8 -SHE OWNS ME NOW

1.5K 112 0
                                    

Evan pov

Ice Latte disedut menggunakan penyedut minuman oleh gadis berambut hitam. Lirikan mata beralih ke arah gadis berambut blonde yang asyik merenung jus epal di hadapannya. Apa yang kau fikirkan, Aurora?

Aku berdehem kecil lalu mata biru Aurora tertacap kepadaku seketika.

"Evan, aku ada satu rahsia dalam hidup aku."Aurora mula bersuara.

Aku mencapai sudu teh yang berada dalam cawan di hadapan lalu air kopi itu aku kacau sedikit. Aku dapat mendengar Aurora menghela nafas panjang.

"Aku penghidap multiple personality disorder."tambah Aurora lagi.

Sudu teh aku letak semula lalu mata memandang Aurora. Apa maksud dia? Aku tak faham.

"Meisara adalah personaliti yang terperangkap dalam diri aku. Dia bukan kembar aku, Evan. Kami berkongsi tubuh badan yang sama. Lebih tepat lagi dia menumpang dalam diri aku. Kami akan mula switching bila perkara tertentu berlaku."jelas Aurora. Aku bertambah minat untuk mendengar penjelasan dia. I don't know why, but I think it's quite interesting.

Aku mula menongkat dagu sambil mata tertacap kepada Aurora. Aurora menyisir rambutnya ke belakang telinga.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Kenapa kau tak terkejut?"Aurora menyoal.

"Aku suka apa yang kau katakan tadi. Tentang diri kau. Ada apa-apa lagi yang kau sorokkan dari aku?"balasku dengan nada perlahan.

Chloe melopongkan mulutnya seraya mata memandang aku. Kenapa? Aku mengangkatkan sebelah kening.

"Kau tak terkejut langsung?"soal Chloe. Aku hanya menggelengkan kepala.

"Aku akan bertukar menjadi Meisara apabila aku menangis. Meisara pula akan bertukar menjadi aku semula selepas bangun daripada tidur dan...." Aurora matikan kata-kata lalu menggaru kepalanya.

"Just tell him, Aurora."balas Chloe. Aurora menarik nafas panjang lalu dilepaskan perlahan.

"Dan apabila kita bercium. Aku tak tahu sebab apa, tapi bila kau dan aku bercium, Meisara bertukar menjadi aku semula."jawab Aurora sambil menunduk.

Mata aku terkebil-kebil memandang Aurora. Apa dia katakan tadi? Ini tidak masuk dek akal. Ini baru namanya terkejut.

"Evan? Kau tidak apa-apa?"Aurora menepuk tanganku berkali-kali. Aku kembali tersedar lalu memandang mata birunya semula.

"Cruz beri tahu aku, kemungkinan besar kau adalah penawar untuk penyakit aku ni. Oh ya, Cruz adalah doktor peribadi aku."tambah Aurora lagi.

"Betul? A-apa yang kau cakapkan ni?"aku menyoal. Aurora sekadar anggukkan kepalanya.

Aku memandang cawan kopi semula. Jadi maksudnya? Aurora perlukan aku dalam hidup dia, bukan? Kemungkinan besar aku adalah penawar untuk penyakitnya. She needs me.

"Sorry, I'm late. Boleh aku duduk?"

Mata aku tertacap kepada seorang lelaki berjaket hitam yang langsung melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Senyuman darinya diberikan kepadaku seraya mata memandang aku sekilas.

"Evan, Chloe, kenalkan doktor peribadi aku dan juga abang saudara aku."

"Hai, aku Cruz Cooper. Kau pasti Evan Alexander dan kau pula Chloe Montanez, kawan Aurora di Avondale."

Dia tahu nama aku? Ya, sudah pasti dia tahu, Evan. Dia adalah doktor kepada Aurora. Semua tentang kehidupan Aurora ada dalam kepalanya. Geez.

"Nice to meet you, Cruz."

Aku dan Cruz bersalaman. Pelayan cafe mula mendekati meja kami untuk mengambil pesanan Cruz.

"Just give me one Ice Lemon Tea. Itu sahaja."balas Cruz. Pelayan mula berlalu pergi setelah pesanan diambil.

"Cruz, Auty Sierra sihat?"soal Aurora.

"Macam biasa lah dah tua. Dah mula penat-penat."jawab Cruz.

Aku menghirup kopi sedikit demi sedikit.

"Jadi sekarang ni kau dan Chloe dah tahu soal penyakit Aurora, bukan? Kau berdua kena bantu aku."Cruz mula menutur sebab utama dia berada di sini. Dia perlukan bantuan aku dan Chloe.

Aku meletak semula cawan kopi ke atas piring. Mata beralih kepada Cruz.

"Tolong tengok-tengokkan Aurora sepanjang aku tiada. Aku selalu sibuk di hospital. Dan kau Evan, kau adalah penawar untuk Aurora. Sebelum ini ada juga kes sebegini, cinta sejati adalah penawar untuk beberapa jenis penyakit. Aku harap kau boleh terima kenyataan ini."

Aku menghela nafas panjang. Soal terima atau tidak sudah pasti aku terima. Tapi Aurora? Dia boleh terima ke? Aku tahu dia tak berapa selesa dengan kehadiran aku. Semua jelas terlakar di wajahnya.

"Sure, Cruz. Aku akan jaga Aurora. She owns me now."aku membalas seraya mata memandang Aurora tepat.

Aurora mengangkat wajahnya lalu memandang aku lama. Mata kami berbalas pandangan.

"Ehem. You're lucky, Aurora. Aku mula cemburu di sini. Hello there?" Chloe mencelah.

Aurora melarikan pandangan matanya ke arah jus epal di hadapannya. Tangannya bingkas mencapai penyedut minuman lalu dimasukkan ke dalam mulut. Jus epal mula naik perlahan ke dalam penyedut minuman.

"Dia memang macam tu. Tapi dia comel, kan? Aku tahu kau dah mula suka dengan adik saudara aku." Cruz berkata dengan nada berbisik. Aku menggosok belakang kepala perlahan.

Yes, dude. She's cute as heck. Lagi-lagi apabila wajah dia mula bertukar merah akibat menahan malu. Aku tak rasa ada orang yang boleh tolak orang seperti Aurora.

Dia terlalu comel.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now