Point of View by Arin

94 25 44
                                    

Assalamualaikum semua!

Sesiapa yang tak kenal lagi, saya Arin tapi lebih mesra dipanggil Ey dan akaun saya KaySky_Kira. Nak stalk? Boleh minta izin ayah dulu. Haha gurau-gurau.

Hari ni Ey ada buat tips untuk buat POV.

Baiklah korang tahu tak apa itu POV. Sesiapa yang tak tahu, marilah kita baca tips saya dan belajar bersama-sama!

Let's Go!

POINT OF VIEW

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

POINT OF VIEW.

Point of view atau sudut pandangan ialah kedudukan penulis dalam sebuah cerita. Lebih ringkas siapakah watak yang akan menggantikan penulis atau yang boleh bawa kisah anda cipta.

Perlu tanya dalam diri dulu sebelum buat ini, POV mana yang boleh bawa kisah anda dengan lebih baik.

Sebelum itu kita mesti kenal dahulu ada berapa jenis POV antaranya:

🔸POV 1
🔹POV 2
🔸POV 3
🔹POV campuran

Manakala POV 3 dipecahkan macam boboiboy iaitu:

📍objektif
📍objektif dimodifikasi
📍serba tahu
📍terbatas

Erti kesemua POV:

📌POV 1 :

- Ada dua satu POV 1 tunggal dan POV 1 jamak

🍁POV 1 tunggal

• Penulis menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu aku dan kau.

• Penulis yang menggunakan POV ini boleh menerangkan lebih teliti apa yang berlaku di sekeliling dia seperti di mana berlaku, tarikh bila, apa yang terjadi dan sewaktu dengannya.

Contoh:

Aku berumur 5 tahun ketika itu. Tubuh ku yang kecil seperti semut dan gemuk disukai oleh mak saudara-saudara aku. Tetapi mata kecil aku melihat tumpahan darah pertama di depan aku.

Malam itu tepat 9 malam, keluarga aku dihadiri oleh seorang penyamun. Penyamun itu mencuri dan membunuh ibu bapa aku. Selepas itu,polis datang kerana salah seorang jiran kami terdengar jeritan aku. Kemudian aku dimasukkan ke pusat jagaan anak yatim dan dibesarkan di situ sehingga sekarang.

🍁POV 1 jamak.

• Penulis menjadi wakil kepada sekelompok orang.

• Penulis menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu kami dan kita.

• Senag cerita, penulis seperti sedang berada dengan kawan-kawan dia.

• Kalau nak buat senang je,anda bayangkan yang anda sedang bercakap dengan rakan anda.

Contoh:

Kami sedang menuju ke pusat membeli belah kerana kami ingin membeli barang untuk perkhemahan kami.

Setiba nya kami di situ, kami semua membeli barang seperti berus gigi,baldi dan lain-lain.

Selepas itu, kami semua balik dan tidur tetapi tidak boleh kerana kami semua tidak sabar untuk pergi ke sana.

📌POV 2

- POV ini jarang digunakan dalam mana-mana buku fiksyen kerana POV ini seperti menerangkan seorang tokoh.

- Kebiasaannya POV ini menggunakan kata ganti nama diri seperti beliau.

📌POV 3.

- Ini adalah POV ynag sering digunakan oleh semua orang.

- Penulis menjadi penonton di sebuah pawagam. Penulis hanya melihat pergerakan watak dalam cerita itu sahaja. Penulis akan menyebut nama watak dia atau menggunakan kata ganti nama diri "dia".

Contoh:

"Weh macam mana nak jawab soalan ni?" Kira bertanya kepada rakan dia,Mira.

"Hurm.. soalan senang macam tu kau tak boleh jawab? Meh sini aku tolong." Dia pun menolong Kira menyelesaikan soalan itu.

📌POV 3 objektif:

🌸 Penulis seperti pelapor atau wartawan.

🌸 Penulis boleh menulis kesemua pergerakan yang dibuat oleh satu watak.

🌸 Kalau anda mahu buat,anda perlu menjadi seperti wartawan. Wartawan kan melaporkan kesemua situasi yang berlaku ketika satu kes itu berlangsung dari A ke Z.

🌸 Ingat! Jika kamu selalu gunakan POV ini  akan cepat membosankan pembaca jadi jangan gunakan selalu ye.

Contoh:

Cikgu Khairul bangkit dari kerusi guru itu dan mengutip kesemua soalan peperiksaan yang sedang berlangsung itu.

Rupanya yang tampan membolehkan semua gadis di situ tergila-gilakan dia. Tubuh di juga tinggi dan tegap lagi membuatkan semua gadis itu gila lagi. Rupanya pula dingin seperti kutub utara. Dia suka berpakaian biasa di luar tetapi jika di sekolah dia akan berpakaian kemeja dengan tali leher dia.

📌POV 3 objektif dimodikfikasi.

🌸 Penulis yang menggunakan POV ini tidak menyebut apa yang difikirkan oleh watak tetapi penulis hanya meneka apa yang berlaku.

Contoh:

"Weh apa yang berlaku!" Jerit Ken apabila rakan dia Corney sudah pun menjadi ganas dengan musuh mereka.

"Aku rasa dia akan menggunakan kuasa dia yang kuat..". Miza berfikir sambil menggarukan dagu dia.

"Apa!" Ken terkejut sehingga terpelanting ke belakang.

📌POV 3 serba tahu.

🌸 Penulis mendedahkan apa yang berlaku di kepala watak. Seperti penulis dapat menmbaca gikiran watak itu.

📌POV 3 terbatas.

🌸 Penulis menulis apa yang berlaku pada satu atau dua watak.

🌸 Tidak boleh berlebihan dan hanya boleh tumpukan pada satu atau 2 watak sahaja.

🌸 Seperti korang tengah bergosip dengan geng makcik bawang korang tetapi seorang sahaja yang menjadi topik hangat korang.

📌POV Campuran

• Penulis menjadi tokoh lain kepada tokoh lain dengan sudut pandangan yang berbeza-beza.

• Kebiasaannya,sudut ini memerlukan halaman yang banyak.

• Perlu teliti dalam setiap fragmen saat mengubah sudut pandangan.

• Ingat! Jika mahu buat POV ini perlu satu halaman seperti:

🍁Halaman pertama:

:POV 1

🍁Halaman Kedua

:POV 2

🍁Halaman Ketiga

:POV 3

Sumber daripada : Google dan buku di dalam Reading list Mami.

***

Nota dari KaySky_Kira

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now