Metafora by Leader Ayz

202 41 111
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya mayzhatul ulfa dan lebih selesa dipanggil ayz. Didunia oren ini (Wattpad), saya lebih dikenali sebagai ayzfaa. Saya sudah terbitkan dua buku di dunia oren ini (Wattpad). Jika anda semua sudi, jemputlah jenguk.

Hari ini saya mahu membincangkan tajuk metafora dan saya harap anda semua memberi kerjasama. Jika ada soalan yang tidak difahami, bolehlah anda tinggalkan diruang komen dibawah.

* * *

Apa maksud metafora?

- Metafora merupakan gaya kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak / puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan.

Konsep metafora adalah konsep perancangan yang mengungkapkan atau mengidentifikasikan hubungan antara benda-benda yang lebih bersifat abstrak daripada yang sebenarnya (nyata). Bentuk-bentuk yang nyata tersebut diolah dan dipadukan dengan imaginasi seseorang.

Kebiasaannya metafora terdiri daripada dua patah kata. Contohnya seperti lembah duka, lautan api, kota kesengsaraan, cahaya kepintaran, tunas harapan, padang kehidupan, madu kesusahan, cuka kesangsian dan piala remaja. Contoh metafora di atas adalah suatu cara untuk mendeskripsikan sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan.

Kepentingan metafora:

Metafora adalah cara yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu. Bahasa metafora bukan sahaja lembut pada pendengaran tetapi juga memiliki unsur kelucuan. Walaupun ada antara bahasa metafora ini dapat dijadikan bahasa sindiran namun jarang sekali pendengarnya akan sakit hati walaupun sindiran tersebut ditujukan kepadanya. Metafora lahir daripada idea yang kreatif dan tidak jauh daripada unsur-unsur kiasan. Penggunanya berkait rapat dengan kepercayaan, sikap dan nilai masyarakat. Pengguna metafora dalam kehidupan masyarakat menunjukkan ketinggian tahap pemikiran bermula sejak dahulu kerana mampu mencipta pelbagai bentuk metafora yang menjadi kekayaan warisan bangsa.

Menimbulkan kesan keindahan dalam karya. Mewujudkan nilai estetika dalam karya. Contoh :

Tali kasih - tali adalah benda yang halus panjang untuk mengikat sesuatu. Kasih adalah perasaan sayang terhadap seseorang atau sesuatu. Tapi jika disebut tali kasih akan membawa makna tersendiri. Menggambarkan keadaan yang tersirat. Mengelakkan penggunaan bahasa kasar dan menunjukkan budaya masyarakat.

Definisi : (metafora) pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan (sebagai perbandingan atau kiasan).

Jenis-jenis metofara :

A) metafora implisit : pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya.

B) metafora rancu : penggunaan / percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan.

C) metafora usang : metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya. Contoh merpati putih dan bendera putih.

Bagaimanakah perkaitan metafora dalam kehidupan harian?

- perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan secara tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud disebalik kata-kata yang ditulis / diucapkan.

Apakah makna gaya bahasa perbandingan dan beri ulasan terperinci berserta contoh-contohnya.

- menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya bahasa ialah cara pemakaian bahasa dan antara jenis gaya bahasa termasuklah perbandingan atau metafora. Metafora ialah perbandingan secara terus tanpa menggunakan kata-kata seperti seolah-olah, ibarat, seakan-akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

1) metafora merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung).

Contohnya :

A) perahu duka = perahu (konkrit) + duka (abstrak)

B) ladang kesabaran = ladang (konkrit) + kesabaran (abstrak)

2) Metafora merupakan perbandingan terus secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat dan sebagainya.

Contohnya :

A) bak samudera hampa (simile) = samudera hampa (metafora)

B) ibarat lautan fikiran (simile) = lautan fikiran (metafora)

Nota: sekiranya sebelum gabungan kata konkrit + abstrak ada perkataan seperti, bak, laksana, macam, umpama, istilah yang digunakan ialah simile.

* * *

Nota dari AyzFaa

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now