Lipstick Merah

86 23 32
                                    

Dari : Dhiacandy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dari : Dhiacandy

Ali seorang remaja lelaki yang mula jatuh hati pada seorang remaja perempuan. Perwatakan gadis itu dingin, sombong, dan paling tepat dia tidak suka bergaul dengan pelajar lain. Buku, cermin mata dan beg galas menjadi peneman setia gadis itu. Tiada guru apa yang dia buat adalah baca buku, baca buku dan belajar. Namun, Ali masih kekal meminatinya.

Perasaan membuak-buak ingin tahu tentang gadis itu yang sentiasa berjalan sendirian. Di kolej, asramanya masih kosong. Kenapa gadis itu, tidak menginap saja di asrama. Ali berkeputusan untuk mengendap gadis itu.

Satu hari, Ali ternampak lipstick merah gadis itu jatuh tanpa gadis itu sedari. Ali mengambilnya lalu membuntuti gadis itu hingga ke banglo lama dan usang. Ada rasa gugup menyingah di hati Ali. Namun, dia masih berkeras mahu mengikut gadis yang berselendang merah itu.

Ali menegur gadis itu sambil menghulurkan lipstick kepunyaan gadis itu. Dia berusaha untuk terus senyum biarpun wajah gadis itu dingin seperti ais. Gadis itu menyambut lipstick lalu memakainya. Ianya kelihatan merah pekat.

"Terima kasih, Ali. Kau dah masuk perangkap."

"Nisa, apa ni?"

Lipstick merah itu berubah dari lipstick menjadi pisau kecil. Leher Ali ditoreh berkali-kali.


X X X X X

Dari : MuimbinaAbdullah

Lipstick merah. Kenapa dengan lipstick ini? Aku keliru. "Kenapa dia beri aku lipstick ini? Aku lelakilah!" ujar Muim setelah membuka kotak hadiah yang diberikan oleh Alli kepadaku.

Tiba-tiba telefonku berdering. Aku angkat.

"Muim, dah dapat hadiah hari jadi kau?"

"Dah! Kenapa kau bagi aku lipstick?"

"Kau yakin itu lipstick?"

Aku pandang semula lipstick tadi. Ya, ini lipstick. Ada apa-apa pada lipstick ini ke?

"Apa maksud kau," tanya aku.

"Kau nampak button pada lipstick itu."

"Ya, aku nampak."

"Ikut cakap aku, boleh?"

"Boleh saja, tapi lipstick apa ini sebenarnya."

"Nak tahu ke? Ikut cakap aku."

"Ok, ok. Cakaplah apa yang kau nak."

"Halakan lipstick itu ke kepala kau."

"Ok."

"Tekan button itu."

Aku tekan.

"Boooom."

Keluar bunga daripada lipstick itu.

Bengkel G2CWhere stories live. Discover now