Maya. Sekali dengar nama dia sedap kan? Macam Maya Karin..ehh..tak tak..hehe
Kenapa dengan Maya? Okay,apa yang aku nak cerita kan pada semua..ada kaitan dengan Maya ni.
Mengikut apa yang diceritakan abang aku, blok cemerlang yang digunakan untuk pelajar tingkatan 4,ada kisah disebaliknya. Banyak je kes rasuk,histeria,ketegur,sampuk semua lah.
Masa abang aku di tingkatan 4 (Tahun 2015) abang aku bertugas sebagai penolong ketua pengawas. Jadi,dia bertanggungjawab untuk pastikan blok tu kosong pada waktu rehat. Pengawas lain pun sama lah. Bukan abang aku sorang je bertugas..hehe.
Dia kata,masa bertugas tu ada je dengar orang menangis dekat-dekat dengan tandas. Ok,untuk jelaskan gambaran, tandas tu,tandas pelajar perempuan tingkatan 4. Berdekatan pulak dengan kelas tingkatan 4Sastera2. Memang dekat sangat. Dalam 10 langkah dah sampai. Jadi, bermula lah cerita tentang Maya ni.
Abang aku dan sorang kawan dia Aina (bukan nama sebenar) selalu bersaing dalam kelas. Lagi-lagi kalau peperiksaan. Memang masing2 nak tapau full mark. (Pandai boleh cite..haih..)
Nak dipendekkan cerita,satu hari..Aina ni tak bercakap. Diam je. Tak bising macam selalu. Bila orang tegur..dia pandang macam nak tembus. Masa belajar,macam biasa. Bila dia sorang-sorang..dia macam tak betul. [Bukan gila ye:) ] Menangis lah,gelak lah.Satu hari,semasa waktu pembelajaran sedang dijalankan, tiba-tiba Aina pengsan. Bila sedar,dia meracau.
Dipendekkan lagi cerita, Aina ni tak datang sekolah selama 3bulan. Dia kena gangguan yang agak teruk jadi, ibu ayah dia bawa berubat di kampung.Bila dia dah pulih,baru dia buka mulut ceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Dia kata, ada seorang wanita bernama Maya yang ganggu dia. Aku pendekkan cerita lagi, mengikut Aina..Maya bukan dari zaman sekarang. Dia dari zaman dahulu. Maya ni dibunuh dan ditanam berdekatan dengan blok tu. Benda ni ada kaitan dengan tandas perempuan,kelas dan belakang blok cemerlang. Kalau nak tahu,belakang blok cemerlang tu terdapat sebuah pokok besar. Tua lah jugak pokok tu. Lepas dinasihati ustaz yang datang untuk pagar kan blok tu,pihak sekolah pun tebang pokok yang besar tu.
••••••••••••••••••••••••••
Setakat tu je yang aku boleh ceritakan,sebab aku yakin 'dia' masih ada..
Sejujurnya, aku sendiri seram nak tulis cerita ni..sebab berlaku di sekolah aku kan..haha.. Tak lama, 3tahun lepas je kejadian ni. Aku yang duduk kelas tu. Jadi, aku bersyukur sangat sebab hijab aku dah tutup. Kalau tak,mungkin aku nampak...... >_<' (aku tak nak!)Nak ingatkan lah, kat dunia ni bukan manusia je duduk ye. Ada banyak lagi 'benda' yang wujud tapi tak boleh dilihat dengan mata kasar. Orang yang terpilih je boleh nampak 'benda' macam tu. Bersyukurlah. :)
—Tamat—
*abang aku baru cerita kat aku kisah ni..sebab dia tak nak aku takut duduk kelas tu..hahah,..baik abang aku ni..hm..... *rolling eyes
YOU ARE READING
TANDAS •[COMPLETED✓]
HorrorJangan layan kalau sesiapa ajak teman pergi tandas malam-malam...sebab....... Banyak sebab dia.... 40% Benar 50% Pengalaman 10% rekaan Kisah seram sempoi.. kenapa sempoi? Sebab aku tulis dengan cara sempoi tak formal sangat. ⚠PERINGATAN ⚠ Kalau rse...