TAJUK : PROLOG & EPILOG
TARIKH : 03 MAC 2018 (SABTU)
LEADER : SYAZ a.k.a syasafiyy_
PEMANTAU : LeezJoon
Asalammualaikum, selamat sejahtera saya Syaz or Piyah atau apa2 je, suka hati anda nak panggil saya apa. Kali ini saya diberi tugasan untuk menerangkan serba sedikit mengenai prolog dan epilog.
Terlebih dahulu maaf jika ada salah silap dalam nota yang saya buat ini, kerana saya juga bersumberkan Google tapi google pun keluar bahasa Indonesia tapi takpa nasib saya boleh sikit-sikit translate ke bahasa melayu, berkat layan sinetronlah katakan.
Jika tidak faham, anda boleh kemukakan soalan. Saya akan cuba menjawapnya sebaik yang mungkin, insyaallah.
Apa itu prolog?
1) Prolog adalah prakata ataupun kata pendahuluan/pembukaan/pengenalan dalam sesebuah cerita.
2) Selalunya prolog akan disajikan dengan pantun, syair, flashback atau sesuatu peristiwa yang berlaku didalam sebuah penceritaan itu.
3) Prolog juga ialah beberapa keterangan ataupun pendapat pengarang mengenai cerita yang akan dipersembahkan.
Apakah fungsi prolog?
1) Berguna untuk menerangkan situasi
2) Prolog disusun bertujuan untuk membangkitkan minat pembaca terhadap isi sesebuah penulisan.
Definisi PROLOG menurut kamus dewan bahasa edisi keempat
Akronim bagi programming in logik (pengaturcaraan dalam logik, iaitu sejenis bahasa pengaturcaraan komputer)
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...