Seperti yang kita tahu, sekarang ni berleluasa challange yang pelik-pelik. Termasuklah baru-baru ni, challenge yang membawa kematian. Apa lagi kalau bukan benda pelik tu..😒
Aku mula-mula pelik dan tertanya-tanya apa benda momo challenge ni? Dia bermula apabila kawan aku letak gambar jadah haram tu dekat status whatsapp dengan caption “jgn Tak tido malam plk tgk dia ni..huuu~ #momochallenge ”
Aku baca macam... “huh? Pahal plk tak tido malam..” bagi aku tak seram pun muka dia..tapi macam meminta penampar free dari aku😂 maaf, aku bukan nak takbur atau apa. Tapi seperti yang korang semua tahu, aku dah biasa lihat ‘benda-benda’ macam tu. Ada yang lebih teruk dari muka si momo ni guys.. jadi aku tak terkejut sangat tengok muka dia.
Jadi berbalik kepada topik asal. Momo challenge ni bahaya. Yes! Bahaya. Sebab di Argentina seorang remaja perempuan berusia 12tahun mati bunuh diri sebab challenge ni. Apa yang aku baca, okay aku kaji ye challenge ni..aku memang selidik apa benda nya challenge ni. Apa yang aku tau, challenge ni macam whatsapp number yang tak dikenali lepastu momo tu suruh buat apa saja termasuk bunuh diri. Dia macam psiko game. Bila dia whatsapp kau, dia akan kata number dia tu tak boleh nak block. Padahal boleh je.... Nampak tak dia psiko kan mangsa dia? Bila mangsa dah takut.. dia minta dan godam lah semua maklumat kau. Termasuklah account bank, gambar dalam phone kau, location kau dan macam-macam lagi. Dan aku tak berapa faham yang dia boleh kuasai camera kita tu..mungkin dia kawal semua kot. Alaaa..senang cerita, sebenarnya momo ni jenayah siber. Dia berikan kita virus. Tu je. Lepastu dia psiko kan..sampai seseorang tu takut, dan akhirnya bunuh diri.
Tak faham aku kenapa lah wujud challenge-challenge yang macam ni. Lagi pelik.. apabila manusia sibuk nak cuba. Apakah? Dah kenapa? Aduh banyak benda lain kau boleh buat, pergilah buat benda berfaedah sikit.
Semalam ada nombor tak dikenali call dan whatsapp aku. Call 3 kali. Agaknya aku tak angkat dia pun whatsapp. Sorry aku number stranger memang tak angkat hahaha. So, dia whatsapp aku. Gambar profil whatsapp dia.. gambar minah momo tulah. Baghal..nak chat dengan aku.. tapi send noktah je..😒 nak chat betul-betul lah.. hmm😂
Bila aku tanya ni siapa? Dia bagi gambar dia yang senyum sampai telinga tu dengan caption “MOMO”
Aku macam..... “ WTH..😒” sempat aku balas.. “Abah kau...😒” terus aku block. Boleh je block...kalau kena kat korang, then dia cakap number dia tu tak boleh block..korang block je. Boleh je sebenarnya..saja je dia psiko kan korang. Aku dah kena..ok je aku block dia.. dasar sewel benda ni.. police report pun dah buat. Pelik-pelik je manusia zaman sekarang..haiih....
Nasihat aku, janganlah gatal-gatal nak cuba challenge ni.. takpe pun kalau ada yang number tak dikenali call atau whatsapp kau macam yang aku kena semalam. Buat macam aku buat tu. Block je terus takyah layan dia chat. Nanti dia psiko kan kau,kau start takut dah tak pasal-pasal arwah pulak nanti. Dah..dengar cakap aku. Block je, then buat police report.👌👍
Sekian perkongsian aku. Thanks sudi baca. 🙂👍 *Aku tak letak gambar dia (momo) sebab separuh orang takut, disebabkan aku baik,aku tak letak😂👌
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...