Klimaks by Syafasuha

253 47 228
                                    

TAJUK  :   KLIMAKS

TARIKH  :   04 Mac 2018 (AHAD)

LEADER  :  SUE a.k.a  syafasuha

PEMANTAU :  @tunindah

Mega berarak indah berbalam,Dipuput bayu ke pohon ara,Pemanis kalam selamat malam,Awal bismillah pembuka bicara,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara,

Hai Assalamualaikum, apa khabar. Buat yang belum mengenali, nama saya Suhaili. Lebih mesra disapa sebagai Sue. Di dunia Wattpad saya dikenali sebagai syafasuha. Buku yang telah diterbit di Wattpad lebih kurang lima. Kalau sudi jenguklah hihi.

Hari ini saya akan membicarakan tentang sebuah tajuk yang telah diberi iaitu Klimaks. Saya akan kongsikan serba sedikit tentang Klimaks. Diharapkan anda semua boleh beri kerjasama. Jika ada yang tidak faham bolehlah bertanyakan soalan kepada saya. Jangan risau wahai Adik, Abang dan Kakak semua. Saya tak garang, yang garang cuma Mami yang cantik saja hehe.

 Saya tak garang, yang garang cuma Mami yang cantik saja hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Apa itu Klimaks?

Merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka, klimaks bermaksud bahagian dalam cerita yang lebih genting dan begitu mencemaskan daripada bahagian-bahagian lain. Klimaks juga adalah titik puncak atau kemuncak didalam sesebuah penceritaan. Ia memainkan peranan yang begitu besar kerana klimaks yang menarik dan mendebarkan hati para pembaca dapat menarik minat mereka untuk membaca karya anda hingga ke muka surat yang terakhir.

Apa yang terjadi jika karya anda tiada Klimaks?

Klimaks yang merupakan satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan jalan cerita (plot). Dalam plot terdapat permulaan cerita, pertengahan cerita, perumitan cerita, klimaks dan peleraian. Pada bahagian klimaks tercapai segala fokus, penceritaan dan berlaku konflik yang paling hebat. Malahan klimaks menjadi daya penarik utama sesebuah cerita atau novel. Sesebuah novel yang tidak mempunyai unsur klimaks akan menjadi hambar dan tidak mempunyai kesan.

Teknik membuat klimaks yang menarik :

Contoh Filem: The Godfather

1. Memberi kejutan kepada pembaca.

Contoh: Apabila keluarga Corleone masih dalam ancaman. Mike mempunyai dendam terhadap ketua mafia lain.

2. Emosi kepada pembaca.

Contoh: Pembaca mulai bersetuju dan menyokong tindakan Mike. Pembaca mahu keluarga Corleone dan Mike bertahan dan bertambah kuat. Jika tidak pembaca akan rasa kecewa.

3. Memberi ganjaran kepada watak/karakter.

Contoh: Mike menjadi pengganti Don Corleone. Dia menjadi The Godfather.

4. Berikan ciri baru untuk watak.

Contoh: Mike bukan lagi orang awam yang biasa. Dia menjadi lebih selesa. Dia seorang mafia setiap tindakannya adalah mengenai keluarga dan perniagaan keluarga Corleone.

5. Selesaikan kisah berikut dengan resolusi.

Contoh: Setiap konflik, persoalan diselesaikan dengan resolusi klimaks. Premis itu tidak dijawab. Malah untuk konflik sekunder. Jika konflik utama adalah dendam besar Mike, maka konflik sekunder adalah kekuatan keluarga-keluarga Corleone di kalangan keluarga mafia New York yang lain. Tidak semua konflik sekunder mesti diselesaikan, tetapi cerita penting berakhir. Oleh kerana klimaks yang bagus meninggalkan kesan kepada pembaca bahawa cerita dalam novel yang mereka baca selesai. Tamat.

Contoh Klimaks yang lain:

Klimaks dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah ialah pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya. Contohnya, Fuad telah menemani Farhana untuk melawat ibunya yang sakit tenat di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Fuad terkejut apabila melihat nama ibu Farhana sama seperti nama ibunya iaitu Mariana. Sebelum ini, dia telah banyak melalui halangan dan rintangan untuk berjumpa dengan ibu kandungnya. Fuad telah mencari pusara ibunya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia dan dikebumikan di Felda Lembah Klau. Dalam usaha mencari pusara ibunya, Fuad menemui bapa saudaranya iaitu Peter Lim yang telah membesarkannya. Setelah mendapat maklumat, Fuad pergi ke Lembah Klau dan mendapati bahawa nama sebenarnya dalam Islam ialah Abdul Halim. Seterusnya, Fuad pergi ke Kampung Sedili, Kuala Lipis dan diberitahu oleh Pak Samsudin bahawa ibunya masih hidup. Namun ibunya, Mariana telah berpindah ke Kuantan. Semangat Fuad untuk mencari ibunya semakin kuat. Setelah Robert Lim, ayah Fuad telah mengetahui Mariana masih hidup dia telah pergi ke Danau Seberang untuk menyerahkan cincin dan gambar Mariana bagi membantu Fuad mencari ibunya. Sehinggalah Fuad bertemu dengan ibunya, Mariana di Hospital Tengku Ampuan Afzan yang sedang sakit tenat.

Contoh Klimaks yang lain:  

Tajuk: Takdir Dia
Penulis: syafasuha

Contoh klimaks lain diambil dari cerpen saya sendiri yang bertajuk Takdir Dia. Contohnya, perkahwinan antara Iryan dan Zameera telah membuatkan Auni menjadi patah hati kerana dirinya diperlakukan tak ubah sebagai tempat persinggahan. Auni membawa diri lalu berkenalan dengan seorang lelaki lain iaitu Hakimi mereka pun mengambil keputusan untuk berkahwin setelah beberapa bulan berkenalan.

Dalam pada masa yang sama, karma telah menimpa Iryan. Rahsia yang Zameera simpan telah terbongkar anak yang dikandungnya bukanlah dari benih Iryan tetapi dari hasil perbuatan sumbang Zameera dulu. Mereka berdua pun bercerai.

Auni pulang ke kampung untuk persiapan perkahwinan dan terserempak dengan Iryan. Iryan malu dengan perbuatannya dahulu kerana mempermainkan Auni dan dia memohon maaf. Hakimi tunang Auni pun memujuk agar dia berlembut hati untuk memaafkan Iryan.

Dari Kedah ke Pekan Sari,Beli Suasa di Kota Tinggi,Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli Suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi,

Sekian daripada saya Terima Kasih.

Nota daripada syafasuha

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now