-END-

89 15 3
                                    

Assalamualaikum semua, aku hanya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang setia menunggu untuk baca dan vote cerita Tandas ni.

Pada asalnya, aku tulis pengalaman aku ni sekadar suka-suka. Aku hanya nak yang lain tahu dan mengambil sedikit iktibar daripada kisah yang aku tulis. Allah SWT maha mencipta. Bukan kita saja yang duduk di muka bumi ni, makhluk lain pun ada. Jadi, jangan nak buat macam dunia ni kau yang punya.

Dan dengan terciptanya makhluk yang lain, disitulah kau akan tahu cara untuk bersyukur dan menginsafi diri kau. Jangan sesuka hati buat itu ini.

Jadi, dengan itu aku dengan rendah diri mengundurkan diri. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca dan spam vote hahaha. Kagum aku, rajin betul.

Mungkin lepas ni, akan ada sambungan tapi aku tak pasti nak publish ke tak. Genre Horror juga , sama macam TANDAS tapi mungkin aku akan tulis dalam 6 ke 7 bab sahaja. Kira macam pengalaman seram aku tak habis kat sini je, ada lagi cuma aku akan kongsikan dalam cerita yang akan datang. Tu pun kalau aku publish kan hahaha.

Tapi dalam cerita yang akan datang, aku akan ceritakan tentang adik aku. Nak tau? Kalau nak tau insyaallah tunggu lah aku update kalau rajin hahaha😂

Kemudian, yang pasal buku talk tu.. aku tak pasti nak buat atau tidak😂 aku malu. Hahahahaha.
Kalau aku buat pun, selepas korang semua dah kenal aku, aku akan padam buku talk tu. Boleh kan? Haha.

Jadi, sampai sini sahaja. Dengan ini, buku TANDAS telahpun complete. Terima kasih banyak-banyak kepada yang support cerita ni. Thanks a lot. Aku hargai sangat-sangat🙂
Jumpa di kisah yang akan datang insyaallah.
Bye~

Sincerely,
Jambul Jackson ❤

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now