18 -THE SECRET

1.1K 63 3
                                    

Aurora/Meisara pov

Pimpinan tangan diperkemaskan seraya mata memandang Evan di sebelah.

"Aurora!"

Aku dan Evan segera menoleh ke belakang. Cruz berjalan perlahan ke arah kami.

"We need to talk."

"Evan, kau tolong berikan bungkusan ni kepada Chloe. Aku nak bercakap sekejap dengan Cruz."

Bungkusan makanan bertukar tangan.

"Allright."balas Evan lalu menapak perlahan ke arah lift.

"Pasal apa, Cruz?"aku menyoal.

"Follow me."

Cruz melangkah perlahan ke koridor di sebelah kanan. Tanpa fikir panjang aku mengikutinya dari belakang.

Tiba sahaja di hadapan biliknya, tombol pintu terus Cruz pulas lalu daun pintu terbuka. Cruz melabuhkan punggung di kerusinya manakala aku duduk di kerusi dihadapannya.

"Aku tak boleh bantu kau dalam plan kau, Aurora."

"Tapi, Cruz..."

"Kau tak akan mati. Tolonglah hentikan apa yang kau rancangkan."

"Cruz, kau pun tahu sekarang ni Leon dah keluar dari penjara. Dan Tyler sudah menjadi mangsa. Aku tak mahu orang lain jadi mangsa lagi, Cruz. Dan Meisara pula, dia sudah tahu rancangan aku dan Evan. Dan aku rasa dia sudah tahu Leon sudah kembali. Jadi, ini sahaja yang boleh aku lakukan. Dalam pada masa yang sama, aku boleh bantu orang yang memerlukan. Jadi tolonglah bantu aku."

"Aurora..."

"Lakukan sahaja, Cruz. Kalau aku sudah tiada lagi, semua masalah akan selesai. Aku.. Aku pergi dahulu."

Aku bingkas bangun lalu memulas tombol pintu. Dengan segera aku keluar dari ruangan bilik Cruz.

Please, faham keadaan aku, Cruz. Rancangan ini untuk kebaikan semua. Apabila aku sudah tiada, Meisara akan tiada juga. Dan Leon, Leon Thompson juga akan berhenti. Tiada siapa yang akan menjadi mangsa lagi.

Evan? Dia akan faham keadaan aku. Yes. Dia akan lupakan aku. Aku tahu dia kuat.

Langkah kaki semakin laju seraya tangan mengesat air mata yang mula membasahi mata.

Smartphone di kocek seluar terasa bergetar seketika. Aku bingkas mengeluarkan smartphone dan melihat skrin yang sedang bernyala. Satu mesej daripada Evan.

Tyler sudah sedarkan diri.
-Evan-

Air mata terus dikesat laju. Tyler dah sedar! Thanks, God. Aku terus berlari perlahan sehinggalah tiba di hadapan lift. Pintu lift terbuka lalu aku masuk ke dalam.

Punat tingkat lima ditekan apabila pintu lift tertutup kembali. Aku perlu minta maaf dengan Tyler.

TING!

Pintu lift kembali terbuka. Segera aku melangkah keluar dan menuju ke wad Tyler. Tombol pintu aku pegang dan aku pulas perlahan. Evan dan Isaac sedang berdiri di sebelah katil Tyler, manakala Chloe sedang duduk di kerusi.

Empat mata memandang aku apabila aku masuk ke dalam termasuk Tyler yang sedang baring di atas katil.

"Aurora? Kau kenapa?"soal Evan lalu melangkah mendekati aku.

"Ke..kenapa dengan aku? Aku okay je."

"Kau menangis? Hidung kau merah."

Aku tidak membalas soalan Evan lalu aku mendekati katil Tyler.

"Kau macam mana?"aku menyoal kepada Tyler. Tyler tersenyum sinis.

"Aku okay, Aurora. Thanks to your bestfriend sebab dah jaga aku di sini."jawab Tyler.

Evan masih lagi memandang aku dengan pandangan curiga.

"Syukurlah. Tyler, aku nak minta maaf dengan kau. Yang cederakan aku tempoh hari adalah Leon. Leon Thompson bekas ayah tiri aku."

"What?!"Evan menjerit akibat terkejut.

"Apa dia nak dari kau, Aurora?"soal Evan.

"Dia mahu bunuh Aurora. Dia berdendam." jawab Chloe.

"Kau kena berhati-hati mulai sekarang. Jangan ke mana-mana sendirian."sambung Isaac pula.

"But why? Kenapa dia berdendam pula? Tell me now."bentak Evan.

"Evan, relaks."Isaac menenangkan Evan.

Aku menghela nafas lemah. Mungkin aku perlu cerita kepada mereka.

"Sebab aku punca dia masuk penjara. 5 tahun lepas, dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan cuba untuk mencederakan aku. Sekarang dia sudah keluar dari penjara dan dia cari aku."

"Nasib baik kebetulan aku lalu di situ. Aku tak dapat bayangkan apa yang bakal terjadi kepada kau berdua jika aku tiada."kata Tyler.

"Thanks, Tyler."ucapku perlahan.

Evan menarik aku keluar dari wad.

"Evan, kenapa?"aku menyoal.

"Kau Meisara, kan?"Evan menyoal aku semula.

Aku Meisara? No, I'm not.

"Aku Aurora. Apa maksud soalan kau ni?"

"Kau menangis kan tadi? Kenapa Meisara tak munculkan diri?"

Betul kata Evan. Kenapa Meisara tak muncul? Belum pernah lagi berlaku seperti ini. What exactly happened here?

"Aku tak tahu."jawabku pendek.

"Aurora. Kau bincang apa dengan Cruz. Aku tahu kau menangis selepas berjumpa Cruz."

"Nothing. Tak penting pun, Evan. Kau tak perlu tahu."

"Tell me."

"I said, nothing."

Aku terus menolak dada Evan perlahan lalu aku masuk semula ke dalam wad Tyler. Kau tak perlu tahu, Evan. Sebab aku tahu kau akan menyebelahi Cruz. Kau tak akan setuju dengan rancangan aku.

***

Love from,
Fiixorra
💜

THE DEVIL'S INSIDE YOUWhere stories live. Discover now