Belajar Gaya Bahasa.

163 22 84
                                    

Mari kita belajar gaya bahasa sambil buat latih tubi secara spontan. 

AKTIVITI ANDA.
Sila komen contoh anda sendiri pada ruangan setiap gaya bahasa yang diberi.

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. 
Contoh: Angin yang membisikkan nada rindu.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. 
Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini.
Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. 
Contoh: katanya menggunug-gunung tetapi isinya sampah.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. 
Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. 
Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. 
Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. 
Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. 
Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. 
Contohnya: Menumpang kasih ditempah salah, meluah cinta ditempat berpenghuni.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi.

14. Simbol/ perlambangan
Contoh: Awan mendung melambangkan kesedihan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. 
Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu).

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej Alam.
Contoh: padi, bulan, rumput.

18. Ironi ialah gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi tidak mempunyai makna yang lain. Ia berfungsi untuk menggerakkan imaginasi pembaca.
Contoh : kadang kala ada akhir tiada mula.



Jom selesaikan mana yang mampu. Lagi banyak yang anda semua buat lagi banyak sel-sel otak berhubung. Hihihi... Jom kita latih otak untuk jadi aktif dan kreatif.

Selamat mencuba.

Sumber dari google

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sumber dari google.

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now