Show Don't Tell

150 23 143
                                    

Hai semua. Ada ke yang sedang online sekarang ni? Hari ini terasa nak buat soalan pantas tajuk seperti di atas.


Tahukan maksud SHOW DON'T TELL? 

SHOW - TUNJUK

DON'T - JANGAN

TELL - BERITAHU


Disebabkan ramai yang nak buat tajuk ni masa mami buka dalam grup whatsapp haritu jadi mami nak bagi semua jawab soalan mudah ini. Nak google boleh dan nak jawab dengan spontan pun boleh takda masalah. Mami suka yang spontan.


Jom mulakan aktiviti kita.

1) Beri maksud SHOW DON'T TELL.

(Sila jawab di ruang komen di atas ya.)


2) Berikan contoh ayat Show Don't Tell untuk menggambarkan situasi/emosi di bawah :


                i) Marah

               ii) Sedih

              iii) Mengamuk

              iv) Takut

               v) Gembira


Baik sebelum dimulakan mami kasi contoh dulu ya. Perhatikan contoh penerangan antara Tell dan Show di bawah ini:

Tell: Dia duduk di kerusi sambil memegang kucing kesayangannya.

Ayat di atas memberikan ayat secara terus kepada pembaca, tetapi tidak memberikan gambaran suasana yang terjadi.

Bandingkan dengan contoh di bawah ini:

Show: Mata terpejam, dan dia memeluk dan mengusap Atan kucing kesayangan layaknya seperti memeluk seorang kekasih dan dia tak ingin melepaskan Atan dari pelukannya.

Contoh kedua memberikan ayat dan memberikan gambaran pada keterangan ayat itu. Contoh itu juga menggunakan ayat tambahan untuk membantu penulis mencipta suasana dan memberikan gambaran yang lebih tepat kepada pembacanya.


Ok, itu saja latihan kita pada hari ini. Sesiapa yang nak join sekali boleh saja. Lebih ramai lebih meriah. 


Mami tunggu jawapan kalian semua. Selamat berlatih wahai jejari runcing sekalian.


The Founder,

Tun Indah

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now