Gambaran

129 17 0
                                    

Ramai yang pernah tanya aku, bagaimana rupa 'benda-benda' yang pernah aku lihat. Berbau kah? Hodoh sangat kah? Dia berdarah kah? Tinggi ke pendek? Besar ke kecil? Ada tanduk kah? Dan berbagai lagi soalan yang pernah aku dengar. Aku pelik, kenapa mereka nak tahu sangat. Nak sangat jumpa kah? Haha.

Biar aku jawab semua soalan tu disini. Bagi aku, makhluk halus ni pelbagai rupa. Kalau nak cerita tentang hodoh.. tak dinafikan makhluk ini sangat hodoh. Berbau? Ya, terkadang bau wangi terkadang bau busuk. Busuk yang semacam. Sentuh tentang wangi, bau wangi dia semacam. Kadang-kadang bau bunga. Dan.. jika terbau janganlah tegur. Jangan pernah sekali tegur. Tentang berdarah, kadang-kadang ada yang pernah aku lihat berdarah. Berdarah di muka yang dah tidak lagi seperti muka. Hancur. Besar atau kecil? 'mereka' ini berbagai rupa. Ada yang besar ada yang kecil. Ada yang tinggi ada yang pendek. Tanduk? Macam aku cakap tadi, pelbagai rupa.. tak dapat disenaraikan. Yang bertanduk aku tak pernah lihat lagi.

Separuh manusia percaya tentang kelebihan seseorang boleh melihat sesuatu yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Dengan itu, mereka hormati dan kadangkala agak takut untuk dekati manusia yang terbuka hijabnya. Entah kenapa aku pun tak tahu. Mungkin suatu benda asing bagi mereka.

Separuh manusia terlalu takbur. Mereka tak percaya tentang kewujudan 'benda-benda' halus seperti ini. Malah, mereka tidak percaya manusia yang terbuka hijabnya. Mereka beranggapan seperti manusia yang terbuka hijabnya ini.. sengaja mengada-adakan cerita tentang gambaran, dan kewujudan makhluk halus tersebut.

Memang ada manusia begini. Kadang-kadang aku rasa macam... "Kau tukar mata dengan mata aku sekarang.. biar kau rasa!" Tapi aku tak mampu. Disebabkan aku lebih suka pandang manusia yang biadab/kurang ajar/gedik/buat perangai tak bermoral dengan lebih lama. Aku akan pandang sampai diorang rasa segan. Senang cerita pandang macam nak tembus. Faham? Biar diorang rasa segan dengan kelakuan yang menyakitkan mata aku tu.. sebab tu aku tak ramai kawan. Tapi aku tak kisah.

Gambaran makhluk halus amatlah susah untuk digambarkan. Tapi apa yang korang lihat di kaca televisyen tu.. betul lah. Ada juga yang muka begitu malah lebih teruk. Aku tak arif sangat tentang menggambarkan. Tapi apa yang aku boleh cakap.. satu perkataan sahaja. Seram. Ada yang dah biasa. Aku pun kadangkala terbiasa. Kadangkala rimas.

Ada yang rambutnya panjang sangat.. sudahlah panjang, kusut pula tu. Tak terurus. Muka apatah lagi. Tersangatlah seram. Ada yang kecil. Yang kecil ni seperti kanak-kanak. Ni mengikut apa yang aku pernah lihat. Memang macam kanak-kanak. Dan agak agresif. Pernah sekali, baru-baru ni, entah kenapa mata aku ni ternampak lagi. Sewaktu aku turun tangga dengan kawan aku,tiba-tiba aku nampak suatu kelibat kanak-kanak kecil menolak kawan aku dari tangga. Kawan aku tergelincir dan hampir jatuh. Nasib baik aku sempat tarik. Kalau tak.. dah pecah muka kawan aku sebab jatuh tangga. Sejurus lepas 'dia' tolak kawan aku tu.. dia hilang dengan laju. Kejadian ni tersangatlah sekejap. Tapi aku tak beritahu kawan aku apa yang aku nampak dan sebab dia jatuh dari tangga tu. Balik rumah baru aku beritahu, aku whatsapp dan beritahu kejadian sebenar.

Aku pelik, aku pernah jumpa manusia yang teringin sangat nak buka hijabnya. Dia kata dia teringin nak lihat benda-benda tersebut. Teringin nak merasai pengalaman. Selepas dah puas, nak tutup semula hijab. Kau ingat senang ke? Fikir seronok ke? Sekali kau dah buka hijab kau.. walaupun kau dah tutup semula.. amat susah untuk hilang. Sebab bila-bila masa sahaja kau boleh lihat semula.

Aku cuma nak nasihatkan supaya, janganlah gatal-gatal nak buka hijab kau tu! Susah nanti. Bukan kau sorang je susah.. family kau.. ustaz/ustazah yang nak tolong ubatkan kau.. memang susah. Aku beritahu je, terpulang nak terima atau tak.

~TAMAT~

*Ada gambar nk letak,tapi tak boleh letak... nanti kalau dah boleh aku letak gambar tu👌

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now