Pada masa itu, sekolah aku adakan program qiamul lail. Tahu kan maksud dia apa? Tak apa biar aku beritahu. Qiam maksudnya bangun. Lail maksudnya malam. Perkataan ni dari bahasa arab yang membawa maksud Bangun Malam. Kitaorang akan bangun malam untuk solat sunat. Solat hajat,solat taubat. Selain tu, ada sedikit tazkirah. Senang cerita, qiamul lail ni kita menghidupkan malam kita dengan amalan lah. Macam aku cakap tadi.🙂
(siapa nak belajar bahasa Arab,meh pm aku...cis kepoyoaan apakah ini? hahaha)
Okay, sambung semula.
Jadi, setelah selesai solat hajat,solat taubat dan sebagainya, kami bersahur untuk puasa sunat bulan Rejab. (Kalau tak silap aku..dah lupa..) masa tu makan dalam dulang ramai-ramai. Setiap kali makan dalam dulang kitaorang mesti buat satu game untuk tentukan siapa yang akan cuci dulang tu.
Game dia macam ni, siapa yang tak makan sayur banyak kena cuci. Entah apa punya game lah.. haha! Tapi.. sebenarnya mendidik kitaorang supaya makan sayur juga. Ye tak?
(Tanya korang bukan korang boleh jawab pun..😂)Masa game tu, aku menang. Ada sorang junior ni kalah so dia kena cuci. Kesian pulak aku tengok dia cuci sorang-sorang. Jadi, aku temankan dia sampai habis cuci. Selepas habis bersahur, aktiviti bebas. Ada yang nak sambung tidur pun boleh. Ada yang mengaji sementara nak tunggu azan subuh berkumandang.
Aktiviti pilihan aku ialah, mandi. Aku decide nak mandi awal sebab, kalau dah ramai kejap lagi memang pukul 7:00 baru kau siap mandi. Lepastu kena denda sebab lambat, tak nak aku.. rosak record. Jadi aku pergi ke bilik air tingkat atas untuk mandi.
Masa tu aku sorang je, sungguh berani. Haha. Dengan gelapnya.. sunyi sepi.. rumah banglo kan? Memang luas tingkat atas. Kadang-kala boleh tersesat sebab nak cari tandas. Entah kenapa, masa tu aku pergi masuk bilik air dalam sebuah bilik yang gelap dan kosong. Konon nak privasi. Bilik tu akan digunakan pada waktu kelas sahaja. Dengan lafaz bismillah aku melangkah masuk ke bilik tersebut.
Setelah masuk, aku pun tutup pintu. Kunci pulak tu. Kenapa lah berani sangat masa tu. Haha. Dah kunci pintu, aku pun mengorak langkah menuju ke arah bilik air yang ada dalam bilik tu. Aku masuk bilik air tu. Aku kunci pintu lagi. Keselamatan dah terjamin sebab pintu luar dah kunci, pintu bilik air pun dah kunci. Perfect! Jadi tak perlu risau lah kalau ada orang nak intai ke apa sebab memang dah kunci dan sorang-sorang.
Tengah aku mandi tu, tiba-tiba aku dengar bilik tu riuh. Bising. Macam ada orang bercakap. Suara gelak-gelak budak kecil. Aku dengar ada orang main lari-lari sampai terasa gegarannya. Aku dah tak sedap hati, tapi aku teruskan urusan. Dalam hati dah cakap.. "lantak kau lah.. jangan kacau aku sudah.."
Masa aku tengah siap-siap pakai baju, tiba-tiba pintu bilik air tu diketuk. "Tokk tokk" aku pandang ke arah pintu tersebut. Aku boleh pulak jawab "siapa tu? Kejap-kejap, nak sudah dah.." Lepastu sunyi. Dalam beberapa minit kemudian, pintu diketuk lagi. "Tokk tokk tokk" Aku pun cepat-cepat kemas barang dan terus memulas tombol pintu tersebut.
Bila aku buka, tiada sesiapa pun. Gelap pulak tu. Aku lupa buka lampu bilik tu tadi. Aku pun melangkah menuju ke suis lampu bilik yang terletak di tepi pintu masuk. Aku buka lampu. "Mana pulak budak ni.. tadi nak sangat masuk,hilang pulak..haih.." omel aku sorang-sorang.
Aku pun tutup balik suis lampu tersebut lalu keluar dari bilik tersebut. Setelah aku keluar.. tak sempat aku tutup pintu. Pintu bilik air kat dalam bilik tu terhempas dengan kuat! Terkejut aku! Dan pada masa tu juga aku baru teringat. Bukan kah aku kunci pintu bilik ni tadi? Macam mana boleh ada orang masuk dan ketuk pintu bilik air tadi? Dan bukan ke aku dah tutup pintu bilik air tadi elok-elok? Mana mungkin boleh ditiup angin sedangkan dah tertutup rapat? Tingkap pun tak terbuka.
............Tiba-tiba meremang bulu roma aku. Seram sejuk. Aku dapat rasa yang tadi bukan manusia.
Aku turun bawah dan duduk sebelah kawan aku. Kawan aku tanya "dah kenapa muka pucat semacam? Nampak hantu? Haha."
Haih kalau ikut hati,nak je aku cepok-cepok mulut si Meon ni! Celupar sungguh! Tapi aku tak beritahu dia pun. Aku rasa lebih baik diam. Kalau beritahu nanti diorang tak nak mandi pulak. Jadi aku rahsiakan kejadian tu. Biar aku je tahu...••Tamat••
Selamat Berpuasa semua🙂 Masih belum terlambat untuk mengucapkannya bukan? Haha. Baku pulak dah..hm..😂
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...