Asssalamulaikum... Pada Cik/Encik atau makcik Bawang! (K gurau! :P) dengan ini saya ingin perkenalkan diri. Nama saya tasha/sarah atau boleh panggil cik ara. Di dunia wattpad saya dikenali sebagai cikQaisara.
Malam ini tibanya saya menjadi LEADER untuk kelas G2C online
Dengan membincangkan topik .Apa itu PERSONIFIKASI?
Personifikasi ialah gambaran yang menganggap banda-benda dan idea seperti manusia.
Contoh yang saya boleh bagi :
1. Bulan 'tersenyum' manis padaku
2. Angin yang 'membisikkan' nada rindu
3. Masa 'berlari' deras
4. Pohon nyiur 'melambai-lambai'
5. Awam 'berarak'Personifikasi disebut juga pengorangan ialah gaya bahasa kiasan yang memberi sifat-sifat manusia kepada benda-benda yang tidak bernyawa, baik perlakuan dalaman atau perlakuan luaran. Penggunaan gaya bahasa Personifikasi dapat memperjelaskan dan memudahkan pemahaman mesej sebuah sajak.
Contohnya Emosi, perasaan dan pertuturan. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya berasal dari bahasa yunani, "prosopopoeia".
Dalam penggunaan bahasa personifikasi, dikatakan hampir kesemua puisi A. Samad Said yang dikaji menggunakan personifikasi. Penghasilan personifikasi dalam karya Pak Samad adalah menyampaikan idea-idea yang abstrak.
Kita tidak akan rela berganjak,
Mendekap alam,
Khusus ketika ia sedang terus
'terdera kejam',
Kita tak rela dengar 'rintih' rimba yang
'murung'
Atau menyerap 'tangis' dedaun dan
'Sedu' burung(Karya Pak Samad: 'Langkah Lestari')
Dalam karya Pak Samad 'Langkah Lestari' perkataan alam dipersonifikasikan dengan klausa terdera kejam, sementara rimba dipersonifikasikan dengan rintih bagi menggambarkan nasib yang dialami oleh alam.
Setahun lagi - kini kita sedang
'Dikucupi nafas puasa,
'Aidilfitri' turut menyerlah dengan
'Senyum' seindahnya.("Karya Pak Samad: 'ramadhan wangi')
Sementara dalam 'ramadhan wangi', penulis mempersonifikasi puasa dengan 'dikucupi nafas', hal ini dengan tidak langsung membangkitkan lagi perasaan terhadap ayat yang dibaca
Itulah adalah secebis ilmu yang saya tahu dalam soal personifikasi ini
Sekian terima kasih!
Leader @cikqaisara
YOU ARE READING
Bengkel G2C
RandomClass online di wattpad yang akan di ajarkan oleh leader-leader dari grup G2C. Terbuka kepada semua ahli G2C dan juga warga wattpad lain yang berminat untuk turut serta dalam class ini nanti. Selepas class akan ada latihan yang akan diberikan untuk...