Baru saja 4 Hari bersamaan dengan 96 jam bersamaan dengan 2536 minit. Aku berpindah ke rumah baharu. Sebenarnya bukan rumah baharu, lebih tepat.. rumah pusaka. Rumah ni dah lama tak didiami oleh sesiapa. Dibiarkan kosong selama beberapa tahun. Sehinggalah family aku membuat keputusan supaya mendiami rumah pusaka itu. Kami tidak terlalu teruja oleh kerana rumah pusaka itu agak.. buruk, dikelilingi oleh manusia yang bukan dari bangsa melayu dan... Berat nak sebut. SERAM..
.
.
.
Aku mengemaskan barang-barang ku lalu meletakkannya kemas ke dalam kotak. Kotak tersebut aku lekatkan dengan pita pelekat supaya kotak tersebut tidak terburai apabila dibawa nanti. Aku melihat sekeliling bilik ku. Berat rasanya nak meninggalkan bilik dan rumah ini. Banyak kenangan pahit dan manis yang dialami di rumah ini. Aku melepaskan sedikit keluhan, sambil mengangkat kotak tersebut. Aku memulas tombol pintu yang berwarna krim itu buat kali terakhir. Aku keluar dari bilik ku dengan perasaan yang berat. Berat untuk meninggalkan nya. Sejurus keluar, aku melihat bilik ku buat kali terakhir sebelum didiami oleh pemilik baru pula. "Selamat tinggal bilik..."
.
.
.
.
.
Urusan berpindah randah selesai selepas maghrib. Perabot kami semua sudah dihantar oleh pembantu yang dibayar oleh ayah ku supaya membantu mengangkat perabot-perabot kami. Ya, semestinya harus SADO.Rumah pusaka itu aku perhati. Agak usang juga. Sarang labah-labah di setiap penjuru dinding. Lantai ternyata berhabuk. Dan, aku rasa 'benda' ni ternyata ditakuti ramai kaum Hawa juga kaum Adam. (Tak dinafikan) Merangkak. Bau yang busuk. Terbang. Bertindak agresif apabila disembur dengan cecair yang memeningkan.
Aku tahu, semua benci akan lipas. Aku juga tidak terkecuali. Lagi-lagi apabila 'dia' mula mengibarkan sayapnya lalu terbang. Fuhhh... Sungguh ngeri! Lipas tersangatlah banyak pada permulaan kami berpindah, tak ketinggalan juga tikus.
Bergotong royong juga lah kami sekeluarga membersihkan segala habuk dan kekotoran yang ada. Terbersin aku dibuatnya apabila habuk yang disapu oleh kakak ku terkena pada ku. Lagi-lagi aku alahan pada habuk. Maka,merah dan membengkak lah muka aku pada ketika itu. Siksa woi.. gatal lagi, bersin lagi, mata berair..
Malam pertama
Kami sekeluarga tidur secara bersepah pada malam tu. Sebabnya, masih belum selesai urusan mengemas. Kami menangguhkan kerja mengemas pada esok hari oleh sebab terlalu letih. Aku tidur di atas sofa manakala kakak dan abang ku pula tidur dibawah. Haha padan muka! (Gurau-gurau 😂)
Pada malam tu, aku tak dapat tidur. Tahu sebab apa? Sebab aku terdengar macam-macam bunyi. Bunyi cakaran pada pintu. Bunyi seperti plastik di koyak koyakkan. Aku cuba melelapkan mata,tapi tak boleh. Sifat ingin tahu tinggi sangat. Hahaha.
Aku pandang muka abang aku yang ada di lantai. Abang aku pandang aku. Abang aku tanya secara berbisik."Kau dengar tak apa yang aku dengar?"
Aku menganggukkan kepala tanda dengar. Sejurus itu, kami memandang ke arah kakak pula yang sedang menekup telinga dengan bantal. Tengok cara kakak macam tu pun aku dah tau dia dengar jugak. Ngeh Ngeh..
Peristiwa tu kami diamkan sahaja. Barangkali dah biasa. Jadi dibiarkan begitu sahaja.
****
Malam kedua
Pada malam ini, rumah sudah siap dikemas. Bilik sudah dipilih. Katil dah dirapi kemas. Kakak ku memilih untuk duduk bilik seorang. Abang ku juga. Boleh tahan pentingkan diri juga mereka ni. Aku, tak kisah tidur di mana-mana. Asalkan tidur. Haha.
Malam tu, diruang tamu aku menonton televisyen. Dalam suasana gelap aku menonton filem. Lama juga ceritanya. Aku tonton hingga tamat filem tersebut. Menarik juga. Selepas tamat, aku terus menutup televisyen tersebut. Sejurus aku menutupnya, aku terlihat suatu lembaga berambut panjang di tepi televisyen. Aku agak terkejut juga. Aku selubungkan badan dengan selimut dan tidur. Aku tak tahu sama ada 'benda' tersebut tumpang tidur sekali atau tidak. Erkk..
Skip terus ke
Malam KeempatMalam keempat, aku masih tidur di ruang tamu. Masa tu aku sedang selesakan badan sebab nak tidur. Sudah selesa, aku pun cuba melelapkan mata. Tiba-tiba....
Aku terdengar suara tangisan yang mendayu-dayu... Kuat juga dia menangis. Bunyi dia macam... "Huuuuuuu.....huuuuuuu.." tak reti aku nak gambarkan.Dalam masa yang sama, kakak aku dan abang aku keluar dari bilik dengan membawa selimut dan bantal mereka. Diaorang cuak! Masa tu suara tangisan tu masih mendayu...
Kata abang aku kedengaran dari tingkap biliknya. Ya,betul. Memang dari tingkap biliknya. Menangis sangat 'dia' tu dah kenapa? Aku pun tak tahu.. hahaha.
Kejadian tu, masih tersimpan di memori kami semua. Sampai sekarang aku masih duduk di rumah pusaka ni. Macam-macam kejadian yang aneh lagi seram berlaku di sini. Tapi cukup aku ceritakan ini saja.
Aku Jambul Jackson, sekadar berkongsi kisah seram ku..
••TAMAT
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...