Tiga hari selepas kedatangan Datin Amna, Amru mulakan rancangannya. Megat Salahuddin telah diupah untuk menggali maklumat berkaitan.
" Aku dah faks segala maklumat yang bos nak."
" Kau faks ke mana? Rumah atau office? " tanya Amru ketika berada di tapak projek dekat Bangi.
" Rumah."
" Okay. Nanti aku transfer baki upah kau."
" Terima kasih, bos. Nak bagi lebih pun aku terima aje." Gurau Megat lalu ketawa sendiri.
" Ada apa-apa lagi kau nak cakap? "
" Hrmm...perempuan tu cantik, bos. Sangat cantik. Patutlah ayah bos gila bayang." Sekali lagi Megat gelak besar.
Amru terdiam sebelum tersenyum sinis. Perempuan pilihan Dato' Syed Qassim mana ada yang hodoh! Semuanya cantik tapi belum mampu menjinakkan hati daddy.
" Selain itu bos, keluarga dia miskin. Dua tahun lepas si ayah masuk hospital sebab sakit jantung, keluarga perempuan tu pajak tanah kebun untuk rawatan. Sampai sekarang hutang tu belum berbayar. Yang sedihnya kalau hilang kebun tu, keluarga dia bertambah susah. Si ayah tu ada juga ambil upah mengurut tapi bukan hari-hari ada orang jatuh tergeliat. Kebetulan dato' nak hulurkan bantuan kewangan. Tapi mana ada orang nak tolong kosong zaman ni. Sebagai balasan, dato' nak peristerikan dia. Aku tak pasti pula macam mana dato' boleh kenal perempuan tu."
" Bagus."
" Bagus? Maksud bos? " Megat terpinga-pinga.
" Aku nak kau ambil tahu berapa jumlah hutang tu secepat mungkin."
" Okay, boss. Tapi lepas tu aku nak buat apa lagi? "
" Tawarkan duit lebih dari jumlah hutang dia. Dengan syarat perempuan tu tolak pinangan Dato' Syed Qassim."
" Bos, biar betul? " suara Megat lantang dek terkejut.
" Megat, aku tak reti nak bergurau."
" Aku tak sangka bos nak halang niat ayah sendiri. Tapi macam mana kalau dia orang tolak tawaran bos? "
" Kau buatlah apa-apa ugutan atau ancaman. Yang penting dia orang terima dan identiti aku tak terdedah."
" All right, boss. Tapi kenapa bos nak halang? Takkan bos seram dapat mak tiri muda? " Megat masih berani berlawak. Sengaja mengocak emosi Amru.
" Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku."
" Baik, aku faham bos."
Malam itu selepas mandi dan menyarung pijama tidur, dia menapak ke dapur. Secawan instant coffee dibancuh sebelum masuk ke bilik kerjanya. Sejam berlalu Amru tunduk membuat kerja pejabat yang masih berbaki. Dia putar kerusinya ke belakang dan mengumpul kertas-kertas dari mesin HP OfficeJet. Amru meneliti maklumat yang difaks oleh setiausahanya helaian demi helaian.
Kedu. Tegak postur tubuhnya di kerusi. Lama Amru tergamam. Sebelah tangannya menggagau sesuatu tapi mata enggan beralih dari sekeping kertas yang dipegang.
" Shit! " dia mendadak bangun. Tangan yang berusaha mencari smartphone tertolak secawan kopi yang baru separuh diminum. Mencemari kertas yang belum sempat dibaca.
Segala kertas yang kotor disumbat ke dalam bakul sampah yang terletak di kaki meja. Bingkas mata lelakinya melekat pada sehelai kertas yang masih bersih. Amru mencapai telefon pintarnya. Mendail sebuah nombor dari call log.

YOU ARE READING
Makmum Yang Paling Aku Cinta
RomanceDalam Tahajud Nailufar merintih hiba. Sesungguhnya dia keliru menghadapi lamaran Dato' Syed Qassim. Seorang lelaki yang telah beristeri lebih dari seorang. Malah lelaki berumur itu sudi melunaskan hutang keluarganya dengan syarat dia menerima pinang...