Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga club kita. Ya ya saya Dhiacandy a.k.a Nadia. Korang boleh panggil Dhia jer.For the first time Dhia jadi leader.Harap korang supportlah. Bagi lah nadia 100++ comment. Haha gurau jerlah. Asalkan faham sudah. Tajuk yang kita belajar pada malam ini adalah tips nak buat antagonis yang berkesan.
***
Mula-mula kita mesti kena tahu maksud antagonis :
Antagonis merupakan watak atau sekumpulan watak atau kadang-kala merupakan institusi suatu kejadian yang mewakili pembangkang menentang hujah-hujah pihak protagonis (dalam maksud lain, antagonis ni adalah watak hitam).Watak penjahatlah kiranya.
Yang korang paling geram dengan dia dalam mana-mana cerita. Bagi korang menjengkelkan sangat. Itu tandanya watak antagonis yang nak disampaikan berkesan. Dalam gaya klasik sesebuah cerita di mana aksinya terdiri daripada seorang
wira menentang seorang penjahat, kedua-duanya boleh diambil kira sebagai protagonis dan antagonis.
Berlawanan dengan kepercayaan masyarakat, watak antagonis tak semestinya bersifat jahat, tetapi hanya menentang si watak utama.Watak antagonis ada sebab untuk menentang watak protagonis.Tip-tips dia adalah:
1. Sebagaimana protagonis, antagonis juga mempunyai alasan yang kuat untuk tindakannya. Beri semua alasan yang logik, masukkan unsur emosi di dalamnya watak antagonis tersebut.
Pastikan watak antagonis nampak macam makhluk lemah yang nakkan perhatian bila dia bagitahu semua alasannya.Kenapa dia jadi macam tu? Setiap tindakannya harus didasarkan pada argumentasi yang boleh dipertanggungjawabkan kerasionalannya, setidaknya dari sisi si antagonis.
2. Walaupun watak antagonis tu jahat sekali pun, watak tu mesti ada seseorang atau sesuatu yang boleh melembutkan hatinya. Buat sumber kasih sayangnya ini. Macam anak, haiwan peliharaan, benda kesayangan, dan banyak lagi.
3. Berikan watak antagonis tu prinsip hidup dia. Tak kisahlah prinsip dia macam mana sekalipun. Buat prinsip itu sangat mengesankan.
4. Bina dunia kecil dimana si antagonis adalah pahlawan di sana. Contoh Voldemort dalam cerita Harry Potter yang merupakan pahlawan bagi pengikut setianya dan pengikut tu rela mengorbankan apapun demi watak antagonis. Lakukan dunia yang dipenuhi dengan kesetiaan macam ini. Memang menjengkelkan. Tapi, semakin kita jengkel menulis watak antagonis tu, semakin berhasil kita mengolah karakter tu.
5. Antagonis selalu berfikir semua tindakan mereka benar dan mereka selalunya dapat menemukan logik dari setiap tindakan buruknya. Ciptakan itu. Buat antagonis tu merasa yang dia selalunya betul dan daripada itu cipta sesuatu yang logik di setiap tindakan jahat dia. Buat watak antagonis nampak baik dalam versi dia sendiri.
Kita boleh mula berlatih mencipta watak antagonis dari hal yang paling sederhana. Karang tiga atau empat paragraf hal-hal yang baik tentang watak antagonis tu lalu dalam jumlah paragraf yang sama kita tulis hal-hal buruk tentangnya. Cara ni bukan hanya terkesan pada dia jer malah watak antagonis rekaan kita ini boleh digunakan untuk melanjutkan kisah tersebut.
Okay jom kita kenal antagonis!
a) Siapa antagonis dalam drama Kekasih Paksa Rela?
b) Siapa antagonis dalam drama 7 hari mencintaimu?
c) Siapa antagonis dalam cerita Nikita?
d) Siapa antagonis filem cicakman?
e) Siapa antagonis dalam filem Harry Potter?
f) Siapa antagonis dalam Don 2?
Okey Habis!!GoodJob!Sebarang pertanyaan boleh diajukan!
Nota dari Dhiacandy
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...