Berkenalan.

109 24 58
                                    

Hai semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai semua. Posting ini memang mami buat tanpa pengetahuan ahli-ahli G2C yang lain. Saja nak tengok mereka perasan tak sebab tengok mereka semakin tidur sekarang.

Tajuk kali ini sekadar untuk berkenalan saja. Selama ini hanya dengar nama saja kan. Selalu nampak buku ini aktiv bila ada update, agaknya kenapa ya? Sebab mami yang suruh. Hahaha...paksa rela namanya. Kadang-kadang kena paksa budak-budaknya walaupun ada yang 'eksen' sikit tak nak join tapi takpe asalkan korang dapat sesuatu dengan membaca. Pada pihak luar yang join sekali dalam setiap konversation buku ini pun terima kasih bebanyak ya.

AHLI BARU DAN KEMASUKAN BARU.

Sebelum berkenalan, ingin mami kenalkan seorang ahli baru G2C iaitu daddyoongiii.  Yeahhh! 

Tahniah awak berjaya siapkan task yang mami minta,  cepat-cepat beli telefon so boleh join grup whatsapp ya. 

Dalam ramai-ramai yang nak masuk hanya dia saja yang berjaya lepas dan siapkan semua task yang mami bagi. Tak susahkan task yang mami bagi tu daddyongiii?

Kepada mereka yang berminat untuk sertai grup whatsapp G2C boleh saja tak jadi masalah. Syaratnya kena buat satu buku khas untuk G2C, kemudian buat kata-kata aluan untuk sertai kami, siapkan task 1 iaitu Plot Cerita dan akhir sekali task 2 iaitu sinopsis atau blurb. Tak susahkan?

JOM BERKENALAN.

Ok, seperti yang semua tahu G2C gelarkan saya mami. Untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah boleh panggil saya mami tapi yang dah lebih umur tu boleh la nak panggil nama saja ataupun akak pun takpe. Nak panggil kakak cantek pun takpe.

Umur seperti yang semua tahu 27 selepas di tolak diskaun. Masih muda lagi. Bekerja sebagai kuli kepada bos saya dan dalam masa sama saya juga bos untuk syarikat sendiri. Hahaha.. 

Hobi saya menggandakan duit yang sedia ada. Serius saya mata duitan sikit. Saya juga suka tidur sebab tidur tu best. Saya sangat sukakan bisnis dan sekarang pun tengah buat projek bisnis untuk raya. Nak join? PM tepi Rosmah. Kahkahkah.

Saya tinggal di Melaka dan kadang kala rajin turun KL atas urusan kerja. Nampak busy kan? Biasalah kuli + bos busy la jadinya.

Saya mula kenal wattpad ni masa bila tak ingat tapi memang tengah bosan sebab mark zukenberuk disable fb saya masa tu. Jadi jalan punya jalan jumpa aplikasi wattpad ni. Dekat sini saya boleh menulis cerita saya sendiri. Saya pun tak pandai tapi saya belajar sikit demi sikit dari mereka yang berpengalaman.

Kalau rajin bacalah cerita saya Tak Seindah Cinta Titanic.  Cerita biasa-biasa je, cinta monyet. 

Saya pun tak tahu apa nak cerita lagi tentang diri saya. Korang ada nak tanya apa-apa ke?

BERKENALAN DENGAN AHLI G2C.

Ahli G2C ada lebih kurang 20 orang. Apa kata anda semua kenalkan diri sendiri di ruang komen.

Kenalkan nama, umur, tinggal mana, karya awak apa, hobi apa dan apa sahaja tentang diri anda. Boleh?

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now