Wonwoo mengerutkan dahinya apabila melihat Seongwoo yang tak habis-habis membebel di depan kereta.
Kini mereka berada di bangunan-bangunan yang baharu sahaja dibuka nama pun baru dibuka jadi disitu tiada orang.
"Haish tak pasal-pasal appa aku bebel sebab masuk kerja lambat sangat" bebel Seongwoo lagi.
Wonwoo menutup mulut Seongwoo dan memberi isyarat diam.
"Senyap la kau kerjanya asyik bebel je macam katak" Seongwoo menjeling Wonwoo lalu menepis tangan Wonwoo itu.
Sekarang waktu lunch, Wonwoo dan Seongwoo sedang menunggu Seokmin yang katanya ingin pergi ke tandas tapi sampai sekarang tak muncul-muncul.
Takkan kena culik kot.
"Mana Seokmin ni? Kejap lagi habis waktu lunch dah la aku ada meeting lepas ni" rungut Seongwoo sambil menilik jam tangan miliknya.
"Kau tunggu sini jangan pergi mana-mana aku cari si Seokmin tu kalau ada orang cuba serang kau, kau cuba sepak kemaluan dia kalau dia lelaki la kalau dia perempuan kau lempang pun takpe melayang juga nanti ok bye! Tunggu sini tau!!" Pesan Wonwoo lalu beredar tanpa sempat Seongwoo ingin berkata.
"Haish pahal la dia cakap macam tu? Macam bodyguard je" Seongwoo mengerutkan dahinya.
"Lagi satu tandas kat belah kanan pahal dia pergi jalan kat belah kiri?" Seongwoo seperti ingin mengejar Wonwoo tetapi niatnya terbantut.
"Biarlah dia pandai-pandai dia nak patah balik nanti" kata Seongwoo lalu bersandar pada kereta sambil bermain telefon pintarnya.
Tanpa Seongwoo sedari ada seseorang yang memerhatikannya di sebalik bangunan itu sambil tersenyum sinis.
"Peluang keemasan" dia menyerigai, belum sempat dia ingin bertindak earphone yang dipakainya berbunyi seperti pesanan masuk.
//Jimin!! Engko jangan gatal sangat nak serang katak tu sekarang tugas kau awasi keadaan, pastikan Taehyung dan Jungkook tak pulang dengan tangan kosong//
"Ok hyung" kata Jimin malas lepas mendapat pesanan dari Seokjin.
"Peluang keemasan tu haish" keluh Jimin lalu memandang tempat lain, malas nak pandang Seongwoo bukan dapat apa pun.
Tanpa dia sedari, Seokmin sedang berlari mendapatkan Seongwoo dengan muka yang lebam dan agak sedikit berdarah.
Seongwoo yang ingin membuka mulut mula tak jadi lepas Seokmin sumbat telefon dalam mulut dia dan tolak masuk ke dalam perut kereta lalu pecut pergi ke jalan raya meninggalkan Wonwoo sendirian tengah struggle cari dia.
Seokmin engko kejam Seokmin.
Jimin memandang semula tempat dimana kereta dan Seongwoo berada tetapi dah hilang.
"Dahell!! Cepatnya lesap!! Tapi siapa yang bawa? Seongwoo dah tahu ke?" Jimin membuat andaian sendiri lalu dia tergamam.
Bahaya kalau Seongwoo tahu memang tersebar luas la nanti dengan mulutnya tu.
"Aku kena cari Taehyung baru la Jungkook!!" Jimin terus berlari ke tandas lelaki tempat dimana Taehyung sepatutnya berada.
Kemungkinan itulah punca kenapa muka Seokmin lebam dan berdarah.
+++
"Haish mana pula Seokmin ni? Dengan tandas dari tadi tak jumpa-jumpa" rungut Wonwoo sambil melihat sekeliling.
Rasanya dia dah semakin jauh dengan kereta dan Seongwoo.
"Harap-harap katak tu tak kena serang" kata Wonwoo separuh berharap.
Tiba-tiba ada seorang lelaki yang mamakai cap sehingga tidak menampakkan matanya muncul di salah satu bangunan dan jalan berselisihan dengan Wonwoo.
Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
Tapi Wonwoo langsung tidak memandang lelaki itu curiga dan berjalan seperti biasa.
Jungkook memberhentikan langkahnya lalu pusing kebelakang memandang Wonwoo dengan sinis.
Dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menghampiri Wonwoo, picu ditekan.
Pak!
Wonwoo rebah disitu selepas dipukul kuat oleh Jungkook dengan menggunakan pistol.
"Sebenarnya aku nak tembak kau tapi bukan sekarang... mianhei ye" kata Jungkook sinis lalu menendang kaki Wonwoo dengan perlahan untuk memastikan dia betul-betul pengsan.
Jungkook memandang CCTV yang betul-betul berada dihadapannya jelas kelihatan yang CCTV itu sudah tidak berfungsi buat seketika.
Jungkook memandang Wonwoo dengan wajah psikonya.
"Dasar spy lembab" Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya lalu menelefon Jimin untuk mengambilnya bersama Wonwoo.
+++
Hoonjae memicit pelipisnya apabila mengetahui dari orang suruhannya bahawa jumlah member Seventeen semakin berkurang.
Dari 13 orang menjadi 11 orang. Entah siapa pula yang akan menjadi mangsa sebentar lagi.
"Seungcheol dah tahu?" Orang suruhannya atau lebih dikenali Nam Jungyon hanya menggelengkan kepalanya.
Ohok! Ohok! Tersedak pula.
Jungyon adalah junior Seventeen dan patutnya dia kena gantung kerja 5 bulan sebab tercederakan sepuluh staff Hoonjae tanpa sengaja tapi Hoonjae call kena masuk kerja secara tiba-tiba sebab kena tolong si Seventeen tu terus tak jadi nak berparty.
"Nanti kau bagitau dia" Jungyon mengangguk faham dan terus diam.
Apabila Jungyon menatap wajah Hoonjae pasti akan mengingatkannya kepada mendiang kembarnya iaitu Nam Jaehoon. Tsk tsk tsk
Eh eh aku kata mendiang ke tadi? Maaf silap Jaehoon masih hidup lagi dia cuma kerja sebagai Polis. The End. I like me.
"Lagi satu aku rasa kau kena menyibuk dalam hal ni" Jungyon ternganga, dia masih lagi dalam latihan tengok-tengok dah kena buat urus kes besar, senah tak sedia wooii.
"Boleh ke? Tak kena telan dengan Seventeen tu ke?" Soal Jungyon ragu-ragu. Mana taukan Seventeen memang kebulur sangat nak makan masa tu lagi-lagi si Seungkwan tu.
Fikir positif readers sekalian. Fikir positif.
"Kau cakap jelah aku yang arahkan" jawab Hoonjae selamba.
"Kalau tak menjadi juga?" Hoonjae mengeluh perlahan.
"Nak tak nak polis terpaksa masuk campur dalam kes ni" kata Hoonjae memberi kata putus.
Jungyon terdiam.
Sekiranya polis masuk campur dalam kes ni secara rasminya organisasi mereka terpaksa diberhentikan maksudnya tiada lagi Secret Spy.
_______
Ayat aku HAHAHAHAHAHAHA
YOU ARE READING
[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||
Fanfiction13 pak cik driver yang penuh rungutan × 11 orang majikan yang riak lagikan gila "Hey driver bawa aku pergi tandas" "PERGI LA SENDIRI! APA FUNCTION ADA KAKI ADA AKAL TAPI TAK NAK GUNA!" "Aku sentap hiks" ◆Start: 1 / 3 / 2018 ◆End: 19 / 12 / 2019