<< Rumah Wanna One >>
"Macam mana si Minghao tu boleh kena culik?!" Jisung memandang Jinyoung tajam.
"Mana la aku tahu masa tu aku kat dalam kedai" jawab Jinyoung serba salah.
"Parah ni, empat orang driver dah kena culik" ujar Guanlin risau.
"Aik? Siapa lagi seorang yang kena culik?" Sungwoon mengerutkan dahinya, hairan.
"Dia punya driver" semua menunjuk pada Daniel yang tengah duduk di atas meja.
"Jisoo kena culik bruh"
"Apa plan diorang sebenarnya ni?" Seungcheol mengusap dagunya dengan series.
"Apa maksud kau diorang?" Jaehwan memandang Seungcheol curiga. Seperti dia ada sembunyikan sesuatu.
"Ada orang intip korang semua atau lain kata cuba nak bunuh korang" jawab Seungcheol. Malas nak simpan rahsia lagi dah, keadaan sekarang ni tengah dalam bahaya.
"Macam mana korang tahu?"
"Mulut tu tak reti diam ek?" Mingyu menjeling Daehwi, banyak tanya betul la mamat ni dari sampai ke rumah sehingga la sekarang.
"Biarlah aku nak diam ke tak! Cari gaduh" Daehwi pun tidak mahu kalah. Dia balas jelingan Mingyu tapi lagi padu la.
"Diam la! Korang gaduh lagi aku tendang korang berdua keluar. Gaduh la puas-puas kat luar tu" ugut Jeonghan. Orang tengah series sempat lagi diorang berdua bergaduh.
Terus diam mereka berdua tapi mata mereka tak reti duduk diam, ada je nak bagi isyarat takpun jelingan.
"Kita kena selesaikan masalah ni cepat sebab kita dah takde banyak masa" kata Seokmin.
"Rilek Seokmin, kau berehat dulu muka pun berlebam" Junhui menolong Seokmin duduk di sofa, bagi dia rehat sekejap.
"Betul cakap Seokmin tu, kita kena bertindak cepat cari diorang" kata Soonyoung.
"Tapi macam mana nak cari?" Semua mula terdiam mendengar soalan dari Woojin. Masing-masing buntu.
Tok! Tok! Tok!
"Aku tak tahu la budak zaman sekarang ni, dah ada loceng pintu pun nak juga ketuk" rungut Minhyun geram, padahal dia sebenarnya malas nak buka pintu.
Minhyun membuka pintu itu dengan wajah yang tidak ikhlas dan memandang seorang jejaka yang lebih muda daripadanya tengah tersengih tak bersalah.
"Nak apa?" Soal Minhyun malas.
"Nak masuk boleh? Nak jumpa Seventeen ngehehe" kata lelaki itu dengan sengihan yang tak lekang dari bibirnya.
"Buat apa nak jumpa diorang?"
"Saya ni junior diorang, ada benda penting nak kata kat diorang" jawab lelaki itu lancar.
"Aik? Driver pun ada junior sendiri? Lain macam hmm masuklah" Minhyun memberikan ruang kepada lelaki itu masuk ke dalam.
"Gumawo"
YOU ARE READING
[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||
Fanfiction13 pak cik driver yang penuh rungutan × 11 orang majikan yang riak lagikan gila "Hey driver bawa aku pergi tandas" "PERGI LA SENDIRI! APA FUNCTION ADA KAKI ADA AKAL TAPI TAK NAK GUNA!" "Aku sentap hiks" ◆Start: 1 / 3 / 2018 ◆End: 19 / 12 / 2019