Jisung memandang Hansol yang diam membisu, dia hairan kali pertama dia pilih Hansol sebagai drivernya si mamat salleh celup ni tahu diam je tak macam membernya yang lain bising 24 jam. Bila buat kerja kemain perfect padahal kerja driver je.
"Kau ni memang tak reti bercakap ek?" Soal Jisung tiba-tiba. Akhirnya soalan yang lama dia pendam terlepas jua.
Hansol memandang Jisung di seat belakang dengan menggunakan cermin pandang belakang, entah betul ke tidak ayat aku ni aku tak tahu nak panggil apa sebenarnya.
"Aku boleh je cakap, kenapa?" Soal Hansol pula.
"Takde la aku pelik member kau semua banyak celoteh kau seorang je yang nampak pendiam" jawab Jisung.
Eh Jisung bukan Hansol seorang je yang pendiam si Minghao tu lagi la sepatah tanya sepatah la dia jawab. Kesian Jinyoung dapat driver yang pendiam lagikan savage.
"Aku mana ada pendiam aku kuat cakap la tapi bukannya selalu" kata Hansol.
Suasana menjadi sunyi seketika selepas Hansol berkata. Tak sangka Hansol reti jadikan suasanan menjadi kekok.
Tiba-tiba panggilan masuk dari telefon pintar milik Hansol, dengan berhati-hati Hansol menjawab panggilan itu. Matanya tak lekang memandang jalan raya yelah takut accident pula nanti kalau dia lalai.
Jisung memandang Hansol yang sedang bercakap di dalam talian, kelihatan series je nak juga dia pasang telinga tapi macam tak elok pula jadi dia hanya pandang sahaja.
"Ok hyung roger nanti aku balik ke rumah Wanna One dengan Jisung" kata Hansol lalu menyimpan semula telefonnya selepas menamatkan perbualan itu.
"Kenapa?" Tanya Jisung apabila melihat Hansol seperti ingin berkata sesuatu kepadanya.
"Kita kena balik ke rumah kau, dua driver kita hilang" ujar Hansol series lalu membuat pusingan U untuk pulang ke rumah Wanna One.
"Eh habistu meeting?!" Jisung mula risau, risau appanya menunggunya di bilik mesyuarat dan risau denga keselamatan membernya.
"Jangan risau nanti aku bagitau appa kau" Hansol mengambil telefonnya lalu menelefon Seungkwan dan Chan.
"Member kau yang hilang pahal kitaorang kena balik rumah? Bukan ke itu masalah kau dengan geng kau" ujar Jisung tak puas hati.
Bagi Jisung driver hilang je bukannya benda yang penting pun pada dia so buat apa kena balik rumah kan?
Hansol menjeling Jisung.
"Aku tak nak jadi pekerja yang derhaka sebenarnya tapi boleh tak kau duduk diam, mulut tu pun sila diam fikir aku nak ke kerja ni? Lelaki yang tak reti bersyukur"
Jisung terus duduk diam sambil memandang Hansol dengan terkejut. Fuhh belum pernah lagi Hansol jadi macam ni.
Peringatan buat diri sendiri, bila nak bercakap fikir dulu perasaan orang sekian.
Eh tapi betulkan apa yang dia kata? Kenapa nak terasa?
+++
"Hyung kitaorang dah balik!!" Jerit Jimin sambil memapah Taehyung yang cedera masuk ke dalam rumah.
Jungkook pula sibuk mengheret Wonwoo yang tak sedarkan diri buat kali kedua.
Susah juga nak uruskan Wonwoo kat dalam van tiba-tiba sahaja Wonwoo sedar dari pengsan, tak pasal-pasal kena bergelut cuba nak pengsankan balik si Wonwoo tu.
"Dah kenapa dengan Taehyung ni?!" Seokjin menghampiri Jimin dan Taehyung lalu membelek wajah Taehyung yang penuh lebam dan darah.
Manakala Hoseok dan Yoongi menolong Jungkook mengangkat Wonwoo pergi ke satu tempat.
"Dia dengan si Seokmin tu bertumbuk kat tandas lelaki dengan tandas perempuan sekali diorang bertumbuk hyung pfft" Jimin menahan tawa.
Teringat lagi ketika itu Jimin masuk ke tandas lelaki untuk mencari Taehyung tetapi lelaki itu tidak kelihatan, nak tak nak Jimin terpaksa masuk ke dalam tandas perempuan selepas mendengar jeritan milik seorang perempuan di luar.
Masuk sahaja di dalam tandas perempuan kelihatan Taehyung yang duduk terkulai layu dengan muka yang penuh lebam dan darah.
"Fikir aku nak ke bertumbuk kat tandas perempuan? Si Seokmin tu yang heret aku masuk ke sana fikir aku sajat ke apa? Issss" Taehyung memegang mulutnya yang terasa kebas.
"Dah pergi masuk bilik nanti hyung rawat luka kau" Taehyung mengangguk lalu menolak Jimin jauh darinya.
"Boleh ke jalan sendiri?" Soal Jimin sinis.
"Aku boleh jalan la kaki aku tak cedera pun" ujar Taehyung lalu naik ke atas dengan jalan terhinjut-hinjut.
"Tak cedera la sangat kaki terseliuh tu apa?" Jimin mengelengkan kepalanya lalu memandang Hoseok dan Yoongi yang sibuk berbincang sesuatu.
"Hyung bincang apa tu?" Tegur Jimin lalu duduk berhadapan dengan Hoseok dan Yoongi.
"Tengah fikir ni nak menyamar jadi apa susah juga ek nak pilih haish" Yoongi mengusap dagunya.
Jungkook datang menghampiri mereka bertiga dengan ais dituam di pipinya lalu duduk disebelah Jimin.
"Dah kenapa kau ni?" Soal Hoseok, baru dia perasan pipi Jungkook bengkak sebelah.
"Kat van tadi aku kena tumbuk dengan Wonwoo pergh balas dendam" jawab Jungkook lalu merengus perlahan.
"Rilek dugaan semua ni, so ada apa-apa cadangan untuk kita menyamar jadi apa?" Yoongi mengangkat kening.
"Hah aku ada satu!!" Hoseok mengangkat tangannya.
"Apa?"
"Kita jadi cleaner nak?" Kata Hoseok teruja.
"Hyung memang minta mati awal ek?"
"Hyung takde kerja lain ke nak cadang selain jadi cleaner?!"
"Memang betul-betul ni impian masa kecil kau nak jadi cleaner"
Hoseok tersengih malu apabila mendengar komen dari membernya.
"Woi aku dah balik!!" Namjoon menendang pintu itu dan mendapat jelingan dari membernya.
"Pahal?" Soal Namjoon bingung.
"Hyung ada idea tak ni? Kata nak putuskan menyamar jadi apa sekaligus susun strategi" kata Jungkook.
"Ada-ada!! Tapi kita kena selesaikan job kita yang satu ni" ujar Namjoon.
Semua menatap Namjoon bingung. Apa lagi yang belum selesai?
"Kita kena culik lagi satu spy lepastu baru kerja kita boleh mula"
"Nak culik siapa?" Tanya Jimin teruja.
"Leader diorang" Namjoon tersenyum sinis, terus terbayang wajah Choi Seungcheol drivernya Jaehwan.
Waduhh.
YOU ARE READING
[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||
Fanfiction13 pak cik driver yang penuh rungutan × 11 orang majikan yang riak lagikan gila "Hey driver bawa aku pergi tandas" "PERGI LA SENDIRI! APA FUNCTION ADA KAKI ADA AKAL TAPI TAK NAK GUNA!" "Aku sentap hiks" ◆Start: 1 / 3 / 2018 ◆End: 19 / 12 / 2019