<< Rumah Wanna One >>
"Chan!! cepat Chan!! Bawa aku pergi kerja engko ni sempat pula dia tidur!!" Minhyun menarik kaki Chan yang sedang elok berdengkur di bawah sofa.
"Alahhhh 5 minit lagi please" rengek Chan.
"Takde takde!! Kita dah lambat!! Jom!" Akhirnya Chan redho sahaja lalu mengikut Minhyun masuk ke dalam kereta.
"Jihoon hyung jom!!" P.Jihoon cuba menarik lengan L.Jihoon tetapi tidak boleh.
"Pahal kau ni? Tergesa-gesa" L.Jihoon mengerutkan dahinya.
"Kan kita dah lambat pergi kerja boleh pula tanya macam tu" rungut P.Jihoon sambil membetulkan tali lehernya.
"Kau merepek apa ni? Kau cuti seminggu la HAH TULAH LAYAN LAGI CERITA 18+ TAK PASAL-PASAL OTAK KAU MERENG" P.Jihoon membulatkan matanya apabila mendengar tuduhan L.Jihoon yang merepek ya ampun.
"Kalau nak kata aku cuti pun tak payah la melebih sampai tengok cerita 18+" kata P.Jihoon datar.
"Entah kau ni Jihoon suka sangat tuduh orang" Seungcheol bangun dari duduknya lalu mengheret Jaehwan masuk ke kereta.
"Pahal budak tu?" Soal Jeonghan.
"Dia mengada tak nak pergi kerja macam budak-budak" jawab Seungcheol bengang.
"Sama la aku ni macam budak-budak" Jeonghan menunjuk Woojin yang masih tak nak bangun dari sofa.
"Tak nak pergi kerjaa..." rengek Woojin.
"Kau jangan nak mengada ek!! Si Guanlin dan Daehwi yang lagi muda dari kau pun diorang dah pergi kerja!!" Jeonghan memukul punggung Woojin.
"Bangun sebelum aku bagitau appa kau" ugut Jeonghan.
"Ish!! Tak suka la macam ni ugut pakai nama appa aku" Woojin menjeling Jeonghan lalu masuk ke dalam perut kereta.
"Siapa suruh appa kau kaya sangat padan muka" Jeonghan masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin.
"Ok Jihoon aku pergi dulu" Wonwoo melambai ke arah L.Jihoon diikuti dengan Seokmin.
"Mana Seongwoo?"
"Dalam kereta la rasanya dia dah terbakor tu tunggu kitaorang lama sangat" Seokmin menjuihkan bibirnya.
"MEMANG PUN!! CEPATLAH MASUK KERETA" jerit Seongwoo dari dalam kereta terus kalut Wonwoo dan Seokmin masuk ke dalam kereta.
Lepas je semua sudah keluar pergi ke kerja maka tinggal la P.Jihoon dan L.Jihoon.
"Asal kau cuti seminggu?" Soal L.Jihoon.
"Saja aku asyik bekerja je so appa aku bagi aku cuti seminggu" jawab P.Jihoon.
"So kau ada nak pergi mana-mana tak?" P.Jihoon memandang L.Jihoon.
"Kita pergi mall jom aku nak enjoy" P.Jihoon memberi sengihan nakal dan dibalas sengihan nakal oleh L.Jihoon juga.
"Jom aku bawa kau pula keluarkan duit"
"Cantikkkk"
YOU ARE READING
[C] Driver ||Seventeen × Wanna One||
Fanfiction13 pak cik driver yang penuh rungutan × 11 orang majikan yang riak lagikan gila "Hey driver bawa aku pergi tandas" "PERGI LA SENDIRI! APA FUNCTION ADA KAKI ADA AKAL TAPI TAK NAK GUNA!" "Aku sentap hiks" ◆Start: 1 / 3 / 2018 ◆End: 19 / 12 / 2019