Pink Panther

209 22 11
                                    

Pernah dengar tak orang cakap patung sebenarnya bernyawa? Dulu aku ingat lagi, pernah popular satu patung baby perempuan ni kalau tak silap Baby Alive. Adik aku punya minat macam tahap babun habis. (Maaf bahasa agak kasar hehe)
Adik aku nak beli.. Tapi ibu tak bagi sebab ibu kata nanti malam² Baby Alive tu minta nyawa. Aku tau ibu aku main² je sebab tak nak biasakan adik aku dengan mainan² yang mempraktikkan supaya jadi mummy awal².. Haih.. Bagi aku pun buang masa je mainan tu. Tah pape..hehe😂

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Kali ni berkaitan dengan patung pink panther. Okay, biar aku pendekkan cerita sikit. Patung Pink Panther tu ayah aku beli dengan harga RM150 kalau tak silap. Ayah aku hadiahkan untuk adik LELAKI aku. Ye, aku ulang ye.. adik LELAKI.. Hahahaha😂😂 ni kes dalam hati ada taman tapi adik aku tak lembut.. Cuma dia minat kartun tu.. Biasalah budak²😊

Masa tu 2008 Pink Panther tu dibeli. Punya lah cute patung tu.. Dengan warna pink nya.. Haha
Tapi lah.. Masa mula² aku tengok patung tu.. Aku tak rasa dia cute sebab muka dia agak seram sikit. Mata kuyu. Kening lebat. Tapi aku malas nak fikir negatif sangat. Aku pun okay jelah dengan Pink Panther tersebut.

Masa berlalu...... Pindah sana sini..
Lama-lama Pink Panther tu pun kelihatan hodoh sedikit. Yelah warna dah lusuh. Dari pink Dato' Sri Vida bertukar jadi pink belacan. Hahaha😂
Lama lah jugak adik aku dah tak main dengan patung tu. Mungkin faktor usia. Yelah dah besar takkan nak main Pink Panther lagi kan?😂 kau tu dah la lelaki.. Haha

Ok berbalik pada kisah tadi, kalau tak silap aku 2tahun berlalu. Kitaorang semua di rumah baru lah. Disebabkan Pink Panther tersebut tak ada orang nak main dah. Jadi ibu ke ayah aku.. Aku tak pasti.. Pink panther tu pun dicampakkan ke atas almari dan dibiarkan begitu saja~

Beberapa tahun kemudian, adik aku pun dah nampak sikit kelakian dia.. Tak heran sangat dengan patung² ni..hahah
Aku ingat tak ada apa-apa yang berlaku kat pink panther tu... Rupa rupanya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Abang aku yang 'kena' dengan dia. Masa tu, aku , adik2 dengan ibu semua tak ada kat rumah. Tinggal lah abang aku sorang².. Abang aku kata masa dia solat zohor dekat bilik . Tiba-tiba anak mata dia terpandang pink panther yang ada atas almari tu geleng gelengkan kepala dia. Seolah-olah tak nak abang aku solat dalam bilik tu... Abang aku pun hmmm... Apa tunggu lagi?! Cabutt lahh.. Buatnya dia terjun dari almari tu macam mana? Huhu..

Balik je rumah.. Abang aku cerita dekat ayah. Ayah aku panggil kawan baik dia iaitu ustaz jugak. Ustaz ni pandai bab membuang saka, benda² berkaitan makhluk halus dan sebagainya. Jadi, ustaz tu kata.. Memang ada something dalam pink panther tu. Mungkin masa pindah randah tu..dia tumpang lah dalam tu.

*Hm..aku tak tau nak cakap apa... Aku tengah type ni tiba-tiba seram sejuk je tengkuk aku nii...haiihhh.. Fuhh..bismillahirrahmanirahim.

Okay, aku sambung balik. Setelah diubat oleh ustaz tu.. Alhamdulillah semuanya ok :)
Ustaz tu kata.. Selalu lah main dengan patung tersebut. Jangan buat sekadar hiasan atau biar kan je dia. Sebab takut 'benda lain' yang datang tumpang. Satu lagi ustaz pesan, kalau main dengan patung.. Jangan sesekali puji dia. Contohnya "eh..comel lah awak nii.." .... "Cantiknya awak ni.." Sebab dikhuatiri kita telah memuja patung tersebut.

So, kitaorang pun bersihkan pink panther tu. Bawak pergi dobi basuh. Dan bermain dengan nya seperti biasa. Alhamdulillah semua nya ok setakat ni. Kejadian ni berlaku dalam 2015 tak silap aku.

Okay, setakat tu je kisah yang aku nak kongsi. So.. Korang yang tengah baca ni pun..Ingatlah apa ustaz tu pesan ye. Selalu main dengannya. Jangan dibuat hiasan. Jangan dipuji. Ohh ada lagi satu..aku lupa. Jangan diletakkan patung tersebut dengan keadaan berdiri. Sebab patung berdiri tu aku tak ingat kenapa..hehe sorry😊

••••••TAMAT••••••

Sekali lagi aku nak minta maaf sebab kali ni pun takde kena mengena dengan tandas..hehe
Takpelah..aku just nak kongsi kisah yang pernah aku alami dan nak kongsi ilmu sekali😊😊😊

Next story..insya allah ada. Thank you sudi baca😊💕

TANDAS •[COMPLETED✓]Where stories live. Discover now