepas dah terkorban. Tragis sangat pengorbanannya. Sekarang isteri Amru tinggal Audi dan Range Rover. Orang cakap isteri bongsu tulah yang paling kita sayang. Rindu sangat dekat dia, mama."

Mustafa hampir saja ketawa besar dengan jawapan spontan Amru. Namun dia berusaha kentalkan hati. 'Hebat betul kau ni, Amru! Baru sekejap tadi tayang muka penuh keinsafan. Sekarang muka dia langsung tak nampak berdosa walaupun sedang menipu mak sendiri! Amru... Amru... masih lagi nak berselindung.' Menggeleng Mustafa tatkala hatinya berkata-kata.

Datin Amna terkulat-kulat sebelum bertanya lagi.

"Boleh percaya ke?"

"Terpulang dekat mama. Tapi kasih sayang Amru sangat besar dekat kereta-kereta tu. Lagi senang jaga kereta daripada hati perempuan. Lagipun mama kan tahu Amru mana ada girlfriend." 'Tapi Amru ada isteri cantik, kulit putih mulus, bibir merah dan bila dia tersenyum, jiwa ni asyik lebur, mama,' sambung hatinya yang sempat menakal.

Tak semena-mena Datin Amna ketawa.

"Apalah mama ni sampai fikir yang bukan-bukan. Tak mungkinlah Amru dah ada isteri tanpa pengetahuan mama. Mus, tengok Amru ni. Kamu dah beranak-pinak tapi dia masih hidup membujang. Kuat sangat kerja sampai tak reti pandang perempuan. Tengoklah, sampai kereta yang dia bini-binikan. Nasib baiklah Amru madukan kereta aje. Kalau dia berani madukan isteri macam daddy dia buat sekarang, mahu auntie sunatkan dia."

Tergelak-gelak Mustafa sambil ekor mata menjeling Amru.

"Amru tunggu bidadari syurga kut, auntie."

"Kalau nak tunggu bidadari syurga, alamatnya kempunanlah auntie nak makan nasi minyak anak teruna yang ini."

'Untuk pengetahuan auntie, dua minggu lepas saya baru lepas makan nasi minyak Amru yang dipercayai sudah hilang terunanya.' Mustafa terpaksa membisikkan kebenaran itu di dalam hati.

"Kalau mama nak sangat makan nasi minyak, tunggu Amru sembuh, Amru belikan."

"Amboi, cerdiknya dia menjawab! Mama berkias supaya awak tu cepat kahwin. Nak buat apa Amru kumpul duit banyak-banyak tapi hidup seorang diri? Kebahagiaan itu lengkap bila ada isteri dan anak-anak.

"So, daddy tak cukup bahagia sebab itu digandakan bilangan isteri?"

Datin Amna mengancingkan gigi. Geram pula bila disindir. Malu dengan Mustafa yang turut mendengar.

"Dah. Biarkan hal daddy tu. Amru nak makan? Mama ada suruh Mak Esah buatkan bubur ayam." Datin Amna mula membuka bekas mangkuk tingkat.

"Bubur ayam? Amru teringin nasi gorenglah, mama."

Makmum Yang Paling Aku CintaWhere stories live. Discover now