Nota ni mungkin kali pertama anda jumpa kerana saya tidak mengutip daripada mana-mana sumber. Konon!
Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua ahli grup Diamond’s dan juga kepada semua pembaca di wattpad. Hari ini, saya selaku leader akan mengupas satu tajuk iaitu: Mencipta Karakter Watak Yang Menarik.
Pertama sekali untuk mencipta watak yang menarik, kita terlebih dahulu perlu mencipta identiti watak yang menarik. Mari semak beberapa pecahan identiti.
A) IDENTITI
No. 1: Identiti Dalam Pemakaian.
Siapa pernah tengok Ejen Ali? Upin Ipin? Boboiboy? Perasan tak apa yang sama dalam watak tersebut? Ah, sudah semestinya pada pemakaian watak. Hmm, agaknya, kenapa ketiga-tiga watak tersebut hanya memakai baju yang sama?
Jawapannya cukup mudah: KERANA ITULAH IDENTITI MEREKA!
Jika anda melihat watak memakai baju yang sama, pasti mudah untuk anda ingat bagaimana rupa watak. Cuba bayangkan jika setiap episod, watak sentiasa menukar pakaian? Sudah pasti, anda sukar untuk ingat. Di bawah ini saya terangkan sedikit tentang pemakaian watak.
Ejen Ali: Memakai sut yang berwarna merah.
Upin Ipin: Memakai baju lengan pendek dan begitu juga dengan seluar.
Boboiboy: Memakai jaket dan topi.
Itu adalah identiti pemakaian watak dalam animasi. Bagaimana pula dengan identiti pemakaian watak yang anda tulis dalam cerita? Mahu saya bagi contoh?Contoh 1: Mengambarkan watak seorang budak gangster.
Baju mesti tidak masuk ke dalam seluar. Dua butang atas baju terbuka. Tidak memakai tali leher, kalau pakai pun mesti tidak kemas. Kasut sedikit kotor kerana tidak dibasuh. Beg jika dipakai, mesti beg sandang di tepi.
Contoh 2: Mengambarkan watak seorang ahli sihir.
Mesti memakai topi yang berbentuk kon dan bercorak bintang. Baju berjubah yang sedikit lusuh dan panjang. Memakai cincin sakti dan tongkat sakti.
Bagaimana pula dengan pemakaian watak jika watak itu adalah super hero? Lelaki kaya? Pengemis jalanan? Pahlawan? Tentera? Anda perlu tulis semua itu dalam naratif supaya watak dapat digambarkan ketika dibaca oleh pembaca.
No. 2: Identiti Dalam Fizikal Watak
Manusia ada yang gemuk, kurus, tinggi, rendah, cantik, kacak dan pelbagai lagi.
Jadi, dalam mencipta watak dalam cerita anda. Mesti tidak akan pernah bersimpang jauh dengan senarai di atas. Ah, saya rasa perkara ini tidak perlu diterangkan sangat pun kerana anda semua sudah cukup mahir untuk mengambarkan fizikal watak.
No. 3: Identiti Dalam Pemikiran Watak.
Okey, point yang ini agak menarik untuk dikupas dengan lebih mendalam. Hmm, tak mendalam sangat pun sebenarnya.
Di sekeliling kita, ada pelbagai jenis manusia. Dan sudah semestinya, pemikiran setiap manusia adalah berbeza contohnya, ada yang berfikiran jumud, berprinsip, bijaksana, tolol dan pelbagai lagi.
Jadi, apa kata anda ambik beberapa bentuk pemikiran manusia tersebut dan masukan ke dalam watak ciptaan anda.
B) CIPTA ALTER EGO ANDA!
Cara ini adalah perkara yang biasa saya lakukan dalam mencipta watak saya sendiri.
Jika anda seorang yang pendiam. Maka, anda perlu cipta alter ego yang mempunyai personaliti berlainan seperti kuat membebel dan lantang berbicara.
Jika anda seorang yang penakut. Maka, anda perlu cipta alter ego yang berani dan kental. Ambil alter ego anda untuk mencipta watak yang menarik dalam novel anda sendiri!
Contoh 1: Cerpen bertajuk Teknopati
Watak utama bernama Michael yang memiliki kuasa Teknopati. Sebab kenapa saya cipta watak begini adalah kerana saya ingin memiliki kuasa begitu. Tapi, malangnya ini realiti. Jadi, penyelesaiannya mudah, hanya perlu cipta watak yang mempunyai kuasa begitu.
Contoh 2: Cerpen bertajuk Rumah Teduhan Kasih
Watak sampingan yang bernama Faez. Nama watak juga daripada nama saya iaitu Fais. Okey, watak Faez yang mengambarkan seorang budak yang tidak mudah terkesan dengan kata-kata orang lain. Tetapi dia cukup pantang bila ada orang yang mengutuk ahli keluarga angkatnya.
Jika anda mencipta watak yang mempunyai sebahagian daripada diri anda. Saya yakin, watak itu akan benar-benar nampak hidup dalam cerita kerana anda meletakan jiwa dalam watak tersebut. Percayalah!
C) MONOTONOUS!
Monotonous bermaksud membosankan atau tidak berubah.
Saya ambil contoh watak daripada novel Aku Lelakimu dan Salju Kyoto, penulis Sara Aisha.
Contoh 1: Aku Lelakimu
Alexander Aryan: Watak yang berani, seorang penulis, mahir berlawan dan mempunyai empati yang tinggi (berbeza dengan simpati, ya).
Tihari Rose: Watak heroin seorang yang berdikari, tidak mudah mengalah, seorang wartawan dan pandai berlawan.
Contoh 2: Salju Kyoto
Arjuna Kaede: Cucu kepada seorang Yakuza, handal berlawan menggunakan pedang dan peminat barang antik.
Nailah Farafisha: Seorang yang berprinsip dalam hidup, semangat setia kawan, berani dan sanggup berkorban demi orang lain.
Nampak? Watak memiliki banyak bakat dan sifat yang menarik dalam dirinya. Jangan mencipta watak yang terlalu tipikal. Variasikan watak anda tetapi janganlah terlalu berlebihan.
D) BERIKAN SEBAB KENAPA WATAK ANDA JADI BEGITU
Point ini ada kaitan dengan point di C.
Jika watak anda seorang lelaki gangster, berikan sebab kenapa watak jadi begitu. Begitu juga jika watak anda seorang yang bad boy, psikopat, berani, berkuasa dan pelbagai lagi.
Contoh 1:
Watak anda seorang yang kuat. Namun, adakah tiba-tiba watak anda menjadi kuat? Mesti ada sebab yang mendorong watak menjadi begitu. Mungkin kerana watak sering dibuli, jadi kerana itu watak berusaha untuk berubah.
Contoh 2:
Watak anda seorang yang selalu cerita dan gembira. Namun, wajarkah watak selalu gembira? Mesti ada sebab disebaliknya. Mungkin juga kerana hidupan watak sering dilanda kesedihan. Jadi, untuk watak keluar dari suasana sedih, maka watak berubah menjadi gembira. Malah kegembiraan itu dikongsi kepada watak sampingan.
Baiklah, itu mungkin berubahan yang nampak. Tetapi, bagaimana pula dengan pemikiran watak? Jika mereka hidup dengan berprinsip dan sebagainya, anda harus bertanggungjawab untuk menerangkan sebab watak berfikiran begitu.
Ingat, jangan mencipta perwatakan watak tanpa sebab!
Sekian saja daripada saya. Terima kasih.
***
Nota dari Ezzuwan_
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...