Masih ingat tak aku cerita yang budak kecil memang boleh 'nampak'? Kalau ingat bagus! Yang tak ingat.. nanti malam-malam aku datang kiss pipi. HAHAHAH! Gurau-gurau. Okay,aku ada kisah nak kongsi.
*********
Masa tu aku kat kampung, balik kampung sebab ada kematian. Kematian tu baru lagi, beberapa minggu lepas je. Selepas selesai urusan memandikan jenazah dan sebagainya, jenazah dibawa ke tanah perkuburan Islam untuk dikebumikan. Suasana hiba menyelubungi aku waktu tu. Sedih teramat..sampai aku tak boleh keluar air mata. Hahaha. Ok lupakan.
Masa urusan nak bawa jenazah ke tanah perkuburan aku tak ikut. Aku dan beberapa orang lain teman ibu dan opah di rumah.
Jadi, biasalah kalau dah saudara mara berkumpul mesti masing-masing ada anak-anak kan? Kira macam anak buah aku lah. Sepupu aku pun ramai kecik-kecik lagi dan comel. Haha. Jadi kisah yang agak seram bagi aku pun terjadi.
Aku duduk kat luar sambil tengok budak-budak tu main. Kadang-kadang aku pun join sekali. (Pfft kanak-kanak Ribena 😂) masa tu, aku tengok budak-budak ni main best gila. Baling selipar lah, main jual-beli lah,main mak-mak lah. Dan yang terakhir sekali main musical chair. Macam biasa main dia.. susun kerusi lepastu pasang lagu dan pusing-pusing sampai lagu tu berhenti. Yang lawaknya, lagu tu diorang nyanyi sendiri. Terhibur aku tengok..haha😂
Tengah main-main tu.. tiba-tiba anak² saudara aku lari masuk dalam. Mungkin rehat atau minum air. Tinggal lah si Sofea ni sorang-sorang. Aku perhati je dia. Tiba-tiba aku tengok dia macam cakap dengan seseorang. Aku menjengah ke hujung pondok yang berhampiran tempat mereka bermain tadi.. tapi takde pun orang. Sofea cakap dengan siapa? Aku fikir positif , mungkin dia menyanyi ke apa. Jadi aku pun duduk semula. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi buatan kayu itu sambil memerhatikan Sofea yang seakan-akan bercakap itu. Selang beberapa minit, tiba-tiba Sofea berpusing mengelilingi kerusi tu sorang-sorang. Siap gelak-gelak lagi. Okay, aku dah mula tak sedap hati. Aku bangun dan menuju ke arah Sofea yang sedang asyik bermain sorang-sorang tu.
Aku tanya :Aku: Pea..pea main ngan siapa tu?
Sofea: main dengan kawan Pea lah.. (senyum)
Aku: kawan pea? Siapa? Tak nampak pun.. *sambil tercari cari
Sofea: ada je ni..dia tak nak tunjuk muka lah..dia malu kot. *Bercakap dgn 'seseorang' secara berbisik*
Okay guys, masa ni aku dah dapat rasa apa yang berlaku sebenarnya. Aku tau apa yang dia 'nampak'. Lalu aku ajukan soalan lagi.
Aku: ohh..yeke? Kawan Pea tu berapa orang? Ramai?
Sofea: ramai! Tu dia... *Tunjuk arah luar*
Aku: ramai? Oh okay, Pea jangan kawan dengan diorang lah.. tak baik. Pea main dengan Jojo,Didi,Nana,Tatak, Khadijah takpe..dengan yang tu jangan ok?
Sofea: okay! Saya tak nak kawan dengan awak dah..bye.. *berbisik*
Aku: okay bagus pea.
Sofea: kenapa awak mayah? (Marah) saya tak nak kawan dengan awaklah! *Menjerit dan menangis*
Aku baca surah-surah terpilih dan tiupkan disekitar kawasan tempat mereka bermain tadi. Aku harap hilang lah. Aku hanya usaha dan tawakal. Berserah pada Allah. Aku dukung Sofea dan bawa masuk ke dalam rumah.
Aku ceritakan pada ibu Sofea supaya dia tahu yang Sofea ni ada 'kelebihan' yang jarang dimiliki. Dan supaya dia dan suami bersedia untuk menghadapi apa-apa lepas ni. Ubatkan ke kan? Buat apa yang patut. Aku cuma beritahu dan alhamdulillah mereka terima.
Apa yang Sofea 'lihat' tadi, aku hanya menyimpulkan bahawa itu bunian. Aku tak pasti sebab aku dah tak boleh 'lihat'. Tapi aku dapat rasakan yang itu bunian. Sebab 'dia' ramai dan minta untuk bermain dengan kanak-kanak. Aku harap takde apa-apa berlaku terhadap Sofea lepas ni. Hati-hati ye cik Pea❤.
××TAMAT××
(Nama didalam kisah ni..bukan nama sebenar ye.) Kisah benar + rekaan.
Aku nak promte sikit ni.. nanti cuba baca JAMPI by Qalam_Iq ye! Menarik juga jalan ceritanya aku baca sinopsis je..tapi rasa agak menarik. Jemput baca guys!🙋
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...