Tandas Shopping Mall

178 22 3
                                    

Pada masa tu, aku dan family aku ke sebuah pusat membeli belah. Aku tak nak sebut nama shopping mall tu. Biar aku je yang tahu. Kitaorang nak beli barang keperluan masing-masing. Adik-adik aku nak beli mainan. Ibu nak beli barang dapur. Abang aku ajak aku pergi cuci mata tengok PS4. Aku on je lah.. Minat kan? Haha. Tapi hanya mampu cuci mata jelah. Nak beli tu kena tunggu tabung STICH aku penuh dulu lah. Tu pun kalau penuh...

Selepas dah puas cuci mata tengok pelbagai PlayStation kat kedai tu, aku nak beli barang aku pulak. Aku beli apa? Aku kalau keluar mesti, Wajib, Harus, Makhruh...(ehh..bukan²..hehe)
Aku mesti beli barang lukisan aku lah. Gel pen, sketch book, pen colour. Apa lagi? Semua benda lah. Haha.

Setelah selesai segala urusan kitaorang. Ayah buat keputusan untuk terus balik rumah. Yelah penat. Dalam perjalanan nak ke pintu keluar shopping mall tu.. Tiba-tiba ayah nak pergi tandas. Ok lah. Kitaorang tunggu dulu. Tandas tu.. Suasana dia agak seram. Gelap. Bukan gelap lah.. Tapi suram dan malap. Lampu nak tak nak je menyala.

Depan tandas tu ada pulak pakcik jual tisu. Pakcik tu boleh pulak pandang aku macam aku ada hutang dengan dia. Lama dia pandang aku. Pandangan dia agak seram. Aku mula rasa tak selesa, tapi tak ada lah aku pergi maki pakcik tu. Aku senyum je. Tapi dia... Muka marah. Pahal? Mengapa? Apa salah aku? Aku bebel dalam hati. Pelik aku. Aku pergi lah keluar dari kawasan tu. Rasa tak sedap hati. Aku duduk sebelah ibu dan adik-adik aku yang tengah tunggu ayah sambil makan aiskrim. Tak lama lepastu, abang aku pun keluar dari tandas tu. Dia tanya aku.

"Aiikk.. Ayah tak keluar lagi eh?"

Aku hanya menggeleng sambil curi makan sikit aiskrim adik aku. Hehe.

Beberapa minit kemudian, baru nampak kelibat ayah aku keluar dari tandas tu. Yeayy! Keluar pun akhirnya. Kalau tak aku dah risau dah.. Takkan nak tidur kat shopping mall pulak kan? Tak ke pelik tu.

Dalam kereta semua senyap je. Ayah aku pun diam je.. Kalau tak dia yang suka mulakan perbualan. Aku bila semua diam aku lagilah diam. Hehe.

Tiba saja di rumah, masing-masing sibuk dengan barang yang dibeli tadi. Aku pun. Aku letakkan buku lukisan yang dibeli tadi di rak buku aku. Tiba-tiba aku teringat pasal pakcik tua tadi. Kenapa dia pandang macam nak marah je. Aku takde pula ambil tisu dia tanpa bayar. Haih.. Aku malas nak fikir lebih-lebih, kang penyakit aku sampai tanpa diundang.. Tak pasal-pasal hospital lagi.. Hmm.

Aku duduk kat sofa sambil layan televisyen. Cerita boboiboy.. Siapa yang tak minat? Haha! Tiba-tiba ayah aku panggil aku. Aku pun pergi lah dekat ayah aku. Rupa-rupanya ada cerita yang nak diceritakan. Ayah aku cerita masa dekat tandas shopping mall tadi, ada 'benda' ganggu sikit .

Menurut apa yang diceritakan ayah aku, masa dia kat dalam tandas tu memang tiada orang. Yang ada abang aku dengan ayah aku je. Tapi bila tutup je pintu tandas, 'dia' dah start game 'dia'.  Ayah aku kata sepanjang dalam tandas tu dengar orang bercakap/bersembang tapi tak dapat difahami bahasa apa yang digunakan. Macam tak jelas. Lepastu, dengar 'orang' tarik-tarik roll tisu tandas. (Tau kan bunyi tarik tisu tandas macam mana?)  Paling tak tahan, boleh pulak ada orang main guli dalam tandas ye? Ayah aku dengar bunyi guli melantun dalam tandas tu. Bila difikirkan balik, patut lah ayah lama dalam tandas tadi. Ayah kata tak nampak pintu keluar dekat mana. Allahuakhbar. Kalau aku.. Mau panik dekat situ. Pintu hilang pulak. Nasib baik ayah aku pandai baca-baca ayat suci. Jadi ayah aku baca dan tiup kan pada sekeliling kawasan tandas tu. Akhirnya baru nampak pintu keluar.
Seram kan? Aku dengar ayah aku cerita, aku yang seram. Haha.

Lepastu, ayah aku tanya:

"Ada nampak apa-apa ke kat sana tadi?"

Aku macam nak jawab.. Tapi.. Macam tak nak. Macam mana tu? Tapi aku jawab jugak.

"Takde rasanya.. Cuma.. Ayah perasan tak depan tandas pakcik jual tisu tadi? Yang muka kerek kerek tu..hehe.." 

Aku jawab dan bertanya kepada ayah aku. Dan jawapan ayah aku agak menyentakkan jiwa aku.

"Mana ada orang atau pakcik depan tandas tu tadi. Ayah dah agak dah.. Kau nampak kan?"

Automatic! Berdiri bulu roma aku. Bukan dah tutup ke hijab aku? Kenapa nampak lagi? Ni nak nangis ni..

Ayah aku kata, walaupun dah tutup memang akan nampak juga tapi bukan selalu. Kalau ditakdirkan aku kena nampak 'dia' aku nampak lah. Kalau tak.. Tak nampak lah. Jadi kena selalu baca ayat kursi sebagai pendinding diri.

Aku percaya, korang yang tengah baca ni pun mesti pernah ternampak kelibat atau apa-apa kan? Mesti pernah punya. Jangan tipu aku. Haha!
Okay, dia macam ni lah ye. Menurut ustaz yang aku pernah cerita sebelum ni (ustaz yg sama dalam kisah pink panther) Ustaz tu cakap, kita semua masa kecil, hijab kita semua terbuka. Sebab tu, kalau perasan budak-budak kalau pandang ke satu benda atau suasana yang gelap dia akan menangis. Sebab apa? Sebab dia nampak. Tapi bila usia kita makin meningkat.. Lama-lama dia akan tertutup sendiri. Kecuali insan yang terpilih supaya tak tertutup hijabnya.

So, bila diingatkan balik, patutlah pakcik tu macam marah aku. Mungkin sebab aku nampak dia. Aduh.. Aku harap lepasni takde dah la macam tu.. Kalau yang baik-baik macam 'makcik cleaner' sebelum ni takpe. Kalau garang-garang takut lah. Haha! Boleh pulak nak pilih pilih. Haha. Tak apa, yang penting aku kena set dalam otak aku yang aku dah tutup, so jangan terlalu fikir sebab takut 'dia' muncul.😊

Aku rasa lah, mungkin normal 'benda-benda' gitu menetap di setiap tandas shopping mall. Bukan tandas je, tempat lain pun ada. Apa ingat patung-patung dekat shopping mall tu malam-malam tak bergerak? Tak mustahil ok. Kita tak tau sebab kita tak pernah duduk sorang-sorang kat dalam shopping mall malam-malam kan? Jadi, fikir secara logik.😊 Aku tak nak sebut nama shopping mall tu.. Tapi korang hati-hati lah kalau masuk mana-mana tandas awam ye. Jaga adab.😊 Insya allah ok.

•••••Tamat•••••

Maaf ats segala kekurangan, aku tau ayat agak berterabur hehe. Kisah berlaku 2tahun lepas. Pandai² lah kira😂😂

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now