'Senior'

189 37 6
                                    

Aku masih ingat lagi kisah ni, masa tu tahun 2012. Kejadian ni berlaku dekat sekolah agama integrasi. Sekolah aku lah. Hehe.. Di sana, macam sekolah agama biasa, kami menghafal Al Quran, Hadith, belajar ilmu Tauhid, Feqah, Akhlak, Sirah.. Ni subjek favourite aku.. Bahasa Arab. Tipu lah kalau aku cakap tak best. Haha

Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan.. Yang aku nak cerita sekarang ni, pasal senior aku. Masa tu aku darjah 4. (Fuhh...lama betul aku flashback..haha)
Masa tu, sekolah tu baru buka. So, pelajar memang tak ramai sangat dalam 37 orang macam tu je.. Sikit kan? Haha! Dalam kelas 4Saidina Ali, iaitu kelas aku.. Ada 7 orang murid je termasuk aku. Serious best! Walaupun kitaorang sikit, tapi bising dia macam 20 orang.. Ngeh ngeh.. *senyum senget

Jadi... Kisah seram nya pun bermula....
.
.
.
.
.
.
Pada masa rehat, kami semua bersiap siap nak tidur tengah hari. Mesti korang pelik..sekolah tapi boleh pulak nak tido tengah hari bagai...haha. Okay,sekolah ni memang amalkan sistem sunnah Nabi S.A.W iaitu tidur pada tengah hari sebelum masuknya waktu zohor. Tak lama pun.. 30minit je. Tapi cukup lah untuk kami merehatkan badan. (Kadang tak tido pun..main lebih..haha lpstu kena marah dengan ustaz)

Ok, sambung balik. Maaf tertunggu tunggu seram nya..hehe. Pada masa nk tido tu.. Sorang kawan aku ni Mas'ud (bukan nama sebenar) perut dia buat hal nak membuang pulak... Dia jenis berani, jadi dia pergi sendiri je. Tandas tu dekat tingkat atas. Kitaorang tidur kat bawah.. Sejuk dohh tidur bawah aircond haha. Sekolah kitaorang ni rumah banglo. So, tandas lelaki memang kat atas. Tandas bawah untuk ustaz & ustazah sahaja.

Jadi,si Mas'ud ni pun naik atas nak membuang. Tiba je depan tandas tu, dia terhenti sebab senior kitaorang  Haidar (bukan nama sebenar) nak masuk dulu.. Tapi yang peliknya, dia agak kurang ajar sebab terus lintas dan masuk tandas tu lalu hempas pintu tandas tu dengan kuat. PAMMM!!! macam marah dengan Mas'ud. Macam lah Mas'ud ada buat salah dengan dia. Dah la tak tahan nak 💩💩💩💩💩.. Hehe..

Lama Mas'ud tunggu.. Dah la sakit perut.. Kena tahan pulak.. Si Mas'ud ni pun ketuk pintu yang berkunci tu sambil berkata...

"Haidar, anta lambat lagi ke? Ana tak tahan dah ni..cepat sikit boleh?"

Sunyi... Tiada jawapan.

"Haidar.. Anta lam....."

Tak sempat kawan aku si Mas'ud tu nak sambung ayat dia.. Tiba tiba... Pintu tandas diketuk dari dalam dengan kuat. TOKKK TOKKK!!! Macam marah tau.. Mas'ud dah pelik. Dia pun turun bawah dengan niat nak tumpang tandas ustaz. Alaaa..emergency kan...terpaksa.

Dia turun... Lepastu dia tengok Haidar senior kitaorang tu elok tidur bedengkur dengkur. Dia pelik lah...punya lama dalam tandas dah keluar bukan nak panggil... Kalau aku pun..orang dah kemut kemut menahan.. Kau senang je buat muka tak bersalah..hmm

Si Mas'ud ni pun.. Naik atas semula nak pergi tandas. Bila dia nak buka pintu tandas tu.. "Ehh..kunci?" Pelik Mas'ud.. Tadi dah keluar siapa pulak lagi ni..
Mas'ud ketuk pintu.. "TOKK TOKK!"
Tapi orang kat dalam tu balas balik ketukan tu.. Tapi lebih kuat. "TOOKKKK TOKKKK!!!!!"
Kawan aku dah hilang sabar, dia tanya "Haidar!! Cepatlah..lambat lahh..aku dah lama tunggu nii..."  Hilang terus 'ana' 'anta' semua..haha

Ni agak seram.. 'Orang' kat dalam tu balas... "DIAMLAHHH!!!!" Suara dia besar. Mas'ud buat apa lagi? Lari pecut dia turun bawah. Masa tu dah nak habis dah waktu tidur. Aku bangun tengok Mas'ud dah tercungap cungap. Muka pucat. Aku tanya "asal?" Dia diam.. Berapa minit lepastu dia tanya Haidar mana? Aku jawab "Haidar kan tak datang hari ni... Dia balik kampung rasanya ustaz cakap tadi..kau tak ingat ke?" Muka Mas'ud serta merta berubah dohh.. Pucat..serious pucat.

Lepas solat zohor dan makan tengah hari, kitaorang masuk kelas. Masa tu baru si Mas'ud ni cerita apa jadi. Kitaorang punya takut...pehh.. Meremang tetiba.... Kitaorang pun ceritakan pada ustaz kami pulak. Ustaz kata memang lah dia marah.. Dah kamu kacau rumah dia..
Aku time tu terfikir.. Dah kalau tak tahan sangat... Takkan tak boleh masuk? Ustaz tu kata.. Mungkin ada silap nya.. Tapi sampai sekarang tak tau apa silap si Mas'ud tu..kesian dia.

Lepas kejadian tu.. Sekolah kami ada kan bacaan yaasin dengan kerap. Dan selalu jaga kebersihan supaya 'benda' tu kurang. Yelah sekolah kitaorang baru pindah kan dekat banglo tu. Tak mustahil 'benda - benda' macam tu takde duduk kat situ.. Dia tumpang. Kadang tumpang main, tumpang nangis,tumpang makan sisa makanan...

Memang segar lagi kisah ni dalam ingatan aku..haha.. Kawan aku Mas'ud tu pun dah bertahun tak jumpa..haha. Harap kau sihat bro!

~Tamat~

Tolonglah vote dan comment.. Kenapa suka jadi silent readers ni hm? Ini kisah benar tau..penat aku nak refresh balik ingatan semata mata nak tulis...#sayabukanmenagihsimpati
Hahahahah, btw, thanks sudi baca!

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now