< Bilik Mesyuarat >
Author POV
Seungkwan menyilangkan tangannya di dada, bibirnya dimuncungkan sedepa maaf agak melebih disitu.
Sebenarnya 2 inci hehe.
"Aku ni driver aka bodyguard aka spy dia tau asal dia tak bagi aku masuk dalam bilik mesyuarat?!" tanya Seungkwan kepada diri sendiri.
"Nak kata aku ni lembab takde la lembab sangat aku dapat 10C kot itupun sebab lambat sampai B dengan A dah habis apa lagi yang tak cukup?!" cemuh Seungkwan geram.
Pekerja yang lalu disekelilingnya dah pandang Seungkwan semacam maybe muka Seungkwan agak jarang dijumpau di muka bumi itu yang semua membatak duk usya muka Seungkwan tu.
Seungkwan mohon bangga.
Tiba-tiba Guanlin keluar dari bilik mensyuarat, terkejut dia sebab nampak Seungkwan mencangkung di atas kerusi.
Nak berak ke apa diva Boo ni?
"Kau buat apa kat sini?" segera Guanlin menutup pintu.
"Aku tengah bertafakur buta ke?" perli Seungkwan.
"Kenapa kau mencangkung atas kerusi tu?! Orang duduk la buat malu je" Guanlin memandang sekeliling takut orang atasan nampak perangai buruk Seungkwan.
"Nak mogok sebab kau tak bagi aku masuk!!" Seungkwan memalingkan muka tanda merajuk.
"Memang la tak boleh kat dalam tu ada orang atasan termasuk appa aku lepastu kitaorang bincang pasal projek bukannya bincang malam ni nak pakai baju apa" kata Guanlin berserta sindiran.
"Aku tahu la! Ingat aku ni noob sangat ke tak tau bincang bab projek" balas Seungkwan.
"Oh tahu asal tak jadi macam aku je tak payah susah-susah nak jadi driver" sekali lagi Guanlin memberi serdas sindiran.
Seungkwan sudah mula memegang dada untuk buat drama.
'Hengko tak sedar ke orang depan kau ni lagi TUA dari kau dan aku ni SPY yang hensem, comel, bergaya, mempunyai jiwa yang kental, tak mudah putus asa ok stahp puji diri sendiri' bisik hati Seungkwan bangga.
"Tak payah nak acah buat drama la, appa aku ada kat dalam tau kau nak kena pecat ke?" Guanlin senyum sinis.
"Aku tak takut la macam la appa kau nak pecat aku heh" Seungkwan menjelir lidah.
"-_- kau balik sekarang nanti bila balik aku call kau" kata Guanlin.
"Kalau aku kata tak nak balik?" kata Seungkwan cuba mencabar.
"Kau memang tak nak tahu apa yang akan aku buat" Guanlin memandang Seungkwan tajam lalu dia mengambil satu fail dan masuk ke dalam bilik itu semula.
Seungkwan mengetap bibir. Dia memandang di luar tingkap cuba untuk menenangkan jiwa.
Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang agak mencurigakan masuk ke dalam banggunan ini.
Seungkwan dapat mengagak sesuatu kerana itu orang yang sama di dalam gambar yang Seungcheol beri pagi tadi di grup chat mereka.
Segera Seungkwan berlari pergi ke satu tempat iaitu
Jamban.
"Melabur dahulu sebelum bertindak!!" jerit Seungkwan sebelum masuk ke jamban.
________________
Happy 2.17k Reads!! 🎉🎉🎉💞
Author nak tanya la macam mana orang boleh buat novel untuk story dalam wattpad? Sampai sekarang author tertanya
YOU ARE READING
[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||
Fanfiction13 pak cik driver yang penuh rungutan × 11 orang majikan yang riak lagikan gila "Hey driver bawa aku pergi tandas" "PERGI LA SENDIRI! APA FUNCTION ADA KAKI ADA AKAL TAPI TAK NAK GUNA!" "Aku sentap hiks" ◆Start: 1 / 3 / 2018 ◆End: 19 / 12 / 2019