Nama ku Aidi

119 23 11
                                    

Hai, nama aku Aidi Safwan. Macam nama pelakon kan? Tapi umur aku baru berusia 6 tahun. Boleh je jadi pelakon, tapi aku tak nak. Nanti dah popular susah, nak kena speaking London saja.. macam anak-anak artis zaman sekarang.

Disini, aku bukan nak berdebat atau nak bercerita tentang itu. Tetapi, aku disini kerana ingin bercerita tentang diriku. Ya, aku Aidi.

Pada suatu malam, keluarga ku sedang beristirehat. Oh ya! Aku lupa beritahu,aku ada seorang kakak. Adik beradik ku hanya dua orang. Kakak ku dan aku. Kakak ku bernama Julia. Aku panggil dia kak Lia. Kakak aku tak lawa mana pun. Muka berjerawat dan kulitnya tidak terlalu putih dan tidak terlalu hitam. Sedang-sedang saja. Tapi aku masih pelik, bagaimana dia boleh ada teman lelaki? Aidi tak faham. Kakak-kakak dan abang-abang boleh jelaskan? Kalau boleh,cuba komen nanti.

Aidi sambung semula cerita yang tergantung tadi ye. Pada suatu malam, ayah Aidi sedang menonton bola. Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia. Teruja sungguh ayah dengan perlawanan tu. Ibu Aidi pula berada didalam bilik untuk berehat setelah ibu penat mengemas di dapur tadi. Kak Lia pula, sedang bergayut dengan pakwe nya yang 'buta'.

Aidi sorang-sorang je. Tiba-tiba Aidi lapar pula. Jadi Aidi ke dapur untuk tengok ada tak apa-apa makanan. Aidi tengok dalam almari dapur ada Maggi Cup. Wahh! Sedapnya..!! Jadi Aidi pun bawa lah Maggi cup tu ke ruang tamu untuk minta tolong ayah isi kan air panas. Tapi... Ayah tak nak. Ayah suruh Aidi minta tolong ibu. Aidi pun masuk bilik untuk minta tolong ibu. Tapi... Ibu tidur pula, Aidi tak nak ganggu ibu. Pastu, Aidi pergi dekat kak lia yang tengah bergayut, malangnya.. kak lia pun tak nak tolong. Dia siap "shuhh shuhh" kan Aidi.

Aidi tekad. Aidi tak nak susahkan sesiapa. Aidi akan buat sendiri saja. Aidi pun melangkah ke dapur untuk memasak Maggi cup nya. Aidi berdiri di hadapan cerek. Cerek tu agak tinggi berbanding dengan ketinggian Aidi..yelah Aidi kan kecik lagi👉👈
Aidi pun jengketkan kaki lalu mencapai cerek panas itu . Agak susah untuk capai nya,Aidi cuba lagi dan akhirnya dapat. Tiba-tiba... GOAL!!!!!!!!

Aidi terkejut dan terlepas cerek yang panas itu tadi. Air panas dari cerek itu mencurah ke badan Aidi yang berusia 6tahun itu. Aidi terkejut dan terasa panas sangat. Aku jerit cakap sakit!! Lalu ibu ayah dan kak lia ke dapur dan melihat aku dalam keadaan melecur. Berasap badanku. Mana tidak, air cerek tadi baru saja masak dah mencurah ke badan aku. Ibu cuba untuk bantu ku tetapi tidak berjaya, kerana badanku terlalu panas. Ibu nekad, ibu mengambil kain dan cuba memegang tubuh ku yang melecur itu. Ayah pula masih terkaku disitu. Aku memandang wajah ayah..wajah ibu..dan wajah kak lia.. lalu aku pandang ke arah mee Maggi yang bertaburan di atas lantai itu..

Aku tak tahan.. badanku sudah hampir terbakar 90%. Kulit ku sudah terkupas menampakkan dagingku yang masih merah. Darah mula keluar. Asap keluar dari badanku. Ibu sudah meraung menangis. Cuba untuk memegang ku, tetapi tidak mampu kerana tubuhku terlalu panas. Ayah dan kakak keluar untuk mendapatkan bantuan. Aku dah tak mampu bertahan. Aku menangis.. pedih kulit ku kerana terkena air mataku sendiri. Akhirnya..pandangan ku kabur.

Ibu ayah dan kak lia, kehilangan aku buat selamanya..

.
.
.
.
Macam tulah cerita Aidi.. kesian kan? Aidi mati sebab kena air panas.. sakit tau kakak-kakak.. abang-abang..

Kakak & abang cuba pandang sebelah sekarang.. Aidi ada ni.. teman kan kakak dan abang tau! Janganlah takut tengok Aidi takde kulit.. nanti Aidi marah...

TAMAT.

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now