FLAT

102 16 2
                                    

Kali ni, aku nak kongsikan cerita yang berkaitan dengan flat depan rumah aku. Aku beritahu awal-awal ye, takde kaitan dengan tandas..hehe

Berdasarkan kisah yang aku dengar, flat tu mempunyai 12 tingkat tetapi tingkat 8 keatas tidak berpenghuni. Tingkat 8, 9, 10, 11 dan 12 langsung tidak berpenghuni. Takde orang nak duduk tingkat tu. Sebab apa? Ni aku nak cerita..

Masa tahun 2000 berapa entah, ada kes bunuh kat flat tu. Pergaduhan antara budak sekolah. Lelaki? Ye tepat sekali, LELAKI. Mengikut berita yang tular pada tahun itu, mereka dikatakan bergaduh disebabkan oleh seorang gadis.

Seorang saksi mengatakan, mangsa diseret dari tingkat 8 hingga ke atas bangunan. Bagi aku, cara pembunuhan dia tersangatlah kejam guys.. sedih aku nak cerita.

Mangsa dibunuh dengan cara diketuk menggunakan tukul besi (hammer🔨)
Boleh bayangkan sakit dia macam mana? Ye, tersangatlah derita..
Mangsa diketuk di bahagian kepala sehingga kepala mangsa mempunyai 10 ke 15 kesan bocor dan berlubang.
Ya Allah.. bayangkanlah.. sakit...😫

Salah seorang saksi mengatakan, dia ada terdengar suara meraung menjerit sambil meminta tolong.. tetapi dia hanya menghindarkannya kerana beranggapan itu suara daripada televisyen jiran sebelah.
Kata seorang saksi yang menyaksikan mangsa diseret hingga ke atas bangunan, dia mengatakan bahawa mangsa cuba untuk melawan tetapi tidak berdaya kerana jumlah yang perlu dilawan agak ramai. Bayangkan, arwah tu sorang, tapi yang terlibat dalam pembunuhan tu ramai. Dalam 4 orang. Tetapi yang membunuhnya dengan tukul besi hanya seorang. Aku syak, yang mengetuk tu yang kononnya AWEK dia kena rampas tu. Aku syak lah.. Wallahualam.

Jadi, kalau tak silap aku pada malam kejadian juga, saksi melaporkan kepada pihak polis dan berharap agar mangsa dapat diselamatkan. Malangnya,sudah terlambat kerana semasa pihak polis sampai, mangsa sudah nyawa-nyawa ikan. Dengan keadaan kepala yang bocor. Darah melimpah bagaikan paip bocor. Mangsa meninggal di tempat kejadian. Manakala, pembunuh dan kawan-kawan nya yang lain pula, dihantarkan ke JUVANA.

Aku tak tahu, sama ada pembunuh tu dah bebas belum.. Wallahualam . Aku harap dia menyesal dan bertaubat lah dengan perbuatannya. Dosa besar woi bunuh orang...

Jadi, sejak kes tu, penduduk dekat flat tu tak nak duduk tingkat-tingkat yang terlibat. Sebab kata mereka, setiap malam akan terdengar suara tangisan yang mendayu-dayu meminta pertolongan.. Allahuakbar... Sedih aku dengar.. semoga rohnya tenang.

Tapi,pada pendapat aku.. kalau biarkan tingkat-tingkat tu terus kosong dan tidak berpenghuni.. lagi banyak jin-jin yang duduk kat flat tu. Sebab apa? Apa yang aku belajar, kalau kita biarkan sesuatu ruang kosong dan tidak menggunakannya.. maka, adalah jin-jin yang berpenghuni disitu. Bilik kosong ke..kalau tak guna.. silalah guna selepas ni. Jangan biarkan makhluk yang diciptakan dari api itu menghuninya.. Bersihkan, buat bacaan yasin, doa selamat, solat hajat. Insyaallah ‘dia’ pergi.. Jangan takut dengan ‘dia’ kerana ‘dia’ juga hamba Allah seperti kita. Jadi, aku rasa tak patut penduduk-penduduk kat situ teruskan tradisi macam tu. Sepatutnya penuhkan je tingkat-tingkat tu . Itu pandangan aku lah.. tak boleh terima takpe.

Apa yang aku nak sentuh dalam kisah ni adalah, kalau benar orang tu buat silap.. kita sebagai manusia yang hina ni.. jangankan suka-suka nak hukum dia! Biarkan Tuhan je yang balas setiap perbuatan dia.. tengok macam kisah ni, disebabkan seorang GADIS je.. salah faham mungkin.. tapi apabila nafsu menguasai diri.. tu yang sampai membunuh habis bocor kepala anak orang. Kalau betul dia salah, biarkan Allah SWT sahaja yang menghukum. Kita jangan sekali-kali hukum seseorang dengan sesuka hati.

Lagipun aku rasa, kalau bergaduh sebab perempuan ataupun lelaki ni .. aku rasa tersangatlah bodoh dan membuang masa. Baik kau cukupkan amalan kau lagi bagus. Dunia dah tak lama guys... Entah-entah esok lusa kiamat dah .. kita tak tahu, Allah SWT je yang tahu . Wallahua'lam.

-TAMAT-

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now