Research

108 17 6
                                    

Aku nak cite ni, serious..yeee..betul.. pastikan ada orang teman kau malam ni. Kalau nak feel kau duduk jelah sorang-sorang lepastu baca apa yang aku nak cerita ni. Pastikan gelap.. (yang lemah semangat jangan lah buat..aku beritau awal²)
.
.
.
Baiklah, aku mulakan cerita aku. Malam semalam iaitu pada 6 September 2018, aku ada buat research tentang seorang gadis Jepun yang bernama Junko Furuta. Gadis ni dikatakan dibunuh dengan begitu kejam dan mayatnya ditanam di dalam tong drum dan disimen. Kalau nak tahu lebih lanjut, kau search sendiri kisah dia ni. Kalau tak silap, kisah Junko Furuta ni difilemkan. Mungkin ada sedikit tambahan, yelah nak jadikan cerita kan.. haruslah tambah sikit..😂 Tapi filem tu berdasarkan kisah benar lah. Aku pun tak tengok lagi, nanti aku cuba tengok.

Okay, malam tu aku search tentang dia untuk tahu kisah dia lah. Cikgu aku suruh buat research ambil maklumat apa yang patut untuk dikongsikan bersama. Jadi, aku pun buat.. aku siapkan kerja sekolah yang lain dulu, dah habis semua baru aku pegang phone dan buat research. Punya khusyuk aku buat homework sampai tak sedar dah pukul 12:30 malam.😌

Nak cakap mengantuk memang ngantuk.. tapi aku teruskan juga kerja. Okay, masa ni aku sorang-sorang je. Yang lain dah tidur dan air liur masing-masing dah hampir basi. Hampir lah.. (apa kau merapu ni jambul..)

Aku ambil phone. Buka Google. Search “Junko Furuta”. Lalu keluar lah semua kisah pasal dia. Aku buka-buka je dah keluar gambar dia. Entah kenapa, timbul satu perasaan yang agak pelik bila aku tatap wajah mendiang tu. Rasa... Seram sejuk. Aku pulak sorang masa tu memang lain macam je rasa dia. Aku baca sambil catit apa yang patut. Aku scroll lagi gambar-gambar yang ada, aku lihat gambar mayat dia yang ditemui dalam tong drum tu. Aku nasihatkan yang memang lemah semangat jangan tengok. Sebab memang... Haa aku tak tau nak kata apa😂 faham-faham lah.

Okay, aku rasa ni part seram yang terjadi malam tu. Semasa aku sedang asyik membaca dan mencatat maklumat, tiba-tiba lampu berkelip-kelip. Okay guys, aku bukan reka cerita.. mungkin ni macam babak dalam cerita seram tapi aku tak reka benda ni berlaku betul-betul. Lampu berkelip-kelip tapi aku tak fikir benda negatif sangat, aku hanya fikir mungkin kejap lagi okay.

Aku tak hiraukan lampu tu. Aku teruskan kerja. Beberapa minit berlalu, aku lihat jam pada skrin telefon aku dah menunjukkan tepat 1 pagi. Kerja pun dah siap, aku pun kemaskan barang-barang. Sedang aku kemas barang-barang aku tu.. tiba-tiba aku ada dengar suara budak-budak main kat luar rumah. Haaa..aku pelik dah ni. Anak siapa yang main pagi-pagi buta gini?

Aku dalam keadaan takut-takut berani juga nak intai. Aku dah lama tak nampak tho.. kalau nampak balik siapa je yang tak terkejut babun kat situ? Haha. Aku nekad, aku tak nak intai apa-apa pun kat luar. Aku teruskan kemas barang dan terus mengorak langkah ke arah katil kesayangan.. okay, kali ni ‘budak’ tu agak musibat sedikit dimana ‘dia’ telah mengetuk-ngetuk tingkap bilik aku. Aku masa tu berpeluh sejuk jugak lah.. dah lah semalam cuaca sejuk sebab hujan. Mahu terkencing atas katil kang. Tapi, aku tak macam tu ye.. tak gentle bruh..😂

Macam biasa, bacalah surah yang aku selalu sebut sebelum ni. Ayat kursi, AL Fatihah 7x , surah An-Naas. Selebihnya doa dan tawakal je pada Allah. Aku buat. Aku baca. Walaupun suara budak-budak tadi masih kedengaran. Aku teruskan je sampai suara tu hilang.

Sudahnya, aku tidur dalam pukul 2😌 padahal esok sekolah ni.. haih..letih. Haha.

Tujuan aku kongsi kisah ni ialah, kalau boleh nak buat research pasal kisah-kisah tertentu ni.. biarlah pada waktu yang sesuai. Pastikan ada orang lain supaya kalau jadi apa-apa kau boleh peluk orang tu. (Perempuan ngan perempuan nampak sweet,laki dgn laki..tu masalah sikit aku rasa😂)

Jangan contohi aku, nak research pasal orang dah mati berpuluh tahun lalu, tapi buat malam-malam. Sorang pulak tu. Memang kau rasa lain macam lah nanti. Tapi aku tak kata yang roh Junko tu yang ketuk tingkap semua tu eh.. aku tak sebut.. jangan memandai. Halah kau fikir sendiri boleh kan? Itu jin lah.. suka menyakat orang. Memang perangai dia kita tak boleh nak buat apa 😂
Ready jelah kalau bakal kena. Yang penting tu, hafal ayat yang selalu aku sebut tu. Ayat Kursi.. hafal.. banyak kebaikan dia. Pendinding diri tu.🙂

Aku Jambul Jackson sekadar berkongsi pengalaman seram aku sepanjang melakukan research pada malam jumaat. Sekian.

••TAMAT

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now