Ghost Writer!

107 15 8
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dari ; amirah1654

Di suatu kerajaan tinggal sepasang suami isteri yang sangat bahagia.Tambah bahagia apabila mendapat si cahaya mata pertama.

"Beta namakan putera kita Jonny"

"Jonny,Jonny," sengaja si maharaja memanggil anaknya yang baru lahir.

"Yes,papa," jawab anaknya.

Pelik bin ajaib apabila si putera mampu bercakap sewaktu kecil.Akibatnya,putera itu dikurung di dalam sebuah istana lama yang dipenuhi arkib-arkib lama kerana mimbang si putera merupakan bala buat negara.

Sejak dari haritu,si putera tidak mampu melihat dunia luar dan menghabiskan masanya dengan membaca.Namun,

"Argh,stress lah aku! Kenapa buku aku pegang selalu hangus!"

"Eh,putera ni sihat ke tak?putera kan manusia separuh api." jawab seekor kucing di situ.

"Macam mana aku kena benda ni?apalah dugaan aku dapat ni," si putera bertanya.

"Sumpahan maleficent," jawab kucing di situ.

"Macam mana kau tahu?" tanya putera itu semula.

"Sebab aku salah seorang dari mangsa sumpahan maleficent," jawab kucing itu.

"Siapa maleficent?"

"Argh,macam mana boleh jadi putera ni!" kucing itu memegang kepala.

" Mak kau lah," tiada lagi istilah putera disitu.

"Omg," si putera tergamam.

X X X X X

Dari : Dhiacandy

Indah mengendap Zahra yang sedang menulis di atas sehelai kertas. Sudah lama, dia perhatikan gerak-geri Zahra namun hatinya tidak tergerak untuk mengetahui apa yang cuba disembunyikan Zahra. Busy!

Ada suatu hari, Indah terlihat Zahra bermain dengan pisau. Ada warna merah seakan darah yang menitik di atas lantai. Terkejut bukan kepalang Indah melihatnya. Namun, tangan Zahra masih kekal menulis. Apa yang cuba dibuat oleh Zahra. Menulis dalam gelap? Gila. Hanya ditemani satu batang lilin.

Alli rakan sekelas Zahra pun tidak faham dengan karenah Zahra. Sampai satu masa Indah menunjukkan rakaman video yang dirakam olehnya kepada Alli. Terkebil- kebil Alli melihatnya. Rasa takut bertandang ke hati.

Hari Isnin, hari yang ditunggu-tunggu Indah dan Alli. Mereka telah bersepakat untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Zahra di atas kertas-kertas itu.

"Zahra, Adam panggil!"

"Jap, nanti saya datang."

Sejurus Zahra keluar dari bilik. Cepat-cepat Alli dan Indah menyerbu masuk. Dicarinya di dalam laci atau lebih tepat disetiap pelosok bilik Zahra.

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now