1. PENGGUNAAN TANDA BACA YANG BETUL
Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut mari kita cari dulu apa erti tanda baca. Tanda yang membaca? Sudah semestinya TIDAK.
Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberi isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
Ia diletakkan di tempat-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik ( . )
Tanda koma ( , )
Tanda tanya atau soal ( ? )
Tanda seruan ( ! )
Tanda sempang atau sengkang ( - )
Tanda noktah bertindih ( : )
Tanda pengikat kata atau petik ( “ “ )
Tanda Titik Elipsis ( ... )Biasa dengannya? Tanda baca ada banyak lagi. Misalnya ( ; ), (') ( _ ) dan macam-macam lagi. Tanda baca kompleks jarang digunakan, kita fokus pada yang mudah.
Kita spesifikkan lagi kepada cabang-cabang dan keterangannya.
X X X
HURUF BESAR (A,B,C ....)
Contoh ayat
~digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a) Rumah itu di atas bukit.
b) Persembahan itu belum tamat.
~digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a) “Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b) Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
~digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a) Yang Maha Pengasih,
b) Ampunilah hamba-Mu.
c) Semoga Engkau menerima doa kami.
~digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a) Haji Abdul Ghabur
b) Nabi Muhamad S.A.W
~digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
a) Profesor Ahmad Hashim
b) Sarjan Major Kamarudin
c) Tengku Iskandar
~digunakan diawal nama khas
a) Sharipah
b) Ipoh
c) Terengganu
d) Bank Negara
~digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a) bangsa Melayu
b) orang Minangkabau
~digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a) Lembaga Urusan Tabung Haji
b) Dewan Bahasa dan Pustaka
c) Semenajung Tanah Melayu
X X X
NOKTAH ( . )
~pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...