Aku pernah terlihat sebuah makhluk yang agak menyeramkan mencangkung sambil menundukkan kepalanya di tepi tandas. Entah apa yang dibuatnya aku pun tak tau... Agak seram bila diingatkan semula. Rambutnya panjang menghurai hingga ke lantai tandas. Mukanya tak dapat dilihat oleh kerana 'dia' menunduk. Tapi dah cukup seram untuk diingatkan balik. Aku tak nak ingat, tapi kena juga sebab nak kongsi dengan korang semua.
Aku pernah ternampak sekujur sajat ehhh... Silap-silap. Jasad. Maafkan atas kesilapan yang sengaja dibuat. Sambung semula. Aku pernah nampak sekujur jasad berkain putih berdiri tegak jauh dari aku. Waktu tu aku 6tahun. Masa tu, aku duduk rumah apartment tingkat 8. Malam-malam aku memang suka duduk dekat luar balkoni melihat keadaan jalan raya, menikmati angin malam. Sedang aku melihat kegelapan malam tu, tiba-tiba aku ternampak sekujur jasad berwarna putih nun jauh di sana. Tempat pembinaan kalau tak silap. Masa tu ibu ada sebelah aku, aku pun tanya ibu "ibu..apa benda putih tu bu? Dia buat apa kat situ?" Jawapan ibu agak buat aku stress bila ibu cakap ibu tak nampak 'benda' tu. "Takde apalah.. jom masuk dah malam ni.." Aku tau ibu cuba tukar topik, tapi aku ikut je apa ibu cakap. Aku tau ibu takut dan risau.
Aku pernah terlihat bayangan seseorang menggantung dirinya. Masa tu, aku dan family makan malam diluar. Kakak aku belanja sebab aku dapat keputusan baik dalam UPSR dan UPSRA. Restoran yang kitaorang pergi tu depannya ada sebuah flat. Flat yang agak usang juga tapi ada orang duduk. Dan kebetulan masa tu, aku duduk betul-betul menghadap flat tu. Sementara menunggu pesanan kami tiba, mata aku ni melilau sana sini. Sampai aku tertumpu pada flat tu. Tingkat 4 kalau tak silap aku. Aku nampak bayangan orang menggantung diri. Aku tak pasti itu entiti atau memang manusia yang tak sayang nyawa sendiri. Aku beritahu ayah apa yang aku nampak. Ayah aku senyum je. Aku yakin aku tak berimaginasi, itu betul-betul. Walaupun masa tu hijab dah ditutup tapi masih nampak. Tak mengapalah anggap sebagai 'rezeki' sajalah. Ye tak?
Aku pernah terlihat sebuah entiti yang tinggi berwarna hitam. 'Benda' tersebut hilang secara tiba-tiba bila aku terkejut. Mungkin 'dia' pun terkejut tengok aku kot. Haha. Tapi aku diam kan je kejadian tu. Tak perlu hebohkan kalau 'dia' tak kacau.
Aku pernah ter'nampak' seorang datuk tua melintas di ruang tamu aku. Datuk tu berpakaian t-shirt berwarna putih. Seluar aku tak nampak sangat disebab kan kaki pun tak ada. Tua lah juga, dan 'dia' botak. Dia berjalan sekejap je, macam selangkah dua langkah lepastu lenyap. Ghaib. Hilang. Aku tak pasti mungkin ke dunia lain. Tapi kejadian tu buat aku demam. Sebab masa tu aku tak boleh tidur dan mata ni gatal pergi melilau sana sini. Aku suka tidur di ruang tamu, jadi bila aku nampak 'benda' tu lintas aku terkejut dan terus demam.
Aku pernah digelar Zombie ketika aku berusia 12tahun. Aku digelar Zombie oleh kerana kulit aku yang putih pucat. Muka pun pucat. Orang selalu ingat aku sakit, tapi sebenarnya tak. Kulit aku memang jenis macam tu. Salah satu faktor mereka gelar aku Zombie kerana, sikap aku yang tak bercakap dengan orang lain. Bila mereka bercakap dengan aku,aku akan beri respon sikit je. Selebihnya aku diam. Sepatah korang tanya, sepatah aku jawab. Aku memang tak banyak bercakap. Kecuali kalau dah rapat, memang aku akan banyak cakap sikit.
Aku pernah tercabut kuku ibu jari. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Kuku aku tercabut sebab, tersepit di celah pintu. Kalau diingatkan semula, memang terasa ngilu kuku aku ni. Teruk juga masa tu, selepas pintu dibuka, ibu jari aku dipenuhi darah yang banyak. Masa tu kakak aku ni entah kenapa baghal sangat. Dia tarik tangan aku ke sinki dan basuh ibu jari aku yang penuh dengan darah tu. Sakit tahu! Haih.. aku panas je dengan kakak aku time Tu, tapi apakan daya aku kecik lagi masa tu. Paling tak tahan masa cuci isi kuku di klinik. Memang aku menggeliat macam cacing kena garam. Pedih! Sakit! Ngilu! Sebulan juga aku hidup tanpa kuku. Tangan berbalut. Kalau kena air memang pedih. Aku tak tau nak gambarkan kesakitannya. Kalau nak tau, korang cubalah cabut kuku. Sakit tak? Haha.
Aku rasa cukup untuk kali ni, bab Aku Pernah ni aku tulis secara rawak (random). Apa yang aku ingat aku tulis. Maaf atas segala kekurangan. Terima kasih sudi baca. Kepada silent readers, terima kasih juga.
(Tiba-tiba rasa baik..pfftt😂)
~~Tamat~~
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
TerrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...