12 -LEON THOMPSON

1.3K 74 0
                                    

Aurora/Meisara pov

Seminggu berlalu,

Aku dan Evan bagaimana? Kau rasa? Yes, peeps. Kami sudah menjadi kekasih. Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul atau tak. Tapi ya! I think this is the right thing.

Dia hanya tanya aku mahu ataupun tidak, dan aku jawab 'Yes' waktu itu. Tapi kami belum lagi luahkan perasaan masing-masing. Aku pun tak tahu kenapa. Aku dan Evan cuma mulakan hari kami seperti biasa. Seperti selalu. Kami jadi pembantu Puan Walker. Duduk bersebelahan di dalam dewan kuliah. Pergi makan bersama di Kafeteria. Tapi satu benda kami belum lakukan! Our first date.

Aku tak tahu lah benda tu selalu dilakukan oleh pasangan lain atau tidak. I just don't know. Ini kali pertama aku bercinta. Aku tiada pengalaman langsung. Geez.

Chloe? Dia asyik membahan aku sama ada di kolej mahu pun di dalam bilik. She keeps calling me Mrs. Alexander. Aku rasa seperti mahu sumbat sahaja tuala ke dalam mulut dia.

Tunggu lah turn dia nanti. Jangan pelik kalau Aurora yang pendiam akan bertukar. Huh, aku harap Tyler berjaya cairkan hati batu Chloe. Seminggu ni sahaja Tyler kerap mencari peluang untuk menggoda Chloe. Cuma Chloe sahaja yang pandang sebelah mata.

Dear God, tolonglah lembutkan hati Chloe. Kalau mereka bercinta, automatik Chloe akan berhenti menjadikan aku bahan usikannya.

Dan yang paling aku hairan, dalam seminggu ni Meisara tidak munculkan diri sama sekali. Kenapa, ya? And the worst bila Evan mula bangga dengan diri dia. Dia kerap mengulangi bahawa Meisara tak akan muncul selagi dia bersama aku. Pfft, jangan bangga sangat, Evan. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku nanti.

Getaran smartphone terasa lalu aku meraba bawah bantal untuk mengambilnya. Satu mesej dari nombor tidak dikenali terpampang di skrin.

Aku kembali.
-Unknown Number

Siapa ni? Siapa yang kembali? Aku merebahkan diri ke atas katil lalu memeluk bantal. Smartphone kembali bergetar. Aku segera melihat skrin itu kembali.

Kau tunggu, Rora. Aku akan balas dendam.
-Unknown Number

Rora? Tiada siapa yang panggil aku sebegitu. Hanya ibu dan... dan Leon Thompson. Dia dah keluar penjara? No! Ini tak boleh berlaku. Kejadian 5 tahun lalu kembali terimbas di ingatan.

Flashback

"Ava, aku balik! Ava!"kedengaran suara Leon di tingkat bawah.

Aku bingkas berlari dan masuk ke dalam almari pakaian sambil memegang smartphone di tangan. Nombor telefon polis aku hubungi segera.

"Hello, tolong datang segera ke rumah saya. Ada lelaki mabuk masuk ke dalam rumah saya. Tolong, cepat!"aku berkata dengan nada berbisik. Polis perlu datang ke sini, aku tak tahu apa yang bakal terjadi. Leon sungguh berbahaya apabila dia mabuk. Teringat kejadian lalu, dia cuba untuk membunuh ibu. Dia mencekik leher ibu hadapan mata aku.

"Ava! Mana kau? Oh ya, aku lupa aku ada anak tiri perempuan. Hahaha. Rora! Rora sayang."

Bunyi tapak kaki menapak menaiki tangga mula kedengaran. Dia semakin hampir. Aku terus memeluk lutut dan muka disembamkan ke lutut. Ibu, kenapa tinggalkan Rora? Ibu...

Air mata mula mengalir deras ke pipi. Bunyi esakkan aku tahan agar Leon tidak mendengar. Aku memejamkan mata perlahan serta tangan menutup kedua telinga. Please, go! Tolonglah. Kepala tiba-tiba sahaja terasa sakit. Kenapa dengan aku? Kenapa?!

Kepala aku bagaikan mahu pecah. Aku memejamkan mata rapat. Esakkan tidak dapat ditahan. Suara rintihanku semakin kuat.

"Ibu...sa...kit."

Kelopak mata aku buka perlahan. Senyuman sinis terukir di bibir. Kau lemah, Aurora. Sebab tu orang pijak kepala kau. Pintu almari aku tendang sehingga ia terkuak besar. Kelihatan Leon berdiri terhuyung-hayang. Mata merahnya beralih ke arah aku.

"Itu pun kau, cutie Rora. Mana ibu kau?"

"Aku bukan Aurora! Dan kau bunuh Ava! Kau bunuh dia! Kawan aku menangis disebabkan kau! Kau patut mati, Leon. Mati!"

Kayu besbol yang berada di sebelah almari aku capai lalu aku hentak belakang kepala Leon. Leon mengerang kesakitan. Tangannya memegang belakang kepalanya sebelum dia jatuh rebah ke lantai.

"Hahaha mati, Leon, mati!"

End flashback

Tangisan tidak dapat dikawal. Imbasan kejadian 5 tahun lalu terimbas di ingatan. Aku tak mahu benda yang sama berulang.

Kepala mula terasa sakit yang menikam. No, Meisara. Kau tak boleh muncul. Jangan! Aku memejamkan kelopak mata serapat yang boleh. Tangan pula memegang kepala. Kaki menendang-nendang.

"Arghhhhh!"

Aku menjerit sekuat hati. Kepala aku terlalu sakit. Kenapa? Kenapa sampai sakit sebegini? Tolong aku! Sesiapa!

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now