33

1.5K 213 63
                                    

"Eh Minghao!! Berhenti kat kedai ni kejap!!! Kecemasan ni!!" Jinyoung menggoncang kerusi yang duduki Minghao sambil menunjuk kedai yang tidak jauh dari mereka.

"Lain kali la!! Yang ni lagi kecemasan! Kita kena balik rumah geng kau cepat" bantah Minghao.

"Alah kejap je!! Minghao bawa la aku pergi kedai tu kejap!! Kalau tak aku report kat bos kau!!" Ugut Jinyoung, hamboi-hamboi sesuka hati je nak ugit-ugut orang.

"Ish yelah! Asyik-asyik ugut orang" rungut Minghao lalu memberhentikan kereta di depan kedai itu.

"Kau tunggu sini kejap!!" Arah Jinyoung dan keluar dari perut kereta dengan gembiranya.

"Kau nak buat apa pergi kedai tu?!" Jerit Minghao dari dalam kereta.

"Beli aiskrim!!!"

"Bertuah -_-" Minghao menggelengkan kepalanya.

Tok! Tok! Tok!

Tiba-tiba pintu cermin diketuk oleh seseorang yang tidak dikenali. Minghao menjongketkan keningnya apabila orang itu menyuruhnya keluar dari kereta. Tanpa berfikir panjang, Minghap keluar dari perut kereta dan berhadapan dengan lelaki itu.

"Apa?" Soal Minghao.

"Annyeong, Park Jimin imnida" Minghao dan Jimin berjabat tangan.

"Asal kau kenalkan diri ni?" Minghao mula berasa pelik dan pada masa yang sama dia berada tidak sedap hati.

"Saja nak kau tahu sebab kita akan selalu bertemu mulai sekarang" Jimin tersenyum sinis, dia terus memberi isyarat.

"Apa kau bu— ummphh!!!" Minghao meronta kuat apabila ada orang menerkamnya dari belakang, mulutnya ditekup dengan sapu tangan yang mengandungi ubat tidur.

Tetapi Minghao tak mengalah, dia menyepak kaki orang itu sekuat hatinya. Orang itu mengaduh sakit lalu dia terlepaskan Minghao.

Belum sempat Minghao ingin bertindak, Jimin sudah mengunci pergerakannya.

"Hoseok hyung! Jangan la pegang kaki tu je! Tolong aku cepat!!" Ujar Jimin apabila rasa tidak dapat bertahan lama lagi. Walaupun badan Minghao kurus dia punya tenaga tu lagi sado dari Jimin.

HAHAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHA.

"JINYO— ummphhh!!!" Makin kuat rontaan Minghao apabila Hoseok menekup mulutnya dengan sapu tangan itu tadi.

Meanwhile, Jinyoung sibuk memilih aiskrim dengan lama.

"Hmmm coklat ke? Vanilla? Hmmmm" berkerut muka Jinyoung nak pilih perisa aiskrim.

Berbalik situasi tadi, rontaan Minghao makin lama makin perlahan sehingga tiada sebarang pergerakan dari Minghao.

"Dah mati ke dia?" Soal Hoseok dungu.

"Dia pengsan la pabo -_-"

"Sampai hati kau kata aku ni pabo! Aku ni hyung kau tau!" Kata Hoseok sayu.

"Apa-apa jelah, jom angkat si lidi ni masuk van sebelum Jinyoung tu nampak"

"Hmm yelah" Hoseok mula menolong Jimin mengangkat Minghao masuk ke dalam van.

Aik berat sangat ke si Minghao tu sampai nak angkat dia kena dua orang (─‿─)

Van itu terus pecut masuk ke jalan raya, meninggalkan Jinyoung yang baru sahaja keluar dari kedai itu sambil makan aiskrim perisa jagung

Tang mana aiskrim jagung ni datang?

Tak perasan dengan kehilangan Minghao, Jinyoung selamba masuk ke dalam perut kereta siap menjilat aiskrimnya.

[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||Where stories live. Discover now