**sebelum baca ni kan..make sure kadar degupan jantung korang ok ye...tarik nafas dan hembus. Hehe. Knp? Sbb cerita kali ni ada kaitan dengan malam jumaat (malam khamis) faham bukan? Heeee~**
Sedikit tips hehe:-
1)duduk sorang²
2)tutup lampu
3)baca ayat kursi sebelum baca
4)selimutkan badan
5) kalau hujan lagi best...haha
6) dengar lagu seram pkai earphone
**selamat mencuba♥**•••••••••••••••••••••••••••••••••••• •••••
Baiklah. Kisahnya bermula apabila malam tu aku duduk rumah sorang-sorang. Parents dan adik-adik aku keluar pergi rumah opah. Nak ziarah opah dan atuk aku. Tapi, aku tak ikut.
Yelah, dah malam. Lepas maghrib mereka pergi. Aku malas nak ikut,lagipun rasa letih. Parents aku faham. Jadi mereka tinggalkan je aku. Lagi pun, aku dah biasa tinggal sorang-sorang.Kebetulan masa tu, kakak aku tidur di tadika dia. Ada program apa entah. (Kakak ku seorang guru tadika ye..hehe)
Abang aku pulak berada di Kedah, sebab ada Kem Kepimpinan. Memang betul-betul aku tinggal sorang. Ya, SEORANG..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi.. Tak sangka pulak aku, aku bukan keseorangan. Ada yang 'lain' lah guys.. Hehe.Faham kan maksud yang 'lain' tu. Hehe.
Bermulalah kisah seram yang terjadi pada diriku yang sedang keletihan waktu tu..haih..haha
Ok. Masa tu,aku tengah terbongkang dekat sofa ruang tamu. Aku tengok tv. Tukar channel tu. Tukar channel ni. Tapi...bosan. Tak ada cerita yang menarik. Aku tutup tv.Pergi dapur bukak peti sejuk. Minum lah buat apa lagi.hehe! Masa aku tutup pintu peti sejuk tu, ada satu 'benda' lintas laju gila. Aku yang tengah minum air tu. Tersedak sebab terkejut. Sakit hidung aku. Korang tau lah kan kalau tersedak sakit dia macam mana kan? Haa..macam tu la aku rasa. Bila aku ingat² balik..mungkin aku tak baca bismillah masa minum dan aku minum berdiri. (Haiih..jangan contohi saya yang hina ini..haha)
Jadi, 'dia' lintas sebab nak ingatkan aku. Mungkin lah. (—_—')Lepas tu, aku ke tandas untuk membuang. Masa dalam tandas tu kan memang sunyi sangat². Aku dengar bunyi air yang aku pasang je. Yelah tak ada orang kan.. Selalu dengar adik² aku gelak,gaduh,nangis,berebut tv..hahaha biasalah budak kecik. :)
Tiba-tiba rindu mereka..padahal baru 15minit mereka pergi..hahaha
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...