10

2.3K 288 22
                                    

Author POV

Seungcheol terus keluar dari dalam perut kereta kerana mahu menegur Jeonghan yang elok mengangkang kat depan jamban awam lelaki.

Seungcheol berhenti jalan seketika, dia memandang Jaehwan aka majikannya yang bangun hendak pergi ke tandas.

Macam mana Seungcheol tahu? Dia nampak Jaehwan tengah pegang pundi kencingnya itu yang Seungcheol tahu ( ̄∀ ̄)

Abaikan muka di atas hiks.

"Tak boleh cover ke apa? Tau la nak kencing" kata Seungcheol menahan tawa.

Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang tidak dikenali memakai cap dan topeng masuk ke dalam kedai makan dan memasukkan sesuatu di dalam air Jaehwan lalu lelaki itu terus keluar dari kedai makan.

"Siapa lelaki tu?" Seungcheol mengerutkan dahi.

Seungcheol memandang cawan Jaehwan dan Jeonghan yang sedang elok bermain pisau silih berganti.

Al maklum la pisau tu macam pisau mainan sebab tu orang tak syak tu pisau betul.

Tak tahu mahu pergi ke mana nak halang Jaehwan minum air itu atau marah Jeonghan sebab main pisau kat depan jamban awam.

Kelibat Jaehwan mula kelihatan, dia duduk di atas kerusi lalu mengambil cawan yang telah dibubuh sesuatu di dalam air teh.

Sekali lagi Seungcheol memandang Jaehwan dan Jeonghan silih berganti.

'Aduh! Nak pergi yang mana dulu?! Marah Jeonghan atau selamatkan Jaehwan?' Seungcheol menggaru kepalanya.

"Ahh!! Hentam jelah!!!" Seungcheol terus berlari ke arah itu dengan sekuat tenaga.

Sampai sahaja disitu dia mula berdiri di depan seseorang, tangannya didepakan.

"STOP!! INGAT NYAWA DALAM BADAN KAU TU DULU!! Kau tak rasa ke kau akan mati sia-sia bila kau buat macam tu?! Nak mati tu mati jelah tapi pastikan aku dah tak berkait dengan kau lagi!! Apa aku nak jawab kat diorang nanti kalau kau mati?! Hah?!" bebel Seungcheol berserta tengkingannya.

Si dia mula blur.

Jeonghan

Atau

Jaehwan

Mana satu Seungcheol pergi?

[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||Where stories live. Discover now