Haluuu, ok-ok.. sebenarnya nevessss gila ni! Tapi mami suruh gak buat opening🤣😂 hehe.. so kalau korang tak kenal, saya ALLI, nama samaran jehh. Acc ElhanAlli sapa tak kenal saya piat. HAHAHA gurau je.
DIALOGSaya tak expect pun dapat 100+ komen sebab tajuk amat umum dan mudah difahami. Hehe. Namun korang jangan anggap dialog ni mudah. Banyak tau pantang larang dia! Bukan pantang larang la hehe, tapi kesalahan yang selalu korang buat. Kerana apa? Sebab tak tahu! So mari sini saya recall balik semua yang saya tahu.
• Ayat pertama dialog haruslah berhuruf besar.
"Saya suka awak sebenarnya." √
"saya suka awak sebenarnya." ו Tanda “ ” haruslah sentiasa rapat. Tiada jarak atau ‘space’.
"Maaf. Saya sudah berkahwin." √
" Maaf. Saya sudah berkahwin. " ו Wajib letak tanda baca di akhir dialog. Dan seharusnya didalam " "
"Oh. Jadi kamu pulang la malam nanti?" √
"Oh. Jadi kamu pulang la malam nanti"? ו Tidak boleh menggunakan dua tanda baca sekali gus di akhir dialog.
- ?!
- !,
- ?,
- ?!
- !?• Tanda seru atau tanda tanya hanya boleh digunakan sekali.
"Kakak, bangun!!!" ×
"Kakak, bangun!" √* Tak kira betapa kuatnya intonasi yang ingin dimaksudkan oleh penulis.
• Cara penggunaan Elipsis (…)
- Dihujung ayat = elipsis + noktah akhir
“Aku sudah bosan dengan cinta....”
- Tidak sempat menghabiskan ayat = elipsis + koma
Contoh : “Tapi bukan saya…,” tak sempat Zahida menghabiskan kata, Khai terus berlalu.
- Gagap ketika bercakap = elipsis + ‘space’
contoh : “Mu… mungkinkah… mungkinkah dia?”
- AMARAN elipsis tidak boleh disertai dengan tanda noktah atau tanda seru.
"Jadi, Hanafi dimana sekarang...?" ×
"Jadi, Hanafi dimana sekarang?" å Ayat selepas dialog haruslah dimulakan dengan huruf kecil jika menggunakan Penanda Dialog.
"Bukankah kau masih menetap di London?" tanya Suhaila. √
"Bukankah kau masih menetap di London?" Tanya Suhaila. ×Kalau selain dari Penanda Dialog, Huruf Besar!
"Bukankah kau masih menetap di London?" Air kopi dikucau perlahan sambil berborak kosong di corong telefon. √
"Bukankah kau masih menetap di London?" air kopi dikucau perlahan sambil berborak kosong di corong telefon. ×
Mesti ramai pula tertanya-tanya. Apa itu penanda dialog? Tak pernah dengar pula? Haaa ni saya ambil dari 1NKFINITY ! Nota-nota ni pun saya hadam dari sana! Perfect la! Korang pun boleh follow ya!
PENANDA DIALOG
1. Ayat selepas dialog yang menunjukkan/menjelaskan percakapan watak.
2. Perlu dimulakan dengan huruf kecil ya. Jangan tertukar!
3. Contoh,
“Sudah-sudah la leka dengan gajet,” KATA emak
“Aku harus balik dahulu! Masih banyak kerja yang masih tertunggak di sana,” TIPU Nadia untuk lari dari
tugasan kumpulan yang diberikan kepadanya.4. Contoh Penanda Dialog yang saya tahu ada di dalam gambar dibawah ya?
Itu saja nota dari saya. Blank buat ni, hehe. Maaf jika ada kekurangan! Boleh bertanya jika kurang faham!
***
Nota dari ElhanAlli
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...